SURAT PEMERIKSAAN SCAN TYROID DAH DAPAT..

in , by Nadia Johari, 12:19:00
hai assalammualaikum

Surat Pemeriksaan Scan Tyroid Dah Dapat - Ingat tak, sebelum ni nad ada pergi ke klinik sebab nak tukar surat refer dari klinik swasta kepada klinik kerajaan. Cerita ada nad tulis dekat SINI. Sila lah baca..Kalau nak tau cerita berkenaan tiroid nad ni, boleh search je Tiroid dekat blog nad ni. Alhamdulilllah, surat refer yang nad nak tukar tu dah dapat hari jumaat haritu.

Nad hantar memang dah lama, tapi Jumaat haritu baru dapat. Ingatkan dah lupa dah dengan surat refer tu. Nad punyala risau, sebab takda panggilan telefon dari pihak klinik kerajaan. Nad fikir positif jela, mungkin diaorang sibuk buat hal lain. Biasalah, klinik kerajaan, kalau tak lama tak sah..Bila dapat panggilan tu, rasa lega!!..

Dalam panggilan, nurse cakap, surat tu dah siap dan boleh datang ambil. Dia cakap, tarikh temujanji untuk scan pada 8 November 2019. Terus nad pening kepala..adoii..Mana taknya, sebab 8 November bersamaan hari Jumaat, minggu ni, nad dah book hotel untuk bercuti. Tapi check in hotel tu pukul 3 petang. Jadi, nad fikir, scan dekat hospital tu waktu pagi..Okla, takde kelam kabut..harapnya la..


Bila ambil surat dekat klinik kerajaan, tengok waktu, ok temujanji pukul 10 pagi, tapi dekat Hospital Kuala Lumpur. Aduh..Kenapa la bukan Hospital Ampang sahaja. Nak taknak kena la ikut apa yang ditulis. Sebab dah risau dengan bengkak dekat leher ni.

Harap 8 November tu, takda la lama sangat. Harap tak kelam kabut nak pergi scan, lepas tu bertolak terus ke hotel tu. Walaupun hotel dekat je, tapi kalau kene buat benda lain waktu tu, macam kelam kabut je. Tak tau keadaan macam mana kan..huhu..harap semua berjalan dengan lancar.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan nad.

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan Nad dipermudahkan ye.

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan lancar.
    Jadi kenalah Nad urus dan rancang masa semuanya balik semula supaya tak terkocoh2.
    Kalau boleh gerak awal ke klinik tu sbb nanti nak ambil nombor. tunggu nombor dipanggil bagai.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah.. semoga dipermudahkan segala urusan nad..
    lepas scan blh bercuti dgn tenang.. =)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2