hai assalammualaikum

ETunai Rakyat, RM30 Kredit E-Wallet : Belanjakan Dengan Berhemah - Haritu ramai pakat share, dah boleh tebus E Tunai Rakyat, RM30 kredit E-Wallet yang diberikan oleh kerajaan. Antara E-Wallet yang ada Touch N Go, Grabpay dan Boost. Syarat mereka yang boleh tebus ialah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun. Masa tengok facebook, instagram dan twitter, masing-masing dah cuba tebus. Ada yang dapat terus ada yang lambat. Nad pulak masa tu baru baik demam, nampak diaorang semua buat, nad pun terus buat.




Tak baca share yang dikongsikan orang berkenaan RM30 E Wallet ni, haritu nad buat sampai dua e wallet. Nad buat dekat Boost dan Grabpay. Lepas tu biol pergi buat status. Tiba-tiba, semua komen, " bukan satu e-wallet je ke? "..Nad terus terbeliak biji mata..hahhaa..weii rupanya buat salah satu e wallet je. Ingatkan boleh semua..hahaa..tu la tak baca info segala. Mana taknya baru demam baik..hahaa..




Tapi salah satu nad buat tu, Boost yang terpilih untuk nad dapatkan RM30 kredit E Wallet percuma ni. Ok la juga dari tak dapat apa langsung kan. Grab nad takdapat sebab dia dah cakap nad dah dapat dekat e wallet yang lain. Touch N Go nad tak buat sebab dah rapai buat dan system dia down sahaja. Tapi memnag tak boleh pun kan, sebab dah dapat dekat Boost..hahaa..Batak kau kan nad.

ETunai Rakyat, RM30 Kredit E-Wallet : Belanjakan Dengan Berhemah

Dapat dekat Boost, nad boleh belanjakan dekat banyak tempat, tapi nad pilih belanjakn dekat KK Mart. Lagipun dekat dengan rumah nad. Dapat RM30 nampak macam sikit, orang cakap macam-macam, takpela. Dah dibagi tu mehla kita ambil dan belanjakan dengan berhemah. Fikir punya fikir, kira punya kira, baik beli biskut.


Nah dapat banyak ni. Bolehlah untuk dua minggu. Tapi macam ni pun dapat sebulan...hahaa..makan time lapar, tengah tengok tv ke. Buat kudap-kudapan ke kan. Dari beli benda yang sekejap je habis.

Korang dah guna.. Beli ape je tu.


SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Kita pun dah dapat, hari tu apply dekat app Grab. Dah selamat pun guna semua buat beli top up.

    ReplyDelete
  2. Sya apply kat grab bulan lepas, hehe. Guna buat beli topup je hahahahahah

    ReplyDelete
  3. DAH SELAMAT GUNA..CLAIM DI TOUCH N GO E WALLET.. dapat beli makanan :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Saya apply kat tng wallet. Alhamdulillah dah habis beli topup 😁

    ReplyDelete
  5. Wah beli biskut saja ke? Saya belum tuntut.

    ReplyDelete
  6. nk install tp xterinstall lg..
    nk tebus jgk cadangkan nk shopping kat kedai eco je.. kikiki

    ReplyDelete
  7. Dah tebus..sebahagian sy guna utk topup,sebahagian lgi nnti saya pikir..heheh

    ReplyDelete
  8. hahaha taktau nak beli apa.. baru pakai rm10 beli pencukur hahahahha

    ReplyDelete
  9. Zaza buat beli topup kebetulan kredit hp habis hehe

    ReplyDelete
  10. Akk claim touch N Go e wallet.. Beli brg2 di caring farmasi je hehehe.. Hand sanitizer & brg2 kebersihan

    ReplyDelete
  11. Oh yes! I got my e-tunai also. Yay jap nak beli barang keperluan juga la

    ReplyDelete
  12. RM30 nak pakai beli apa ye? Beli shampoo je la..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2