hai assalammualaikum

Percutian Yang Menyeronokkan Di Best Western I-City, Dapat Unlimited Masuk Percuma Ke I-City Waterworld - Bila ada hari dapat rehatkan diri, terus cadangkan suami, jomla kita pergi bercuti, dekat pun takpe, asalkan dapat rehat minda dan tenangkan hati ni. Anak-anak pun dah tepu duduk dalam rumah je. Kalau keluar pun pergi tempat sama je..hahaa. Jadi, kali ni kita pergi duduk hotel dan mandi manda. Lama tak main air ni. Jadi, percutian kali ni, memang dekat je, tapi seronok sebab tempat nad pilih berdekatan dengan Waterworld dan Theme Park. Pilihan staycation kali ni, nad pilih Best Western I-City Shah Alam selama 3 hari 2 malam.



Percutian Yang Menyeronokkan Di Best Western I-City, Dapat Unlimited Masuk Percuma Ke I-City Waterworld

Kenapa nad pilih Best Western I-City?
Salah satu sebab nad pilih Best Western I-City untuk staycation kali ni, sebab dapat masuk secara percuma ke I-City Waterworld. Dahla masuk percuma, unlimited pulak tu..hehee..Tiket pulak untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Itula sebabnya. Lagipun dah lama nad dengan anak-anak tak main air ni. Jadi ni la masa dia.

Lepas tu, berdekatan pula denagn I-City Theme Park. Ada permainan, lampu yang cantik, dan macam-macam lagi yang buat anak-anak seronok. Hanya beberapa minit sahaja dari Best Western boleh ke shopping mall di I-City Mall. Nampak tak kalau stay dekat Best Western ni memnag takkan jemu..hehee..Semua ada..lengkap.

Lagipun, Best Western ni pun harganya murah sahaja. Parking pun mudah.


My Stay Is My Way
Selalunya, hotel tetapkan waktu untuk kita check in dan check out kan. Tapi Best Western korang boleh check in atau check out mengikut waktu korang. Tapi perlu tambah RM60 je..Yela mana tau travel jauh, sampai tak tentu masa. Hotel mana nak pergi area Shah Alam ni. Jadi Best western ada..hehee..


Asalkan ianya dalam masa 24 jam, korang boleh adjust timing korang sendiri. Contohnya kalau check-in pukul 5 petang ni, boleh laa check-out kul 5 petang esok.





Masuk sini, terus ke lobi. Menarik tengok lobi dia dengan karpet yang warna warni, dekorasi yang menarik. Siap ada biskut untuk dimakan secara percuma.


Jom tengok bilik..
Ada banyak jenis bilik dekat sini, antaranya Superior Room, Deluxe Room dan I-suite Room. Untuk staycation kali ni, nad dapat Deluxe Room dekat tingkat 13. Tak pasti Best Western ni sampai tingkat berapa, tak perasan pulak. Mungkin sampai tingkat 18..



Taraaa..ni la bilik kitaorang. Ada satu king katil dan satu katil kecil diletak sebelah katil besar. Okla, cukup untuk kami 4 beranak tidur..hehee.

Ada TV, alarm pun ada..hehee..




Ada meja makeup besar dan tempat santai. Semestinya ada tempat bancuh coffee / tea dan air kosong, dan peti ais.

Almari dan peti keselamatan pun ada untuk simpan barang.


Bilik air pun cun, siap semua lengkap, tuala, berus gigi, alat mandian dan pengering rambut.

Memang best. Anak-anak sampai terus naik katil dan melompat. Nampak wajah gembira mereka. alahai kita yang gembira habis sebab tengok diaorang.



Kalau korang nak apa-apa, macam iron dan ironing board, nak babycot, extra bed, prayer mat atau apa-apa masalah, korang boleh bgtau dekat front dest atau dial je..Cepat je staff akan datang bagi apa yang korang nak.

Dekat sini pun ada laundry service tau..tu kene bayar lain la..Mana tau nak basuh baju apa-apa kan..ehhee..Ada juga printing service..Macam-macam ada.



Pemandangan luar dari dalam bilik , pada waktu siang dan  malam..


Wifi Laju Betul!!
Penting bila datang hotel, lagi syok bila ada wifi..hehee..Dekat sini, wifi memang laju. Tak tersekat ke apa..hehee..



