hai assalammualaikum

Makanan Sihat Poke Bowl Di Fitlicious Damansara Uptown - Semestinya kita tau, makanan dekat Malaysia ni memang banyak pilihan dan semuanya sedap. Tapi, korang tau tak, makanan yang kita ambil tu tak sihat dan berminyak. Jadi, apa kata, sekali sekala, ambil la makanan sihat. Selalunya, kalau nak makan makanan sihat, kita akan buat sendiri dekat rumah, tapi apa yang kita makan selalu sayur sahaja, atau cuma beberapa bahan sahaja. Korang tau tak, sebenarnya, ada je kedai yang menjual makanan sihat ni tau. Salah satunya ada di Fitlicious Damansara. Ni pertama kali nad datang ke kedai ni sempena pembukaan outlet mereka di Damansara. Fitlicious ni merupakan gabungan perkataan Fit dan Delicious.


Makanan Sihat Poke Bowl Di Fitlicious Damansara Uptown

Masuk je dalam kedai, rasa kagum sangat, sebab tengok semua makanan segar dan sihat ada dalam ni. Filicious menyediakan makanan sihat dan segar. Mereka menawarkan alternatif yang lebih sihat kerana mempunyai pelbagai jenis makanan untuk memenuhi keperluan setiap hari. Makan di sini disediakan dalam mangkuk atau dipanggil Poke Bowl.

Pertama kali nad dengar perkataan Poke Bowl ni..Cara sebut dia Po-kayy, bukan po-kee atau poke ye..ehhee..Poke ni asal dia dari Hawaii. Makanan pun makanan sihat, sebab tu nama tempat dia Fitlicious, gabungan Fit dan Delicious. Yang pasti ia bersih, sihat dan enak...


Boleh tengok gambar yang nad ambil, berwarna warni kan. Bukan sahaja sayuran tetapi ada salmon, ayam, ikan.

Salmon yang kaya dengan Omega-3 pastinya makanan otak untuk mencegah amnesia. Ayam kaya dengan besi dan protein untuk pembina badan untuk mereka yang makan bersih. Mereka juga menawarkan Dory Fish bagi mereka yang ingin sentiasa bersandar.



Ada juga pelbagai jenis kacang, herba seperti chia seed, thyme dan macam-macam lagi bagi menambah rasa pada hidangan. Nak lagi sedap ada juga pelbagai sos yang disediakan.

Bagi mereka yang vegetarian, jangan risau, Fitlicious mempunyai mangkuk Vege Poke untuk memastikan semua vegetarian bahagia. Dengan 2 pilihan buah-buahan, beberapa salad, 4 sisi, 1 topping dan dressing dan sebotol herba dan malah kita mempunyai Poke Bowl yang hebat untuk memenuhi vegan.





Sebenarnya bukan ini sahaja yang ada di Fitlicious, malah ada beberapa jenis air dan kudapan yang berkhasiat yang ada di sini. Memang rasa semuanya asli tanpa campuran bahan lain.


Pada haritu, nad dapat turut serta untuk  membuat Poke Bowl dan belajar bagaimana cara nak bahagikan satu Poke Bowl yang lengkap dengan adanya karbo, protein dan 4 jenis sayuran atau buahan. Demonstrasi cara membuat Poke Bowl yang sedap dan mudah ditunjukkan oleh Azukii.

Bagi nampak hidangan lagi menarik, korang kena buat Poke Bowl dengan hidangan yang berwarna warni. Barulah nak makan tu teruja sangat..hehee.. Contohnya ada sayuran hijau, ungu, buah oren, merah, ikut mata korang ..hehee..


Hah, ni la hasil Poke Bowl yang dibuat Azukii..Hidangan yang sihat dengan ada nasi, sayuran, taburan chia seed, ikan dan sos..Nampak sedap dan menyelerakan kan..


