hai assalammualaikum

Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba - Nad tau ramai penggemar air kopi ni. Haritu nad cuba minum air kopi dekat Qulu Qulu. Nama pun unik kan, lain dari yang lain. Kedai pun warna warni dan ceria je. Tu terus rasa nak cuba minum. Air kopi dekat sini bukan kopi semata, tapi home-grown kopi-based yang telah ditranformasi untuk menjadikan minuman tu menarik.



Suka tengok design kedai ni..simple dan ceria je..Kalau rasa tengah mood tak elok tu, datang minum kedai ni confirm ceria terus..hahahaha..


Kau tengok, nama minuman dia pun comel je..Bagusnya siap dia bagitau air tu campuran denagn apa dan apa. Jadi masa nak order tu takdela rasa tertanya air ni campuran apa dan apa kan.

Harga minuman ni pun sangat murah. Harga kebanyakan bawah RM10.


Tengok dekat setiap cawan,ada gambar monster yang berlainan.

Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba

Haritu nad cuba minum Chokado, campuran Kopi, Avokado, Coklat, Susu ,Gula Melaka dan Kopi Boba. Not bad juga rasa dia. Walaupun ada campur avokado tapi masih rasa kopi. Kopi pulak tak kuat, tak manis, orang cakap ' just nice '. Ngam sangat rasa dia, memang diblend dengan elok tau.


Air lain nad order Kopisilk, BiruTea dan Cornella. Cornella ni pun unik sebab campuran Kopi, Corn, Caramel, Milk, Gula Melaka dan Kopi Boba. Nampak tak jagung dengan kopi..Rasa macam gilerlaahh..tapi bila dah rasa, ok je..sedap..


Macam Birutea tu, memang sangat segar, sebab ia campuran Matcha, Butterfly Blue Pea dan Lemon. Ada lagi satu Lemona. Hah dua air ni memang segar dan sesuai la diminum waktu panas atau nak segarkan tekak.


Qulu Qulu menggunakan biji kopi Nusantara yang terbaik dan semua bahan adalah dari bahan asli bukan pewarna punya. Tengokla bahan yang digunakan, halia, jagung dan gula melaka, mununjukkan hint Malaysia.



Sempena Tahun Baru Cina ni, Qulu Qulu mengeluarkan menu istimewa iaitu Mandarin Oranges. Hah kene cuba ni nanti..hehee..

Kalau korang yang gemar minum air kopi, boleh cuba Qulu Qulu Kopi Monster ni. Mana nak suka minum air macam ni, hah cepat terjah..

Qulu telah membuka tiga cawangan di Dataran Cascades, Kota Damansara; MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, dan yang paling baru mendarat di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Website: www.quluqulu.com
Facebook : www.facebook.com/MYquluqulu
Instagram : www.instagram.com/myquluqulu
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. nanti datang sana kena try jgua laa

    ReplyDelete
  2. comelnya nama qulu qulu..icon die pun comel.hehe

    ReplyDelete
  3. Comes nyer cafe and packaging Qulu Qulu Kopi monster nie. Mascot dia pun comel. Tringin nak try.

    ReplyDelete
  4. nampk macam sedap kopi ni. Tak pernah tahu ada brand ni. Kedai pun nampak menarik dan cantik.

    ReplyDelete
  5. Nampak macam menarik je. Nanti bila sis dah habis tempoh berpantang kopi bolehlah sis ke sana merasa. Now still menahan diri ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. Wahhh menarik dan rasa kedai kopi yang nad suggest ni nampak unik. Mesti rasa dia pun sedapkan?

    ReplyDelete
  7. Comelnya nama-nama dia. Bila tengok menggunakan produk tempatan, Rawlins rasa bangga! Go Local!

    ReplyDelete
  8. comel sengat nama dia. terlampau bnyk air2 hipster mcm ni sampai tak sempat nak catch up. thanks sharing! i love the cuteness

    ReplyDelete
  9. Ohh ada dua tempat jer.kedai.ni bukak ya.. not bad nanti.nak tryla..nak rasa sendiri kehebatan kopi ni

    ReplyDelete
  10. First time tau nama kedai ni. Namapk unik namanya. Kalau ada cawangan terdekat bolehlah nak cuba nnti. :)

    ReplyDelete
  11. hipster nya namanya hihi. peminat kopi mesti suka ni

    ReplyDelete
  12. aduhhh laaa...lemah semangat betul kalau kopi ni haaa...nak jugakkkkk

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnye... Kalau pergi Mytown bolehlah nak cuba juga qulu-qulu kopi ni nanti... nak sebut agak tergeliat lidah

    ReplyDelete
  14. Comel ja nama.. ada banyak pilihan kopi ya. Teringin pula Kak Sue nak cuba Nad..

    ReplyDelete
  15. wah.. comelnya design dan deco kat qulu cafe ni.. so colourful..

    ReplyDelete
  16. Jarang minum minuman berasaskan kopi tapi boleh la cuba bila2 dtg sana

    ReplyDelete
  17. Sedap ye Nad. Kalau minuman kopi ni Mimi memang tak minum tapi suka tengok orang lain minum

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2