Hanya Hari Jumaat Sahaja, All You Can Eat Seafood BBQ, 
Haritu, nad check in pada hari Jumaat pukul 3 petang. Nad tengok promosi, setiap hari Jumaat ada Seafood BBQ di The View Cafe tingkat 5 bermula pukul 7 petang sehingga 10 malam. Pergh, memang tak lepaskan peluang nak merasai semua seafood bbq yang disediakan. Harga untuk All You Can Eat Seafood BBQ hanya RM75 per adult dan RM 52.50 untuk kanak-kanak dan Senior citizen termasuk satu botol mocktail. Special untuk yang stay dekat Best Western, potongan 20%  dari harga asal.




Memang kami sekeluarga makan sampai kenyang..hehee..Yela siang tadi makan awal, perut kebulur. Bila ada hidangan seafood kepah, tiram, udang, ketam ikan dan macam-macam lagi, kerjanya memang makan je. Dari petang sampai la ke malam..hahaa. Seafood dia pun nampak segar semuanya..


Pilih seafood, dan bagi chef untuk di BBQ..




Ada juga salad, makanan bergoreng, spageti, kek dan aiskrim. Malam tu memnag kenyang.


Suasana pun cantik dengan pemandangan yang menarik.

Dekat cafe ni ada surau. Jadi boleh solat dulu kemudian sambung makan..ehheheh


Sarapan Pagi Di The View Cafe Tingkat 5
Stay dekat Best Western, termasuk sekali dengan sarapan pagi. Jadi, memang takkan lepaskan waktu sarapan pagi dekat sini dengan view yang menyegarkan. Tempat sama nad makan untuk Seafood BBQ iaitu di The View Cafe tingkat 5. Pagi-pagi memang perlu sarapan ye, sebab nak sambung buat aktiviti lepas tu..hehee..






Sedap semua makanan sarapan pagi dekat sini. Semua ada..Sebab tu suka duduk hotel..hehee..Makanan lengkap, dah sedia ada.


Mandi Manda di I-City Water World, Masuk Secara Percuma dan Unlimited Access Apabila Stay di Best Western
Hah!!, ni yang ditunggu-tunggu sebenarnya untuk anak-anak. Eh mommy pun tak sabar..hahaa..Yeah masa untuk mandi manda. Lama betul tak main air. Bila tau stay dekat Best Western akan dapat masuk secarara percuma ke I-City Water World, Unlimited access pulak tu, apa lagi memnag terus grab. Tiket masuk sini hanya untuk 2 tiket dewasa. Kalau lebih dari tu kena bayar. Kami memang 4 sekeluarga, memang elok sangat la..hehee..Percuma semua..Tak sia-sia ok. Jalan kaki je, kemudian naik lif turun ke B2, terus sampai ke kaunter I-City Water World. Fariza dah nampak air, terus cakap " mommy ite mandi ya "..mommy cakap ' iyee..mandi puas-puas "..Terus dia " yeahhhh"...

Kalau diikutkan nad tengok masuk sini RM25 dewasa RM20 kanak-kanak. Tapi sebab stay dekat Best Western, kita dapat masuk secara percuma.




Sebelum datang sini, korang kene bawak siap-siap kunci bilik dan kad pengenalan. Sebab memang syaratnya macam tu kalau nak masuk sini. Menunjukkan korang duduk di Best Western, kira buktila. Bawak pakaian dan tuala bersih siap-siap. Kang dah habis mandi manda, takkan nak basah ke hotel kan..

Dah selesai semua bolehla masuk..yeahhh..masa untuk mandi..




Pertama kali datang ke I-City Water World, menarik juga. Banyak tempat mandi yang disediakan, sesuai sangat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Fariza pertama kali masuk sini terus pandai tenggelamkan muka dalam air..Padahal dah lama betul tak pergi mandi manda.


Ada beberapa slide dekat sini. Best gila..


Yang ni slide paling menakutkan..Tornado ride. hahaaa..Nad tak naik sebab takda geng nak naik..hehee..Kalau tak memang teringin nak naik.





Enjoy sangat masuk sini. memang mandi puas-puas. Masuk pukul 1 lebih, keluar pukul 5.30 petang..hehee..ala balik dekat je bilik hotel..gitu..


Dekat sini ada loker untuk simpan barang. Elokla ambil lokar, cuma RM10 je. Simpan barang berharga.


Makanan luar tak boleh bawa masuk sini. Dalam ni ada jual kedai makanan. Kalau lapar boleh beli makanan dalam ni.

Tiket masuk sini untuk sekali masuk je. Kalau korang nak keluar, lepas tu masuk semula, kene buat tiket baru. Kalau tak pasti, korang boleh tanya dekat kaunter staff I-City Water World yang jaga situ. atau pun boleh tanya staff best Western.



Jangan lupa, diingatkan, kalau korang stay Best Western, datang sini bawak kad kunci bilik dan kad pengenalan ye.

