hai assalammualaikum

Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan - Belanjawan 2020 telah berlangsung tadi di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,  pada hari Jumaat, 11 Oktober pada pukul 4 petang,  yang telah dibentangkan oleh menteri Kewangan  YAB Lim Guan Eng dan telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan radio di seluruh Malaysia. Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia, terutama anak muda menanti dengan penuh debaran akan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan ini. Mengenai Belanjawan 2020 ni, nad nak cerita lebih kepada Bajet Kementerian Belia & Sukan, kerana ia melibat generasi muda belia ni pada masa hadapan.

Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Mendengar pembentangan Belanjawan 2020 tadi, kerajaan telah memperuntukan sebanyak 1.2 billion untuk Belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan, dimana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 10.9% berbanding sebelum ini.

Selepas dibacakan satu-satu, banyak penambaikan yang diberikan untuk golongan muda dan belia ni. Jom tengok intipati atau ringkasan bagi Belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia dan Sukan ni.


Ringkasan Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan ( KBS )

Perbelanjaan Pembangunan Belia.


Pembangunan belia telah diperuntukkan sebanyak RM138 juta melalui program-program seperti Youth Power Club (YP), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dam Volunterism Initiatives .

MALAYSIA @ KERJA /#malaysiakerja
Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan 350,000 pekerjaan sebagai sokongan kepada pembangunan belia Malaysia. Ini adalah satu cara bagi mengurangkan pengambilan pekerja warga asing.

Antara insentif dan bajet yang dicadangkan untuk menyokong 4 program ini adalah seperti berikut:-
- Graduates@Works
- Apprentice@Works (TVET)
- Locals@Works
- Women@Works

Graduates@Works
- Bagi graduan yang menganggur selama atau lebih 12 bulan, satu insentif gaji dicadangkan iaitu RM500 diberikan selama 2 tahun (sebagai tambahan gaji yang terima).
- Bagi pihak majikan pula insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.

Apprentice@Works
- Ini adalah satu program insentif  di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) . Bagi melahirkan pelatih berkualiti dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),
- Kerajaan telah menyediakan elaun tambahan RM100 kepada semua pelatih TVET. Ianya juga bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET
- Kerajaan juga akan melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi tempoh dua tahun lagi.
- Potongan cukai dua kali yang telah diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Program Internship Berstruktur (SIP) yang diluluskan oleh TalentCorp bagi pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan dan teknologi akan diperluaskan kepada semua bidang akademik yang lain.

Locals@Works
- Satu insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM350 / RM500) selama 2 tahun mengikut sektor.
- Untuk majikan  diberi insentif sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun.
- Selain itu, gaji minimum dipertingkatkan kepada RM200 bandar-bandar utama dan RM100 di luar bandar.

Program #MalaysiaKerja dijangkakan akan menjadikan rakyat Malaysia yang menganggur dapat menguasai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan.

Women@Works
- Khas untuk pekerja wanita yang telah berhenti dan kembali bekerja setelah setahun atau lebih dan juga berumur diantara 30 hingga 50 tahun akan mendapat iniastif seperti mendapat insiatif upah RM500 setiap bulan sehingga 2 tahun.
- Pengecualian cukai pendapatan juga diberikan kepada wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.
- Dan juga insentif RM300 sebulan sehingga 2 tahun untuk majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan ini. .

Melalui inisiatif ini secara tidak langsung dapat mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun kepada golongan wanita untuk kembali bekerja.

Mengarus Perdana TVET
- Peningkatan peruntukan untuk program TVET adalah dari RM5.7 bilion iaitu peningkatan sehingga RM5.9 bilion.
- Ini termasuklah peruntukan RM50 juta kepada menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membiayai kursus TVET.
- Bagi Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA) disediaka dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri. Ianya juga meliputi tambah baik peralatan serta upah untuk tenaga pengajar industri.
- Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) juga akan menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.
- Dan melalui HRDF, Kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah


Perbelanjaan Pembangunan Sukan

Peruntukan Pembaikan Kemudahan dan Fasiliti 
- Peruntukan pemulihan kemudahan sukan sebanyak RM299 juta. Merangkumi membina fasiliti dan menaikkan taraf kemudahan Kompleks Belia dan Sukan serta pusat-pusat sukan di setiap negeri.

Sukan Untuk Wanita
- Begitu juga ke arah meningkatkan program sukan wanita sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan. Ini bagi mengalakkan lebih ramai golongan wanita terlibat secara aktif di dalam sukan samada peringkat kelab dan pasukan dengan menyediakan lebih banyak program untuk mereka.

Program Sukan Antarabangsa
- Peruntukan diberikan sebanyak RM179 Juta .

