Purrfect Eyes Eyeliner Dan Mascara Dari Breena Beauty - Korang pernah dengar produk kecantikan Breena Beauty? Produk kecantikan tempatan dari Malaysia tau. Nad pernah guna makeup sponge dia tau, best gila, lembut sangat sponge Breena Beauty. Baru-baru ni Breena Beauty keluarkan produk baru lagi iaitu Purrfect Eyes Collection yang terdiri daripada 2 produk iaitu Volumizing Mascara dan Eyeliner Precision.
Ni katanya, kalau korang nak dapat mata Cat-Eye, hah gitu, boleh guna ni..hehehe..
Ni la bentuk eyeliner tu. saiz dia sangat besar dan bentuknya yang tajam. Nad memang suka yang jenis tajam, sebab senang pakai. Eyeliner berasaskan air dan sangat berpigmen yang boleh bertahan sehingga 8 jam dan mudah dibasuh dengan air suam, tidak ada alkohol di dalamnya supaya ia tidak akan merengsakan mata anda.
Tengok tajam kan. Ia mempunyai tip berus yang fleksibel untuk aplikasi yang tepat. Nad suka aplikator kerana ia benar-benar membantu untuk mendapatkan mCat-Eye dengan mudah.
Kalau yang tak tau guna eyeliner, pakai ni, mesti terus pandai punya..hehee.serius, seklai lukis je dah jadi..memang tahan lama nad pakai, walaupun dalam cuaca yang panas, dan and berpeluh, eyeliner ni masih terletak elok.
Tengok pembungkusan maskara ni. Menarik kan dengan warna merah jambu perak macam tu. Saiznya pun lebih kecil dan mudah dipegang berbanding mana-mana maskara biasa di pasaran. Purrfect Volumizing Maskara, dapat memebri kesan yang panjang pada bulu mata dan bertahan selama 8 jam. Mudah dibasuh dengan menggunakan air hangat. Maskara ini diformulasikan dengan Collagen, Vitamin E & Argan Oil.
Kolagen: meningkatkan ketebalan sebatan anda
Vitamin E: melindungi dan meluruskan bulu mata
Minyak Argan: Minyak Semulajadi untuk membuat bulu mata anda berkembang
Bagi nad maskara ni memng mudah dipegang kerana ia kecil. Yela, tangan nad pun kecik je..heehee. Lagipun ia ringan dan mudah di bawa kemana-mana. Kesan nad pakai, beberapa kali juga nak apply, maskara ni melentikkan dan memanjangkan bulu mata. Bukan sekali apply, tapi dalam tiga kali apply macam tu. Nampak juga bulu mata ni, tak perlu pakai bulu mata palsu. Lagi pun nak basuh pun senang, takda tinggalkan mata hitam dekat mata. Memang sanagt elok.
Secara keseluruhannya, nad menyukai kedua-dua produk ni. Purrfect Eyes Lash Eyeliner dan Maskaara Breena Beauty memang best. Korang boleh dapatkan produk mereka ni di www.breenabeauty.com .
Add your comment