Order Online Guna QR Code
Malam tu memang penat sangat, sebab dah puas mandi manda di siang hari. Anak-anak balik dari I-City Water World terus tidur sampai ke malam. Sudahnya memang tak keluar bilik. Tapi, perut lapar pulak.


Jadi, kitaorang order makanan dalam bilik je, guna QR Code yang disediakan di dalam bilik. Boleh tengok QR Code tu dekat meja makeup, ada ditampal dekat situ. Senang je nak order. Scan je imbasan tu, nanti dia terus ke menu yang disediakan.




Malam tu memang lapar gila, jadi order la lebih..hehee. Budak-budak tu bangun terus dah ada makanan..hehee

Makanan ni boleh di bayar secara cash atau online.


Go Beyond Signature Menu dan New Beverage Menu
Makan tengahari, pula, kitaorang mencuba makan Go Beyond Signature Menu dan New Beverage Menu yang disediakan di Best Western cafe. Tengok nama menu diapun unik dan fusion sungguh ye..hehee.. Macam rare je..lain daripada yang lain. Jadi yang nama unik tu la nad order..hehee..



Nad order Coffe lamb, Satay Burger, Cincalok Beef, dan Salmon Noodles


Coffee Lamb ni nad order sebab kuahnya dibuat dari kopi. Tapi takdela bau kopi kuat sangat. Sedap. Dagingnya pun lembut.


Satay Burger, daging satay dibuat burger. Not bad juga la.


Lama tak makan cincalok. Tu sebab order Cincalok beef ni. Sambal cincalok memnag kena dengan daging dan dimakan bersama nasi.


Lagi satu Salmon Noodles. Rasa macam lemak-lemak macam tu. Pertama kali makan noodles unik macam ni dengan salmon.



Air pulak, nad order Slishy Mania (fresh watermelon cube line juice, sugar syrup) , Masam Manis ( calamansi juice,asam boi, soda water, sugar syrup) Fizz dan Lime Ginger Nojito (sliced ginger, lime, mint leaves, sugar syrup )..Nad minum air ni semua, segar sanagt tekak..sedap..


Korang kalau stay sini, kene makan menu ni semua. Ada macam-macam menu lagi ada, korang boleh tengok order di gambar.


Sunday Hi-Tea 
Sebelum check out, nad makan dulu dekat sini. Sunday Hi-Tea dekat sini cuma RM45 untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak dan orang tua. Makanan dekat sini, nama je hi-tea tapi macam-macam jenis makanan ada..Memang bagi perut kenyang sebelum balik. Takut rindu..hehee.











Masa tengah makan dipersembahkan pulak dengan badut yang menceriakan anak-anak. Seronok anak-anak.


Lokasi Berdekatan Best Western
Jalan-Jalan I-City Theme Park 
Dari hotel ini hanya berjalan kaki santai je ke Taman Tema I-City atau I-City Theme Park. Lama dah tak datang sini. Banyak dah benda baru yang ada. Banyak permainan untuk anak-anak. Fariza la kalau boleh semua nak main.






Puas main, bawak tengok lampu yang menerangi kawasan ni.


Kalau nak merasai musim salji, korang boleh masuk ke Snowalk. Nad pernah masuk, boleh baca entry dekat SINI. Best sangat. Sejuk macam betul-betul dekat luar negara..hehee..


I-City Mall
Hanya beberapa minit sahaja, boleh pergi ke I-City Shopping mall. Banyak la benda boleh buat kan.



Dah nak cuti sekolah ni, mak ayah boleh bawak anak-anak ke sini. Bercuti bersama kawan pun boleh..Mesti seronok sangat. Nad tengok muka anak-anak gembira, nad pun gembira. Rasa bahagia sebab akhirnya dapat bawak diaorang bercuti. Korang patut grab promosi ni selagi ada. Tak kata pulak promosi ni sampai bila. Selagi ada, selagi tu la boleh grab..ehhee



Maklumat Lanjut:
Website: https://www.bestwestern-icity.my/
Facebook: https://www.facebook.com/bwicity/
Instagram: https://www.instagram.com/bwicity/
Telefon: 03-55219000
SHARE 33 comments

Add your comment

  1. Wah menarik hotel ni. Cantik. Dekat pulak dgn tempat tarikan yg lain

    ReplyDelete
  2. nanti kalau ada rezeki nak pegi sana juga la

    ReplyDelete
  3. wah...seronoknya anak2 boleh ke sana. menarik

    ReplyDelete
  4. Memang syok weh, haha baru nak mengarang

    ReplyDelete
  5. K.Sal tak pernah sampai lagi..cam best je baca entry Nad. Harus wishlist ni !!