Lepas tu, giliran kami pulak membuat Poke bowl sendiri..semua bahan disediakan di atas meja, dan kami perlu membuat Poke Bowl sendiri dengan kreatif. Dan pada haritu ada diadakan pertandingan di mana, Azuki akan memilih pemenang Poke Bowl yang kreatif dan cantik yang dimuatturun di dalam instagram..

Pergh, gigih tau buat dengan penuh tekun, sebab hadiahnya bukan calang-calang, beg dari Sir By Jason bernilai RM499 dan RM519..Seramai 6 pemenang akan dipilih..


Macam biasa, bukan tuah nad untuk menang..hahahaa..Nad memnag tak kreatif la bab-bab macam ni..kihkih..main bubuh je..Tengokla hasil nad punya..hhahaha..


Tahniah kepada pemenang Poke Bowl yang kreatif dan tepat iaitu Feeq, Syafiera, Nannie, Hotek, Wendy dan Jane Chua..Korang boleh tengok hasil Poke Bowl mereka, dan yang lain di SINI.

Kitaorang yang tak menang bukan balik tangan kosong, tapi ada juga voucher dari Fitlicious, Bang Bang Miko, The Entertainer, Hungry, Lavigato, Sulusso & 8LabsStudio..Terima kasih..hehee..


Ya, ni pertama kali nad cuba makanan sihat seperti ni dan rasanya sedap. Tengok nampak macam tak kenyang, tapi kenyang weii..serius..Bagus sekali sekala makan macam ni tau. Lepa sni boleh datang lagi..hehehee..Boleh baak kelaurga ke sini. Kene terapkan cara pemakanan yang sihat kepada keluarga.


Promosi Beli Satu Percuma Satu

Nad tau, ramai kawan, pembaca blog, suka makanan sihat seperti ini. Ni berita gembira untuk kornag, di mana, Fitlicious Damansara ada membuat permosi BELI SATU PERCUMA SATU pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja sepanjang bulan Oktober ni. Jadi guys, korang weekend tak tau nak makan mana, boleh datang makan dekat sini dengan pasangan atau kawan.


Korang kalau nak rasa makanan sihat di Fitlicious ni, boleh datang di dua lokasi cawangan mereka iaitu di Fitlicious SS15 dan Fitlicious Damansara yang nad pergi ni.

Fitlicious SS15
 44G, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Fitlicious Damansara
 41, Jalan SS 21/1a, Uptown Damansara, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Kalau tak boleh keluar, jangan risau, boleh je order online di FoodPanda, juga boleh membuat pesanan melalui laman web mereka iaitu http://fitlicious.eatmol.com

Untuktau lebh lanjut boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/MyFitlicious/
Instagram: https://www.instagram.com/fitlicious_dama/

SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Akak suka healthy food macam ni...selalu beli kat Nusentral..tapi harga sedikit mahal la kan..kalau kreatif boleh beli loose item dan buat sendiri je...

    ReplyDelete
  2. Omg bestnya! Nanti boleh suggest tempat ni pada kawan-kawan saya juga. Almaklumlah dekat office tu ramai yang jenis diet berjemaah. Haha. Lagipun makanan sihat, apa salahnya. Jimat pun jimat!

    ReplyDelete
  3. ini kalau ada kawan-kawan yang kaki gym or sedang diet, elok sangat bawak dia makan kat sini hehe. memang pilihan makanan sihatt. nisa pernah try sekali je pokebowl. boleh tahan jugak laaa.

    ReplyDelete
  4. teruja tengok warna2 makanan yg ada. best kan sesekali dapat makan healthy food. kalau dapat makan hari2 lagi best. bukan murah nak sihat, kan.

    ReplyDelete
  5. Delightfully healthy food & looks yummy too. Gonna try them out if I around there. They seems to have a wide selection of fresh ingredients.

    ReplyDelete
  6. Sedap kalau dapat makan hari-hari macam ni kan hehe. Cukup portion nutrisi dalam satu mangkuk. Kesihatan pun terjaga. Bagus ada kedai hidangan sihat macam ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Dah sampai masanya kot untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Jadi kita mulakan dengan makanan yang ideal untuk diet :) menarik sangat pokebowl ni.

