hai assalammualaikum


Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady: 50,000 Set Sarapan Pagi Susu Dutch Lady Dan Sereal Kellogg's Percuma Untuk Warga Malaysia  - Haritu awal pagi, bergegas ke Lrt Ampang Park, sebab nak pergi event sampai lupa nak sarapan pagi. Sekali, nampak ada orang edar susu Dutch Lady kepada pengguna Lrt. Macam tau -tau je perut tengah lapar, dapat pulak percuma susu Dutch Lady dan sereal Kellog's. Bila ada pek On-The-Go ni memang mudah nak sarapan dekat mana-mana. Susu dan sereal memang sarapan yang mudah dan mengenyangkan, dan ia merupakan sarapan gabungan nutrisi lengkap waktu pagi kita.

Nad tau, ramai yang mengetahui kebaikan mengambil sarapan pagi, tapi disebabkan terlalu sibuk, nak cepat, ramai yang memilih untuk mengabaikannya.

Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Macam nad la, kalau dah nak cepat, memang tak dapat nak sarapan sebab nak kejar masa. Sebab tu tak sempat nak buat sarapan pagi. Bila dah sampai tempat yang dituju, lagi tak sempat sarapan sebab dah banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Kebanyakannya, mereka lebih suka makan tengahari terus, lagi mudah. Tapi sebenarnya banyak keburukan bila mengabaikan sarapan pagi.

Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady: 50,000 Set Sarapan Pagi Susu Dutch Lady Dan Sereal Kellogg's Percuma Untuk Warga Malaysia

Jadi, bagi memperingati sarapan pagi itu penting, susu Dutch Lady telah bekerjasama dengan Kellogg's untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang bermula 21 hingga 31 Oktober.

Antara stesen LRT terpilih ialah LRT Hang Tuah, Plaza Rakyat, Bandaraya, Maluri , Bandar Tasik Selatan, KL sentral, Masjid Jamek, Asia Jaya, Ampang Park dan Wangsa Maju.



Haritu, kira nad orang yang bertuah dapat susu Dutch Lady dan sereal Kellogg's ni, sebab waktu nad dapat tu, hari terakhir diaorang buat.



Pada hari itu, set sarapan telah diagihkan sendiri oleh Encik Tarang Gupta,Managing Director Dutch Lady Milk Industries dan Encik Anoop Abraham, Managing Director of Kellog's South East Asia.

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. "Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian" kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan  kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.


Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Selain itu, perut terisi serta membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.

Ok, yang ni nad baru tau..korang pun kene tau. Bagi yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Ok ni rupanya salah satu punca dia yang kita tak jangka. Lepas ni sarapan denagn susu dan sereal pun ok.

Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 - 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan .


Sarapan pagi yang biasa kita makan seperti nasi lemak atau sandwic sahaja, sebenarnya tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Tapi, kalau diambil dengan segelas susu bersama dengan sarapan pagi kita , nutrien yang diperlukan pada waktu pagi sangat lengkap.

Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.

Susu mengandungi protein, Vitamin A, Vitamin B2, Vitamin D3 dan juga kalsium yang dapat memberi nutrisi lengkap pada badan kita. Kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

Susu amat disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita.


Jangan sesekali skip sarapan pagi tau. Sarapan pagi tu sangatla penting. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita. Sarapan pagi juga dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari
Website : https://www.dutchlady.com.my.
SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Sis kalau terasa nak minum susu mmg rajin gak beli brand ni..rasa dia not bad gak, anak pun suka

    ReplyDelete
  2. Zaza pun jarang makan pagi.. Dan jarang minum susu.. Tp ducth lady ni antara minuman yg sedap zaza pernah rasa..

    ReplyDelete
  3. Untunglah, dpt rasa corn flakes baru tu..

    ReplyDelete
  4. strawberry cornflake tu baru ye, nanti nak cari. macam sedap

    ReplyDelete
  5. Ni namanye hidup secara sihat.. gut nad..

    ReplyDelete
  6. Dutch Lady antara susu yang harus ada kat rumah Kak Sue nie Nad. Anak-anak suka minum yang perisa strawberry tu..

