Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai - Suka sangat tengok orang main cube sampai terleka dibuatnya. Terfikir macam mana la diaornag boleh selesaikan cube tu dari warna bercampur sehingga dapat warna yang sama. Baru-baru ni, nad pergi ke pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa yang diadakan di Beaconhouse Sri Inai International School. Ramai pemain " cube " termasuk ibu bapa yang memberi sokongan pada anak-anak yang hadir pada waktu tu. Nampak satu keluarga duduk sebelah nad, tengok anaknya masih kecil, dah pro dengan permainan cube. Laju tangan dia selesaikan cube tu menjadi warna yang sama. Tak kelip mata tengok cara budak tu buat..hehee.
Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa ( The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 ) Di Beaconhouse Sri Inai
Pertandingan Rubik's Cube Antarabangsa Di Beaconhouse Sri Inai ini disertai seramai 116 peserta dari seluruh negara, bukan sahaja Malaysia, malah ada Singapore, Indonesia, Thailand, India, The Philippines, Bangladesh, Taiwan, Korea dan The United States. Mereka semua datang untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menyelesaikan cube.Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Dunia Cube - organisasi pengawalseliaan di seluruh dunia dan Persatuan Cube Malaysia - badan organisasi serantau. Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 memandang untuk memberi inspirasi semangat persaingan dan menggalakkan peserta dan penonton sama-sama untuk berfikir secara strategik dan penyelesaian dengan berfikir.
Menurut Nicki Coombs (Executive Vice Principal Beaconhouse Sri Inai International School);
"Beaconhouse is proud to have hosted this epic cube competition drawing in participation from enthusiasts across the globe. We have always been focused on holistic development and this was a great opportunity to empower children to continue to pursue their passion".
Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 pada haritu mempunyai beberapa kategori cube iaitu 2x2x2 cube, 3x3x3 cube, 3x3x3 one handed, 4x4x4 cube, 5x5x5 cube, Pyramix, Skewb, Megaminx and Clock. Pergh baru tau ada banyak jenis.
Tiga pemenang teratas dari setiap kategori akan mendapat pingat dan sijil rasmi pencapaian.
Banyak pemain cube yang muda-muda. Kagum pulak kita. Bagus ibu bapa turut sokong apa yang anak mereka lakukan..
Sebelum masuk bertanding, cube mereka akan dicek dahulu.
Kemudian masuk dan duduk di tempat yang disediakan mengikut nombor mereka.
Nad tengok je cara diaorang buat. Tak berapa paham, tapi masih nak tengok..hehee. Setiap kali mereka selesaikan cube, akan diganti dengan cube lain. Ada masa di setiap meja. Ramai yang menyelesaikan cube dengan pantas. Tengok depan-depan, pergh!!.. Nad tanya seorang ibu pemain cube di situ, dia cakap ada 5 cube kene selesaikan..hah macam tu la..
Pada haritu, ada juga seorang pemain cube yang merupakan pelajar Beaconhouse Sri Inai, Lim Hung turut hadir pada pertandingan itu. Kerjaya cubing Lim Hung semakin meningkat, merangkul hadiah top prizes at the World Cube Association Asian Championship 2018 dan memenangi anugerah teratas di rantau ini.
Pada hari tu, The Beaconhouse Malaysia Cube Open 2019 telah ditaja oleh Mission Foods, JPearly, Good Morning, Global Nature World dan Arristo Italy.
Bagus juga pertandingan cubic ni. Anak-anak yang berbakat mdenagn permainan cube ni dapat sertai dan berjumpa kawan baru. Selain itu, apa yang nad tengok cubic ni memerlukan teknik dan penajaman otak untuk selesaikan cubic ni. Ia juga dapat melatih anak-anak untuk fokus dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Good Job Beaconhouse Sri Inai International School.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sekolah Beaconhouse, boleh layari www.beaconhouse.edu.my
ammi sampai ke umur 40 ni kalau main rubik dpt samakan warna utk satu belah je.
ReplyDeletesampai sekarang menyampah main menda ni. buat pening kepala je haha
ReplyDeleteRubik ini memerlukan ketandasan idea membentuk yang sama pada waktu yang singkat. Memang baik untuk kanak-kanak memcuba. KALAU Naim. x sabar punya haha
ReplyDeleteThanks for sharing! Kalau Veronica kan~ akan buang cube tu.. boleh naik giler.. tapi Veronica dengar cakap, kalau main ni when you wake up, good for math!
ReplyDeleteWow memang payah lah kalau nak habiskan dua muka apatah lagi semua. So mereka ni semuanya sangat hebat :)
ReplyDeleteKalau sis main cube tu..fuhhh mau behari kot..hahaha
ReplyDeletetak pandai main, kagumlah tgk dia orang yg terer main cube nih macam buat magic jer
ReplyDeleteKalau duk main rubik cube ni boleh jadi stress sebabfak jadi jadi. Bila tengok orang lain buat sekejap lagi bertambah stress.. Hahaha
ReplyDeleteSalah satu permainan utk asah daya fokus kanak2. Elok kita galak dorang main cube rubic ni kan
ReplyDeleteAkk masih failed main rubik h7hu
ReplyDeleteTgk pun dah stress... Lagi nak buat sendiri, lg nak masuk tournament guni... Hahaha... Tp mmg org yg boleh selesaikan cubic ni otak dia cergas dan pantas
ReplyDeleteBagus buat penyelesaian cube ni. Sebab bukan mudah kan. Kalau kita la, tak buat dah. Bukan mudah. Terkial2.
ReplyDeleteSeronoknya ada pertandingan mcm ni. Penyelesaian cube bkn mudah kan. Hehheeh kita nk tumpu tu kdg smpai fadeup lah.
ReplyDeletememang bagus pertandingan macam ni boleh merangsang daya creativiti
ReplyDeleteZira tak pernah main ni, bagus juga ada aktiviti mcm ni kan
ReplyDeleteBagus main permainan ni... di samping dapat merangsang minda, dapat juga meningkatkan daya kreatif dalam berfikir... yelah kan, bukannya mudah nak selesaikan puzzle rubiks cube tu... dari kecik lagi saya memang suka main rubiks cube ni... selagi tak dapat, selagi tu tak berhenti... bukannya apa, kalau dapat selesaikan, memang lain macam dia punya satisfaction tu... hehehehe...
ReplyDelete