SELAMAT TAHUN BARU 2020

in , by Nadia Johari, 21:16:00
hai assalammualaikum


Selamat Tahun Baru 2020 - Lebih sehari baru nak menaip entry berkenaan Tahun Baru..hehee..Biasa la..mood bercuti macam masih ada je..hahaa..Memang tak bekerja pun, tapi kerja rumah ni banyak sangat. Lagi uruskan persekolahan anak-anak. Yeahh!!, dah masuk tahun 2020. Alhamdulillha, tak sangka, tahun yang ditunggu dah tiba. Alhamdulillah juga masih diberi usia yang panjang untuk menikmati dunia ini untuk sampai ke 2020. Jadi, apa yang ada 2020 ni? Kalau dulu kecil-kecil fikir ada kereta terbang, pembangunan yang sangat-sangat moden..hehee..Tapi sekarang negara pun dah banyak modennya. Takda kereta terbang, tapi dah ada perjalanan atas iaitu LRT, KTM, MRT dan seumpanaya..kan laluan atas tu..hehee.


Malam tahun baru, nad tak sambut dekat mana-mana pun. Pergi Tesco, beli blender baru..hahaa.Blender lama dah rosak, penat nak tumbuk guna lesung je. Ngadu dekat laki, nak blender, tapi cakap takda la nak cepat, bila ada duit baru beli. Tapi ntah, dia nak belikan juga malam tahun baru. Lepas tu balik, duduk rumah tengok rancangan sambutan tahun baru #konsertkitapunya dengan TV2. Tak perlu bersesak ke apa. Bergembira di dalam rumah je..hehee..

Setiap kali menjelang tahun baru, azam memang takda la. Tapi cuma nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Bila dah berkeluarga ni, cuma mengharapkan, kegembiraan lebih kepada anak-anak. Dan berharap moga bertambah rezeki kami sekeluarga.


Tahun Baru 2020

Tahun baru ni, nad memang lebihkan keluarga je. Lagi anak sulung , Fariza dah mula sekolah. Jadi, dia banyak guna duit. Harap 2020 ni beri sinar dan kegembiraan pada anak-anak. Harap rezeki melimpah ruah.

Untuk diri ni, tahun 2020, kene la buat yang terbaik. Mesti percaya pada diri sendiri kita mampu buat. Kalau tak percaya macam mana nak berubah hidupkan. Jauhkan diri dari mereka yang toxic, yang negatif, supaya kita sentiasa dapat aura positif sahaja.

Dekatkan diri kepada Allah supaya hati kita tenang dan tenteram sahaja. Kerja pun dapat dibuat dengan baik.

Azam tu takdalah sanagt, cuma nak pastikan duit dalam simpanan sentiasa ada dan bertambah demi masa depan.


SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Waalaikumussalam. Sama lah, ambang tahun baru lepak rumah dengan anak2 ja tengok tv 😁

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2020
    Semoga sentiasa dilumayankan rezekinya

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru! Amin Amin..Stay Positive!!!! Hehee

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Nad, moga tahun ni lebih baik dr tahun lps

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru sis! Moga tahun ini adalah tahun yang baik untuk semua! Saya ingin memulakan tahun ini dengan warna cat bilik tidur yang baru. Keep writing sis!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2