- Sukan olimpik Tokyo 2020, Sukan Sea Hano 2021, juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara


E-Sport/E-Sukan
- Dengan mengambil kira permintaan yang tingi untuk sukan eSports / eSukan maka Kerajaan telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta.


Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
- Peningkatan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) .
- Pihak Kerajaan juga menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 juta pada tahun 2019 kepada RM45 juta bagi tahun 2020 melalui Kementerian Belia dan Sukan.


Hah, macam mana dengan pembentangan Belanjawan 2020 Kementerian Belia Dan Sukan ni..ok tak bagi korang. Ini adalah satu langkah yang amat baik untuk menampakkan bahawa golongan belia ni merupakan tunggak kepada negara.


Untuk info dan matlumat lanjut :
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia 62570
Website : www.kbs.gov.my
Facebook : facebook.com/myKBSMalaysia
SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Trully support Malaysian @ Work, this is to create more job opportunities to the rakyat and especially Women @ Work

    ReplyDelete
  2. Harap semuanya lebih baik lepas nie kan Nad..

    ReplyDelete
  3. harap lepas ni dpt berjalan seperti yang dirancang

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah untuk rakyat.. Semoga berjalan dengan baik

    ReplyDelete
  5. Tinggi juga bajet unuk sukan. Harap digunakan dengan telus.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga manfaat yang diberi ini telus dan memberi kebaikkan pada rakyat. Aamiin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah banyak manfaat rakyat boleh dapat

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Semoga dengan budget ni belia dan atlet dapat manfaat

    ReplyDelete
  9. Such a good for the nation. harapnya apa yang dibentangkan ini akan dilaksanakan dengan jaya dan orang ramai turut mengambil peluang apa yg telah kerajaan sediakan.

    ReplyDelete
  10. setiap tahun bajet untuk rakyat nampak bagus pada kertas. ada yang sempat merasa ada yang tak sempat merasa. huhu. #realiti . harap tahun 2020 dah telus lah semuanya.

    ReplyDelete
  11. Banyak peruntukan untuk belia - moga tak disalahguna dan belia pun mengambil peluang untuk menambahbaik kehidupan diri dan masa depan negara.

    ReplyDelete
  12. Memang teruja nak tahu belanjawan 2020 semasa pembetangan haritu. Belanjawan kali ni banyak yang diperuntukkan untuk belia, Semoga ianya dapat menyuntik semangat kepada semua belia di Malaysia

    ReplyDelete
  13. Bagus juga ada belanjawan untuk belia ni.. dapat bantu anak muda merealisasikan impian mereka..

    ReplyDelete
  14. Hope dengan peningkatan budget ni dapat mebantu golongan belia kita dalam sektor pekerjaan. Suka la Syed ni perjuangkan nasib belia. Sebab tu penting juga orang muda terajui portfolio kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Semoga ramai belia yang mengambil peluang kemudahan yg telah dan bakal disediakan demi kemajuan negara dan diri sendiri.

    ReplyDelete
  16. a great budget this year. Hopefully with this budget, we get good use of it and improve the e-sports :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah untuk belanjawan kali ini. Semoga segala yang telah dirancang dan disusun dilaksanakan dengan betul dan telus.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, moga dengan peluang yang diberi ni digunakan sebaiknya. Moga budget yg diberi digunakan dgn telus

    ReplyDelete
  19. Semoga rakyat dapat manfaat untuk belanjawan 2020

    ReplyDelete
  20. wah baguslah, ada insentif tambahan untuk graduan. semoga dapat kurangkan bebanan hidup awal2 lepas kerja

    ReplyDelete
  21. Bagus tahun ni ada penambahan bajet kepada Kementerian Belia dan Sukan. Dan juga Women @ Work, semoga tenaga pekerja wanita juga dimartabatkan.

    ReplyDelete
  22. tahniah KBS, usaha yang baik untuk menambah baik kehebatan belia negara kita. Menteri bagus

    ReplyDelete
  23. Semoga dpt mberi manfaat kepada semua belia. Esp yg program utk yg graduate tu..

    ReplyDelete
  24. Bagus, harap semua pemuda-pemudi dapat cari kerja dengan senang. Di samping itu, graduan kena berusaha untuk multitasking sekarang dan boleh terima segala cabaran untuk menjayakan diri. Harap membantu.

    ReplyDelete
  25. menarikkan denagn beanjawan yang dibentangkan..terutama buat wanita dan kanak-kanak

    ReplyDelete
  26. Wah.. Banyak juga bajet utk belanjawan 2020 nie.. Terutama utk kepentingan sukan dan golongan remaja..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2