    ReplyDelete
  6. wow.. memang bestlah pengalaman bercuti tu..anak-anak confirm akan ingat dan nak repeat lagi nanti...

    ReplyDelete
  7. Wow!!!!!!! Seronok nyer baca Post nie. Percutian nie memang nampak menarik. Good pictures btw.

    ReplyDelete
  8. wohaaa! nampak menarik pakej bilik & tket masuk ke waterpark. cantik sgt plan nak holiday musim cuti sekolah ni.

    part paling best, masa check in-check out tu. rare ni x pernah dpt timing cmtu...

    ReplyDelete
  9. Bestnya stay at Best Western Hotel. Can't wait for me stay soon and I'm sure my kids will love this hotel, the food and the activities too.

    ReplyDelete
  10. Eh. Memang terbaik la stay kat sini. Hotel selesa, makanan enak pastud ekat dengan i_city plak tu. Dapat lagi unlimited access. Nampak gaya kena jengah gak nie. I need a vacation.

    ReplyDelete
  11. Best juga water themepark dia. Qiss tak pernah gi lagi. maybe boleh pegi nanti bawak family ramai-ramai. Tq nad rekomen. Tak sabar nak pi bercuti.

    ReplyDelete
  12. Dekat dengan rumah kawan kat I-City tu. Suasana malam di amemang cantik la berwarna-warni. Bolehlah Bella try staycation kat sini. Suasana makan malam dengan limpahn cahaya lampu LED tu cantik sangat.

    ReplyDelete
  13. Bestnye hotel bwi ni. Dekat ngan water park.free access plak tu. Woww snow walk pon dekat. Anak2 marina mesti suka

    ReplyDelete
  14. ewah seronok pergi holiday kat shah alam, walaupun kerja kat shah alam je tapi BBL sendiri tak pernah masuk water park tu. baru tahu besar jugak theme park icity

    ReplyDelete
  15. Hotel menarik, nampak selesa makanan nampak sedap kalau stay dekat hotel senanglah nak pi waterpark dekat jerkan! thank info nnt boleh plan pergi dgn family ke situ

    ReplyDelete
  16. Lama dah teringin ke sini... Hope cuti sekolah ni ada la kosong

    ReplyDelete
  17. alamak sis park dulu tempat ni..semua dekat2 ha..senang benor..ok masuk dalam wishlist kalau ada rezeki ke sini

    ReplyDelete
  18. selesa, banyak kemudahan.. mmg terbaiklah.. cuti2 sekolah nie boleh la rancang nk bercuti kat sini. Boleh main water park sekali..

    ReplyDelete
  19. Rangkaian Best Western Hotel memang best, service sangat sangat terbaik.
    Dan bertambah best sebab dapat tiket masuk unlimited ke City.

    ReplyDelete
  20. Memang menarik ya! Tengok dalam gambar pun rasa macam nak pergi je. In shaa Allah nanti nak bawak keluarga ke sini, sebab macam2 ada :)

    ReplyDelete
  21. Cantik dan luas tempatnya.. Ada rezeki akan datang boleh lah jalan sana

    ReplyDelete
  22. Menarik pakej yg ditawarkan.. Camtu boleh la AM bawa anak2 cuti sekolah nie.. Menginap, menjamu selera dan yg paling penting diaorg leh unlimited access masuk ke water Park.. Mmg jerit seronok la anak2 AM nnti

    ReplyDelete
  23. Cantik hotel dia. Sis last year ada dapat voucher free stay.kat sana gan masuk taman permainan tu..tapi lupa sampai burn voucher tu..rugi betul

    ReplyDelete
  24. Hotel nampak luas dan cantik. Makanan pun ya ampunn. Nampak menyelerakan sungguh.yg paling syok part water park tu. Hee

    ReplyDelete
  25. Syiokkk tido Hotel, rehatkan diri. Dan minda

    ReplyDelete
  26. wahhh bestnyeeeee... selesa sgt..

    ReplyDelete
  27. syoklah budak 2 tu bawa pi cuti2 time cuti sekolah nie. nampak bestlah menginap di sini. dekat dengan pelbagai tarikan. hotelnya pon luas dan selesa.

    ReplyDelete
  28. Memang seronok dok BW I-City, nanti nak bawak anak² lagi.

    ReplyDelete
  29. syoknya tengok makanan dia! Rambang mata sebab tak la mahal sangat harga dia. Theme park dia pun nampak best. Nak try jugak lah nanti

    ReplyDelete
  30. ehhhh...nadia saja jee kan cuti2 ni ngajak bercuti kt sini...berbaloi nampaknya amik pakej ni...boleh bwak anak2 buah...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2