hai assalammualaikum
Hari Minggu Yang Ceria Di Waka Waka Indoor Playground Di Furama Hotel Bukit Bintang - Hari Ahad haritu, nad perlu hadiri satu event di Furama Hotel Bukit Bintang. Mula fikir, taknak pergi event ni sebb setiap minggu nad bawa anak ke taman permainan. Tapi, bila Nad dapat tau, dekat Furama Hotel ada tempat permainan indoor untuk kanak-kanak, nad pun setuju untuk hadiri event tu. Jadi, haritu nad bawa sekali anak-anak ke Furama Hotel Bukit Bintang ni. Sampai je, terus bawa diaorang ke tempat permainan indoor kanak-kanak, iaitu Waka Waka Playland di LG floor. Senang hati, bila ada tempat permainan kanak-kanak dekat sini. Mommy tak risau, dan buat kerja dengan tenang..hehee..Anak-anak daddy tolong tengokkan.
Waka Waka playland tempat yang sangat menarik untuk anak-anak bermain. Bertemakan Magical Kingdom, corak yang berwarna warni, dan kawasan yang luas, memang amat sesuai untuk anak-anak melepaskan imaginasi, tenaga mereka dan keseronokan mereka seharian di sini. Sebenarnya bukan anka-anak je seronok, maknya pun seronok..hehee..
Nak tau harga Waka Waka Indoor Playground ni, korang boleh klik https://playatwakawaka.com/kl/admission
Banyak permainan yang ada dekat sini, seeprti gelongsor, kawasan gym, memanjat gunung, hanging dan balancing, flying fox, dan kawasan permainan soft untuk baby and toddler. Waka Waka Playland adalah tempat sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Playland dibahagikan kepada 3 kawasan permainan, masing-masing mengikut umur yang berbeza. Yela, ada permainan yang kanak-kanak kecil tak boleh main memanjat tapi diaornag boleh je pergi main permainan yang selamat.
Paling best yang memanjat gunung berapi ni..hahaa.. Pertama kali ada permainan macam ni. Memang nad galakkan anak nad , Fariza untuk memanjat. Biar di atak takut dengan ketinggian. Mulanya memang dia asyik jatuh je, kemudian dia berusaha lagi dan berjaya sampai ke atas..Nampak seronok dia bila berjaya dapat naik atas..Cara tu dapat lihat kekuatan tangan dan kaki dia untuk memanjat.
Farhanah pulak, tak padan dengan kecik, ikut je apa kakak dia nak buat. Berani sangat budak ni. Takank dipimpin tangan, nak main sendiri. Boleh pulak dia naik tangga kemudian gelongsor sendiri.
Kawasan yang sesuai untuk anak bawh 3 tahun. Semua permainan dilengkapi dengan peralatan yang lebih lembut dan mainan yang sesuai dengan umur seperti rocker bayi, buaian, slaid, kawasan pendakian lembut.
Dekat sini ada cafe dia sendiri..So kalau rasa dah penat main, lapar, boleh beli makanan dekat sini. Siap ada tempat duduk yang banyak. Mak ayah lapar, anak-anak boleh bermain. Masih boleh tengok depan mata lagi, tak risau..hehe. Ada pelbagai menu dekat sini.
Dekat sini disediakan kemudahan untuk ibu menyusu anak, nursing room dan changing area. Tempat dia sangat bersih dan selesa. Ada juga disediakan water dispenser. Bilik tandas pula ada di sebelah.Siap disediakan selipar untuk masuk.
Hah, kalau ada yang nak buat birthday party untuk anak-anak, Waka Waka Playland ada buat birthday party untuk anak-anak dekat sini. Korang boleh tengok dekat https://playatwakawaka.com/party-package-form .
Serius best tempat ni. Anak-anak gembira dapat main tempat macam ni. Nak masuk sini macam baisa kena pakai stokin ye.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Waka Waka @ Furama Bukit Bintang KL
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
Operating Hours:
Weekdays 10am to 7pm
Weekends 10am to 8pm
Contact : +603 2733 5755/575
email : opsmgr.kl@playatwakawaka.com
Website: https://playatwakawaka.com/home/kl
Facebook: https://www.facebook.com/playatwakawakakl/
Instagram: https://www.instagram.com/wakawakakl/
bestnye bwk ank2 dtg sni..
ReplyDeletepuas ati main..
seronok nampak dua beradik ni have fun kat sini
ReplyDeleteMakin cantik kakak fariza. Seronok bila kita spend masa dekat tempat macam ni kan? Tunggu anak buah besar sikit, boleh have fun kat sini juga .
ReplyDeleteTak tau ada playground mcm ni kat situ. Nak bawa budak2 la..
ReplyDeleteCantik tempat ni. Banyak permainan yang boleh diterokai. Bukan anak jer boleh main. Mak pon boleh tumpang main sama ni 😁
ReplyDeletePinjam anak boleh? Sis pun nak merasa bawak anak2 kat tempat tu..:D. Seronok pulak tengok diorg enjoy main2 kat sana
ReplyDeleteTempat tempat macam ni memang favourite anak2. Kalau masuk, mau berejam habis dalam ni je. Last2 menangis tak nak keluar, nak main lagi
ReplyDeleteBudak2 mmg exited bila dpt main kt suni. Mcm2 akt depa suka explore
ReplyDeletebestnya, insyaAllah boleh bawa anak-anak nanti. diorang suka la tempat macam ni
ReplyDeleteBagusnya playground ni, dekorasi canti dan ceria. Permainan pun ada banyak tu. Budak-budak of course happy ni!
ReplyDeleteAmni baru klik link website dia tadi.Murah gile party packages dia!
ReplyDeleteNk bawak Adira cuba sini pulak pasni.Dah bosan dengan Kidzoona hahaha
Tempat macam ni bukan anak anak je seronok. Mak dia pun tumpang seronok kan. Macam macam anak anak boleh explore kan
ReplyDeleteWaka Waka ni seronok rupanya. Ruby pertama kali pergi, dah bawa memacam snack sebab risau nak tinggalkan anak dengan ayah dia kalau takda food and drink. tapi kat dalam Waka Waka dah ada cafe, toilet pun ada. Tak perlu nak keluar. kalau dari pagi sampai ke petang menjadi aje anak-anak duduk dalam tu. berpeluh tu mereka suka. nanti nak dtg lg.
ReplyDeleteMy daughter will sure love this ! But I have to wait for her to grow a little elder before letting her joining all these. She is only 2 years old! Haha! Enjoy kids!
ReplyDeletearr. furama hotel ni macam memanggil manggil je. seronok lah anak anak dapat main kat sini. biasa mandi kolam je kan bila ke hotel. ni dapat main kat waka waka land.
ReplyDelete