hai assalammualaikum

Tidur Lena Dengan Bantal Lembut Das Abdul Global, Bantal Hotel 7 Bintang - Nad ni memang susah sangat nak tidur lena. Kadang mudah terjaga-jaga. Bila tidur tak lena tu, mula la kepala sakit, badan sakit, tengkuk sakit, semua sakitla. Bangun tidur je mesti dalam keadaan yang lesu. Salah satu buat tidur tak lena ialah bantal yang nad pakai. Dah lama sangat bantal yang nad pakai sekarang, takda rasa empuk, keras je. Memang selalu fikir, kalaulah ada bantal macam kat hotel tu dekat rumah, bantal yang lembut, baring je terus tidur lena..mesti best gila. Bangun pagi terus cergas nak buat kerja..hehee..

Suatu hari, kawan nad bagitau berkenaan bantal Das Abdul Global. Bila tengok gambar ada seorang lelaki pegang bantal, terus nad cakap dalam hati " eh ni gambar dekat billboard jalan lebuhraya yang aku selalu lalu "..memang selalu nampak billboard tu, pernah terdetik nak usha dekat google pasal bantal ni, sebab tengok dia peluk bantal tu nampak best je, nampak lembut dan empuk betul bantal tu. Setiap kali nampak mesti aku cakap dalam hati " Kalau la dapat bantal ni, mesti aku tidur lena 2 hari terus"..hahaha..Lepas kawan bagitau, terus nak terjah website dia dan nad ada kongsi dengan korang berkenaan Das Abdul Global ni di blog. Lepas tu terus nad dapatkan bantal ni..hahaa..

Akhirnya, nad dapat juga bantal lembut, bantal yang bertaraf hotel 7 bintang ni weiii..suka gilaa..Masa sampai tu, dah dapat agak ni bantal Das Abdul Global, sebab pegang je dah rasa lembut..hehee. Ingatkan kecil sederhana je bantal dia, rupanya besar juga..


Tidur Lena dengan Bantal Lembut Das Abdul Global, Seperti Berada Di Hotel

Lepas dapat, malam tu jugala kita pakai..Hey tak boleh tangguh-tangguh wak..Kita nak tidur lena..nak rasa sendiri, betul ke lembut, betul ke best bantal ni. Letak je kepala, Allahuakbar, selesanya..sedapnyaaaa..Terus macam suasana sekeliling tu seperti di hotel..hahaha. Nad rasa tenang je bila letak kepala dekat bantal DAG ni. Terus rasa nak terlelap. Sleep Like A King katanyaa..




Sekali betul la, tidur sampai terbabas esok paginya kau. Nad salahkan bantal ni sebab buat nad terlajak..haha..tu la selesa sangat. Bangun pagi, badan, kepala, leher semua tak sakit sangat, sebab, tidur tanpa gangguan. Bantal DAG ni memang memberi kepuasan kita ketika tidur. Memang rasa puas sangat, lena selena-lenanya..Setiap malam, mimpi indah dan memang rasa nikmat tidur sebenarnya.

Nad ni menyusukan anak, jadi, bila susukan anak, baring dekat bantal DAS ni, selesa gila. Paham-paham jela bila menyusukan anak, kalau guna bantal biasa, memang sakit. Dah tukar dengan bantal DAG, menyusukan anak pun takda masalah. Tak rasa tengah nyusukan anak, sebab mata dah lena betul..hahaa. Pada masa sama, bantal ni dapat betulkan postur tulang belakang kita.


Mesti korang akan cakap , “Eleh! Bantal je pun? Ada beza ke bantal jenis A dan bantal jenis B?

Nad sendiri pernah cakap macam tu, tapi bila nad guna sendiri bantal Das Abdul ni, memang lain sangat dengan bantal lain. Menyesal pulak dapatkan satu je..Lepas ni nak tambah lagi. Dah berebut dengan anak dah..hahaha...Tak rasa menyesal pun keluarkan duit beli bantal ni.

Bantal Das Abdul Global ni bukan ada satu jenis je tau tapi ada banyak jenis, iaitu White Duck Down Feather, Memory Foam ( M3 ), Bantal Cong Codei, Bantal Kapok ( Organic ), Bantal Microfibre ( M3 ), Bantal H- Class Pro, Bantal H - Classic, dan Bantal Polyester Helix DAG ( PHD ). Nak lebih details, korang boleh tengok di https://www.dasabdulglobal.com/produk/ apa perbezaan setiap bantal.