    ReplyDelete
  8. Bestya kalau dapat makan salad setiap hari mesti sihat kan. Bila lah pokebowl nak ad kat Penang jugak. Tak sabar nak try. Kalau gi kl boleh lah singgah

    ReplyDelete
  9. Eh. Macam best pula kalau buat Poke Bowl sebegini kan. Memang at least sehari dalam sebulan kena eat clean sebegini kan. Rawlins pun nak cari resipi la - boleh buat sendiri kang

    ReplyDelete
  10. ni yang tak makan sayur pun terasa nak makan bila tengok sayur fresh. mek paling trliur dekat jagung tu. makan pulak dengan ayam bakar.

    ReplyDelete
  11. wah menarik ni. say suka yang kekacang tu

    ReplyDelete
  12. Memang btol kedai almost berkalori. Haha. Patut on diet makan makanan sedap tapi menyihatkan. Suka konsep poke bowl ni bila tengok colourful tu ada lah semangat nak makan.

    ReplyDelete
  13. Wah. Bestnye suasana di kedai ni. Bila diet, dtg sini mesti tak rasa serba salah nk mkn. Sebab environment pon semua healthy. Xde gangguan makhluk3 halus

    ReplyDelete
  14. Alahai kenapa jejauh sangat. Dah la malas nak start workout balik ni. Yet dengan musim dah hujan. Arghhh bebila ke arah sana I must stop by and try.

    ReplyDelete
  15. Makanan sihat gitu... Pokebowl dah macam Pokemon pulak... hehehehe... seriously, bila tengok je warna-warni kat dalam bowl tu terus rasa jatuh chentaaaa gitu... nanti, akan ku cuba pokebowl ini...

    ReplyDelete
  16. Love the video! looks so delicious, but then it's far away from me. Really hope I could try them with my friends when im near damansara.

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap. Belum pernah lagi saya cuba pokee bowl ni. Nampak gaya mcm nk kena pgi dgn member lah nnti. 😊

    ReplyDelete
  18. OHH KAT DAMANSARA PUN ADA JUGA YER POKE BOWL NI KITA PERNAH CUBA TAPI JENAMA LAIN RUPANYA MAKANAN SIHAT INI SEDAP JUGA DAN PENUH DENGAN WARNA-WARNI YANG MENARIK KENA CUBA RAMAI ORANG KITA SUKA SEKARANG INI....

    ReplyDelete
  19. Baguskan bila dapat
    Makan pokey bowl. Makanan yang penuh dengan hidangan sihat dan mengenyangkan

    ReplyDelete
  20. Selalunya makanan sihat ni tak sedap. Tapi tengok pokebowl yg akak tunjuk ni, alahai nampak sedap dan menyelerakan. Ada masa nanti nak cuba jugak lah.

    ReplyDelete
  21. Poke bowl always look so yummy and healthy!

    ReplyDelete
  22. Nampak sedap Poke Bowl nie Nad.. teringin nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  23. tazabarrr nak cuba juga...hehe..tq nad

    ReplyDelete
  24. waaaa..menyediakan hidangan yang menyihatkan..nak kena try ni

    ReplyDelete
  25. asal kat perak xde cmni.. mmg nk cri kesai cmni.. sbb more healthy

    ReplyDelete
  26. Wah lepas ni senang dah nak cari heelthy food

    ReplyDelete
  27. Jauh pula nak pergi, tapi bagus ada makanan healthy food

    ReplyDelete
  28. Wowww makanan sihat ni. Sesuai utk sis yg nak berdiet..tiap2 hr makan mcm ni sure kurus

    ReplyDelete
  29. Oh yumsss I love the poke bowl, sebab menu sihat and sedap sangat.

    ReplyDelete
  30. Menariknya poke bowl ni nad! Cx tak pernah tau lagi ni. First time. Terbaiklah fitlicious!

    ReplyDelete
  31. mcm2 jenis makanan ada sekrang ni yek... pelbagai..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2