Selamat Hari Lahir Anakku Fariza Sayang - Lambat pulak buat buat kenangan Hari Lahir anak pertama kita ni..ehhee..maafkan mommy ya, mommy terlalu sibuk. Tu pun sebab cari duit untuk beli hadiah awak tau..Tanggal 23 Oktober, lahir seorang puteri yang comel. Senang je mommy nak lahirkan awak Fariza, walaupun awak dah lebih due date. Tapi, nak menjaga awak bukan senang..hahaa. Takpe semua tu pengalaman bagi mommy. Akhirnya awak membesar dengan baik dan sihat sampai sekarang. Usia Fariza sekarang 4 tahun..tahun depan 5 tahun
Dari kecil mengomel, dah besar astagfirullah, lagi banyak ye ngomelnya..hahhaa..24 jam bercakap, kalau boleh taknak berhenti..Mood baik mommy, mommy akan layan. Bila mood mommy tengah fikir caption job, janganla awak bercakap ye nak..hahaha..
Makin besar. makin banyak akal dia. Makin nampak dia nak tau sesuatu. Bila dia bangun tidur, memang mommy siapkan mental dan fizikal..hahaa..
Pernah dia tanya pasal macam mana jadi hujan, fuh jenuh mommy google..hahaha..Pernah tanya pasal matahari la..hahaha..dasyat..
Sekarang, dah pandai mengira nombor selepas nombor 10. Dah pandai ABC. Tapi tu la, kenal huruf besar je, huruf kecil belum sangat.ehehe..
Mommy tau, kakak anak yang baik sangat. Setiap hari ada je nak tolong mommy. Dengan ayat dia " Mommy, Fariza nak tolong boyeh " " Mommy buat apa tu, Fariza nak buat juga boyeh "..Ya, tu la dia..memang suka sangat membantu. Mana yang rasa dia boleh buat, nad akan bagi buat. Mana yang tak boleh memang takkan la..
Mommy tau,kakak tak pernah mintak apa-apa. Tapi mommy suka belikan, mana yang jarang Fariza dapat. Tapi sekarang mainan dan buku dah macam banyak je, mommy stop beli ye..hehhee..
Hadiah kali ni, memang banyak mommy bagi, sebab kakak dan adik susah nak keluar berjalan kan. Asyik tempat sama je. Biar mommy buat kerja, asalkan mommy dapat habuan untuk anak-anak. Mommy bawak kakak dan adik pergi main di Waka-Waka Playland. Beli baju dan kasut dekat Jhunt dan banyak lagi job mommy ambil untuk beli hadiah kakak.
Mommy tau, kakak suka Poney, jadi mommy belikan hadiah Beg, pensil box dan baju Poney. Nampak kakak gembira sangat. Ya ni la hadiah yang mommy pulun ambil job untuk kakak tau. Tahun depan kakak nak sekolah, mommy belikan hadiah ni.
Mommy doakan, kakak terus jadi anak yang baik, suka bantu mommy dan daddy ye. Selalu dengar cakap mommy dan daddy. Semoga akak membesar dengan sihat dan baik. Selalu tolong mommy dan daddy. Selalu sayang dan jaga adik ye.
happy birthday fariza!
ReplyDeletehappy birthday fariza..sama nama dengan kakak sulung saya hehe
ReplyDeleteHappy Birthday Fariza!
ReplyDeletewaalaikumussalam. selamat hari lahir fariza ^_^
ReplyDeleteIts a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work.192.168.1.254
ReplyDelete