    ReplyDelete
  7. Aahh.... Selalu rushing dan selalu tak sempat sarapan.
    Susu dan cereal memang mengenyangkan dan penuh nutrisi

    ReplyDelete
  8. sekali sekala tukar angin jugak nad breakfast cm omputih ni..suka sangat lah dengan dutchlady full cream..

    ReplyDelete
  9. Sekarang dah tak skip sarapan dah... Jadi omputih...

    ReplyDelete
  10. Sarapan mudah dan dan paling sedap ni.

    ReplyDelete
  11. Susu dutch lady memang bagus kan. Nak nak sarapan dengan dutch lady. Bagus inisiatif yang dilakukan dengan mengedarkan 50000 sarapan kepada masyarakat

    ReplyDelete
  12. Kebetulan plak Rawlins pun menulis pasal kepentingan sarapan pagi hari nie. Memang betul, pemilihan juadah untuk sarapan penting dalam menentukan harian kita dan juga kesihatan badan

    ReplyDelete
  13. Sedapnya ! Rasa nak beli untuk anak anak sarapan pula. Memang best dapat breakfast percuma. Lagi lagi yang berkhasiat.

    ReplyDelete
  14. Saya & anak2 memang penggemar susu. Especially Dutch lady. Kalau boleh nak borong kat kilang dia. Heheh... Biasanya buat breakfast dan minum sebelum tidur utk tidur lebih lena.

    ReplyDelete
  15. Wah satu program yang sangat baik. Kerana susu sangat berkhasiat kepada kanak-kanak sedang membesar

    ReplyDelete
  16. Bagi saya klu minum susu kena dengan cornflakes je. Minjm susu sahaja memang tekak x leh terima.

    ReplyDelete
  17. Bestnya! Sayang betul terlepas hari tu. Beruntung siapa yang dapat kan. Memang Dutch Lady pun susu favourite saya pulak tu. Walaupun selalunya diluar waktu breakfast juga. Haha.

    ReplyDelete
  18. Sedapnya susu dutch Lady tu, bagus program macam ni, dapat memupuk semangat untuk minum susu dan menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  19. Sedapnya susu dutchlady perisa strawberry. Airah memang suka breakfast susu dengan cereal.

    ReplyDelete
  20. Bestnye kalau macam ni hari-hari kan..Dutch Lady memang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Bestnya kalau hari-hari dapat sarapan percuma begini kan hehe. BTW, setuju sarapan memang penting untuk mulakan hari kita tau. So kalau busy sangat pun, at least standby la susu ke, cereal ke kan..

    ReplyDelete
  22. Sedapnya gabungan dua breakfast ni. Menarik sangat. Sihat dan berkhasiat. Kalau macam ni hari2 pun tak pe makan hehe

    ReplyDelete
  23. Lama x minum susu ducth lady.. Japgi nak kena cari la buat stock... Penting mnum susu ni bukan utk kanak2 ja.. Kita yg tua ni utk bone protection pun kena mnum kan

    ReplyDelete
  24. Dulu selalu ambil susu ni. Especially after nampak kebaikan minum susu setiap pagi. I love the chocolate more. Sedap sangat. I rindu nak ambl susu ni lagi.

    ReplyDelete
  25. Dah lama tak minum susu dutchlady ni. Nak beli lah nanti.

    ReplyDelete
  26. Kita kalau nk mkn dengan cereal mmg akan cari susu dutch lady... Nikmat betul bila mkn... Kellog's jrg layan sebab xmmpu nk bli hihi.. Mkn yg biasa2 je...

    ReplyDelete
  27. Susu Dutch Lady antara susu yang wajib borong. Akak suka beli pack yang kecil2 yang ada gambar team Avengers tu. Senang untuk anak bawa ke sekolah. Dalam kereta pun sempat je jika mereka nak minum.

    ReplyDelete
  28. wah dapat susu dutch lady! saya suka jugak susu dutch lady ni cumanya jarang amik sebab jarang bersarapan haha. kadang2 terus brunch je. haha

    ReplyDelete
  29. Senang breakfast susu dengan cereal, cepat dan berkhasiat. Rumah Mira sentiasa ada ni, sebab pagi mesti makan ni dulu sebelum buat apa2 kerja rumah. Kadang2 nak masak breakfast pun makan cereal dulu untuk alas perut.

    ReplyDelete
  30. Seronok kalau hari-hari dapat makan breakfast free.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2