Dalam banyak-banyak bantal nad pilih yang H-Classic sebab bantal ni hot selling dan harganya yang murah.



Antara kelebihan H- Classic
- Bersifat Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang ada asma.
- Lembut dan Gebu - Bantal ni dibuat dengan material Polyester (Fiber) Hollowfill iaitu bahan yang empuk.
- Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu.
- Selesa dan tidak panas
- Mudah untuk dicuci & dijaga.
- Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.
- Paling best, boleh dibasuh menggunakan washing machine.


Bila ada bantal DAG ni, tak tidur hotel pun takpa, sebab dah ada bantal hotel ni dekat rumah, feeling dia bila letakkan kepala dekat bantal ni dah macam tiba-tiba je kau kat hotel..hahaa.. Lembut, empukkkk dan rasa syiokkknyaa nak tido dan golek golek kat katil tu especially bila weekends dan boleh tidur lama sikit kann?.

Lagipun bantal ni tak memerlukan special care, walaupun cuci dengan mesin basuh akan kelihatan seperti biasa..Bantal DAG ni memang berkualiti dan standard serta setanding kualiti bantal di hotel 4 atau lima bintang. Memang sesuai dengan tekstur kepala dan bahu kita ketika tidur.

Selain daripada menjual pelbagai jenis bantal hotel dengan jenis material dan kelembutan yang berbeza, DAG juga mempunyai variasi kelengkapan bilik tidur yang lain seperti tilam, sarung bantal, selimut dan lain-lain.

Jadi lepas ni
Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel
( Bantal DAG Memberikan Kepuasan, Keselesaan, Kebersihaan, Kemewahan, Kenikmatan Setiap Malam Seperti Bermalam Di Hotel 7 Bintang )

Kalau korang baca review nad, terasa nak membelinya, korang boleh dapatkan bantal ni di:
Das Abdul Global Sdn. Bhd. |
No.3a, Jalan 6/11, Kawasan Perindustrian Bandar Rinching, Bandar Rinching Seksyen 6, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Call Us +60 19-900 0815
Call Us +603 87276210
Email: admin@dasabdulglobal.com
Website: https://www.dasabdulglobal.com/
Facebook: https://www.facebook.com/dasabdulglobal/
Instagram: https://www.instagram.com/dasabdulglobalofficial/
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Teringin gak nak try bantal DAS nie sebab review positif yang banyak. Rawlins pula sejenis yang suka tidur dikelilingi bantal yang banyak

    ReplyDelete
  2. Ada juga nampak iklan bantal ni mesti lembut kan tapi agak2 berapa harganya? Ada sebut tak?

    ReplyDelete
  3. pergh bantal hotel 7 bintang tu. mesti berkualiti tinggi. saya ni memang cerewet sikit bab bantal ni sebab ada masalah sakit leher.

    ReplyDelete
  4. Sis ada dua bantal ni Nad, ada jiran jual, tak silap ingat lupa dia jual 2 rm120 kot...entah lupa..tapi satu perangai, kalau guna bantal ni, taknak guna sarung bantal hahahaha

    ReplyDelete
  5. Wow looks good the Bantal. Maybe I can get a better sleep with this..

    ReplyDelete
  6. Wah bantal 7 bintang ya..Tapi memang banyak bagi review bagus bantal ni

    ReplyDelete
  7. tengok vantal ni pun dah tahu..betapa empuk dan lembutnya..hahahaha..ni kalau tido mmg susah nak bangun ni heheh

    ReplyDelete
  8. Tidur yang berkualiti ianya memerlukan suasana yg selesa termasuklah batal yang elok..das abdul mmg lembut dan empuk..best kan

    ReplyDelete
  9. dah guna bantal ni jugak.. not bad.. sesuai dengan harga.. yg penting keluaran bumiputera.. tahniah pihak DAS ABDUL!

    ReplyDelete
  10. Fuhh bantal 7 bintang..sure tido nampak bintang (lena le tu..hehehe).
    Sis kalau tido nak bantal keras..x suka bantal lembut lembek. Yang ni keras tak?

    ReplyDelete
  11. Famous betul bantal DAS ni sekarang. Memang bagus kualitinya ye? Patut la leh berjaya camni kan sebab jual barang berkualiti

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2