Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell Untuk Pupuk Kreativiti Dan Imaginasi Kanak-Kanak - Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru. Mulalah alam persekolahan 2020 untuk anak-anak. Korang dah beli kelengkapan alat tulis anak-anak? Macam Nad, Fariza tahun depan dah mula nak masuk sekolah tadika. Walaupun sekolah tadika, kelengkapan alat tulis memang nad akan sediakan lengkap untuk dia. Salah satu jenama alat tulis yang Nad suka ialah Faber Castell. Baru-baru ni Faber Castell ada buat program kempen Kembali Ke Sekolah bagi memupuk kreativiti dan imaginasi anak-anak.
Masa nad sekolah dulu pun, nad lebih suka pakai alat tulis daripada Faber Castell ni sebab alat tulis dia sangat berkualiti dengan rekaan yang sangat ergonomik, membuatkan ia selesa apabila dipakai.
Banyak kelengkapan alat tulis Faber Castell ni dari pensel, pemadam, pen, pensel warna, pen warna dan macam-macam lagi.
Menurut Andrew Woon, Pengarah Urusan A.W Faber-Castell Malaysia Sdn Bhd, pilihan produk alat-alat tulis yang tepat adalah faktor penting yang akan menyumbang kepada perkembangan otak anak-anak kecil. “Set alat-alat tulis yang baik akan mempertingkatkan pengalaman pembelajaran mereka serta meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Contohnya, pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon direka khas untuk penggunaan yang selesa supaya kanak-kanak suka menggunakannya dan membangkitkan minat mereka untuk belajar,” kata Woon.
Kempen Kembali Ke Sekolah Faber-Castell Untuk Pupuk Kreativiti Dan Imaginasi Kanak-Kanak
Kempen Kembali ke Sekolah tahun ini bertema Castle Heroes, yang menampilkan watak lelaki bernama Bernard dan watak perempuan yang bernama Cassandra. Kedua-dua watak Castle Heroes ini akan memberikan inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka dalam mengatasi halangan dan cabaran.Sempena pelancaran kempen Kembali ke Sekolah, empat set Castle Heroes yang memberikan inspirasi telah diperkenalkan. Set-set tersebut merangkumi set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat-alat yang diperlukan untuk kegunaan di sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi 3 pemadam.
Selain daripada set Castle Heroes, Faber-Castell Malaysia juga memperkenalkan beberapa set Kembali ke Sekolah, set-set promosi dan set hadiah yang ideal untuk dijadikan hadiah di musim cuti ini. Antaranya termasuklah produk-produk baharu yang inovatif seperti Buku Mewarna realiti terimbuh (AR) ‘Colour to Life’ dengan Connector Pens; My Colour Companion First Grasp Crayons dengan sebuah buku mewarna – dihasilkan khusus untuk anak-anak kecil berusia tiga hingga empat tahun; dan juga pensel Tri-Writing Colour Design berbentuk tiga segi yang menarik, yang amat sesuai untuk menulis dan melukis.
Untuk ' Colour of Life ' ni istimewa sikit, sebab ia menggunakan aplikasi atau app Faber-Castell Malaysia untuk membawa kemajuan dalam aktiviti mewarna dan melukis. Set ini termasuk buku pewarna, set warna Connector Pens.
Korang kene download app ' Colour of Life ' dulu. Kemudian, warnakan lukisan. Dah siap, korang buka app ' Colour of Life ' tu dan halakan ke lukisan. Nanti lukisan akan dalam bentuk 3D dan bergerak. Semestinya anak-anak seronok dengan app ni. Buku pewarna Augmented Reality (AR) ini adalah yang pertama seumpamanya yang dihasilkan oleh syarikat alat tulis. App ni pun ada game yang sesuai untuk anak-anak.
Pada haritu, ada persembahan daripada kanak-kanak dari Trinity Community Children’s Home. Mereka mendapat tajaan bekalan alat tulis setahun oleh Faber-Castell Malaysia untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat. Nampak senyuman di muka mereka.
Bestnya, haritu kami pun ada aktiviti sendiri. Perlu membuat tiga aktiviti untuk dapat tiga cop. Perlu mewarna, melukis untuk buat badge dan mewarna untuk aplikasi Colour of Life.
Fariza memang suka mewarna. Memang khusyuk dia kalau dah mewarna.
Pelbagai Aktiviti Disediakan Untuk Orang Ramai
Sempena kempen Kembali ke Sekolah tahun ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk memupuk kreativiti yang disediakan untuk orang ramai, seperti peraduan ‘Spot, Snap and Win’ serta aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara.
Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik bagi para pelanggan, Faber-Castell Malaysia juga bekerjasama dengan KidZania untuk menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke KidZania dengan pembelian pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolour Faber-Castell.
Dengan setiap resit pembelian, pelanggan layak membeli sehingga empat tiket dengan diskaun 35 peratus dari 1 November hingga 31 Disember 2019 dan diskaun 40 peratus dari 1 Januari hingga 31 Mac 2020. Di samping itu, satu peraduan mewarna yang dianjurkan oleh Faber-Castell juga akan berlangsung dari 1 hingga 30 November 2019, di mana lembaran pewarna boleh didapati dari KidZania atau dengan memuat turun dari Facebook Faber-Castell Malaysia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia, orang ramai boleh log masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/
belum beli lagi warna anak-anak. Tahun depan kena seerba 2,anak sekolah dah 2 org
ReplyDeletemeriahnya event!
ReplyDeletesuke gak ngn faber castell ni..
smpai skrg gne..
Masa anak kecik2 dulu, brand ni le selalu sis beli, memang bagus brand ni, tahan lama. Now anak2 dah besar..so pepandai le dia cari sendiri n nak guna brand apa..hahaha. T
ReplyDeleteKenangan sangat Faber Castell nie. Zaman dulu, mana mampu nak membeli Faber Castell masa kat sekolah. Now dah ada duit sikit, boleh la bagi kat anak-anak saudara. Kalau dekat, boleh nak bawa anak-anak saudara join pertandingan mewarna tu.
ReplyDeleteBila tengok jenama Faber Castel ni terus flashback zaman sekolah dulu. siapa yang ada Faber Castell ni mesti antara anak orang kaya.haha. Dulu2 saya pernah gunakan faber castell ni untuk pertandingan mewarna. Alhamdulillah, menang.
ReplyDeleteKempen yang sangat tepat pada masanya. Mat Drat juga mcm parent lain, tgh sibuk membuat persiapan kelengkapan persekolahan anak2 termasuk alat tulis
ReplyDeleteLama tk beli sendiri pensel warna faber castle ni. Lama jgk brand ni bertahan kan. Tk byk persiangan kot boleh la. Musim cuti sekolah ni byk la prmosi2 best
ReplyDeleteMasa sekolah dulu memang akak guna faver castel ni tau. Warnanya best sangat. Colour pensil boleh jadi kaler air kan. Baguslah ada kempen faber castell ni memupuk minat anak anak lagi.
ReplyDeleteterbaikklah Faber Castell, zul dari sekolah rendah sampai sekarang masih setia guna alat tulis FC sebab berkualii tinggi dan selesa dipegang. Nanti boleh bawa sepupu beli barang untuk masuk ke sekolah tahun depan
ReplyDeleteFaber Castell ni popular sejak dulu lagi. saya sendiri pon teruja kalau dapat pecil warna brand ni. kalau dulu pancel warna je. skang ni macam2 produk alat tulis depa ada ya.
ReplyDeleteFaber Castell, satu jenama yang gah. Dulu ingat lagi sape pakai pensel warna faber castell mesti show off kat kengkawan. Tapi sekarang bukan setakat pensel warna, siap ada set Colour of Life tuuu..
ReplyDeleteWah jenama zaman kanak2 dulu. Dah macam2 warna dh ad. Packaging pun dah cantik. hehehe.
ReplyDeleteterasa macam nak masuk sek balik je tgk kaler2 faber castell ni..
ReplyDeleteSenang bila ada set2 ni. Nk jadikan hadiah buka sekolah pun sesuai.
ReplyDeletefaber castell alat tulis dan pencil warna dia mmg berkualiti...
ReplyDeleteFc brand yg di percaya.. Mmg. Akk pun beli brand ni juga
ReplyDeleteAnak Kak Sue pun pakai brand nie Nad. Kadang beli hat set atau yang kotak buat stok, senang tak payah risau kalau hilang ke apa..
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNama saya muhammad abdul
Dari jakarta selatan indonesia
email muhammadabdul5151@gmail.com
nomor telepon +6285574670570
nomor whatsapp +6285574670570
Saya berterima kasih kepada ALLAH karena telah mengakhiri penderitaan saya melalui Anthony Yuliana Lenders, untuk beberapa waktu sekarang bisnis saya sedang turun dan saya telah mencari pinjaman besar untuk meningkatkan bisnis saya kembali ke kehidupan, saya telah ditipu berkali-kali semua berjanji pada saya untuk meminjamkan uang tetapi mereka selalu menipu dan berbohong kepada saya, sampai saya menemukan ibu yuliana dan memberi saya jumlah pinjaman sebesar Rp 1,3 miliar, saya hanya melakukan pembayaran untuk asuransi pinjaman saya dan biaya transfer sebelum pinjaman saya ditransfer ke akun saya, bagi mereka yang mencari pinjaman harus berhati-hatilah karena 75% pinjaman online palsu, bagi mereka yang mencari pinjaman harus menghubungi Anthony Yulinana Lenders adalah 100% pemberi pinjaman online yang sah,
anthony.yulianalenders@gmail.com
whatsapp +13234026088