hai assalammualaikum

Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Dalam Rumah - Sudah tiga hari kawalan pergerakan dilakukan, mungkin ada sesetengah orang mulai bosan duduk di dalam rumah. Yela, kadang ada biasa pergi kerja, ada biasa keluar pergi rumah jiran-jiran, beriadah di taman dan macam-macam lagi. Tapi demi keselamatan diri dan orang lain bagi elakkan penyakit covid 19 ni, semua orang diperintah untuk tidak keluar daripada rumah. Banyak sebenarnya aktiviti yang korang boleh lakukan dalam rumah. Masa ni la untuk merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga.


Ok, mesti korang buntu tak tau nak buat apa kan.. Hah ni antara aktiviti yang korang boleh lakukan di dalam rumah.

1) Sembahyang Bersama-sama
Bangun pagi, solat subuh. Mana yang tinggal bersama keluarga boleh buat bersama-sama, lagi elok. Bila lagi kita nak dapat bersama kan. Yang tinggal sendiri solatla, jangan tinggal.Ingat solat lima waktu ya.

2) Layan media sosial atau tidur
Selepas solat, boleh rehat sekejap, sambil layan media sosial sekejap. Masa bekerja nak sangat tengok media sosial, nah, tak kerja boleh layan puas-puas. Tengok perkembangan terkini, tengok gossip ke..hehee..Rasa bosan, boleh tidur sekejap.

3) Mengemas rumah
Lepas tu, boleh mengemas bilik tidur. Masa ni la bersihkan "sarang " yang ada. Buang segala kekotoran dekat bantal, cadar, selimut. Lap lantai, mop lantai, lapkan tingkap, sapu lantai atau menyedut habuk dan debu menggunakan penyedut hampagas. Ajar anak lakukan perkara yang sama. Percayalah, mereka akan terlebih ‘excited’ bila diberikan kebenaran untuk bermain dengan ‘vacuum cleaner’.


4) Memasak
Hah, duduk rumah, tunjuk skill memasak masing-masing. Tak tau masak, ada banyak resepi dalam google, taip je nak masak apa semua keluar. Ni senarai resepi yang nad dah pernah buat. Takkan nak order je kan. Sekarang kene berjimat.

4) Menonton televisyen
Selesai kemas, boleh tengok TV. Duduk bersama keluarga saat menonton tv bersama, adalah saat membahagiakan. Teringat dulu, waktu takde gajet, tonton tv bersama, bergelak bersama,..hehee..terkenang pulak. Sekarang astro pun dah bagi siaran percuma. Takde astro, boleh layan cerita dekat online. Banyak sekarang.


5) Meluangkan masa bersama anak-anak dan berkreatif
Bosan layan cerita, boleh buat aktiviti bersama anak. main kuda ke, mainan keretapi ke, buat rumah-rumah ke..hah..hahaaha..memori semua tu. Boleh lakukan aktiviti mewarna bersama anak.

Kalau sendiri-sendiri boleh je buat origami ke, menyanyi ke. menari ke..hah!!, masa ni la ye kalau nak buat kerja gila..hehehee.. Boleh buat projek DIY. Boleh buat carian di YouTube mengenai idea projek DIY menggunakan bahan-bahan terbuang yang terdapat dalam rumah anda.


6) Bersenam
Mana yang biasa jogging, beriadah dekat luar, dekat rumah pun boleh bersenam. Bersenam tidak semestinya perlu keluar pergi ke gym atau taman untuk keluarkan peluh untuk jadi lebih sihat. Boleh saja kalau nak buat di rumah, cukup dengan korang buat beberapa kardio atau lakukan tarian seperti zumba untuk bersenam. Kalau badan korang terlalu banyak berehat dan tidak bergerak banyak untuk lakukan aktiviti pun nanti korang cepat sakit tau! Jadi bersenam memang pilihan yang paling baik. Buat ringan-ringan je pun okay, contohnya turun naik tangga.

7) Muhasabah diri
Muhasabah diri pun adalah salah satu aktiviti yang amat baik untuk korang jadikan diri korang semua lebih positif dalam hidup. Bila bosan di rumah, korang cuba ingat semula apa yang patut korang improve lagi dalam hidup korang untuk menjadi seseorang yang lebih baik? Lebih lagi, tahun baru pun tinggal lagi beberapa hari sahaja dan kalau korang muhasabah awal-awal, korang boleh senaraikan beberapa benda yang perlu diperbaiki dan apa impian yang akan korang capai pada tahun depan. Beringat kenapa terjadinya covid 19 ni.

Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Sambil boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita juga dapat emrehatkan badan kita, dan bertenang sekejap. Duduk rumah ni best oo..kalau yang berkeluarga memang banyak kerja sikit tapi tu la tanggungjawab. Single ni dia relaks je, kalau boleh makan tidur je..hahahaa..Cukup dua minggu dah..


Ok korang, jaga diri. Jangan bosan-bosan duduk rumah.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Anak-anak kat rumah ni ada saja aktiviti derang. Dengan mama nya sekali join.

    ReplyDelete
  2. Memasak tu buat masa nih dekat list nombor satu... sebab bila dekat rumah ni semua orang asyik lapar jer ha ha ha.

    ReplyDelete
  3. Erm.. Sebenarnya banyak boleh buat kan nad. Tp tu la. Kdng kita rasa cuti je nak keluar berjalan. Hihihi

    ReplyDelete
  4. sampai tunggang terbalik nad duk kat rumah yer.. betul tu sbnrnya apa yg terjadi nie ada hikmahnya. Luangkan masa sepenuhnya dengan anak2..

    ReplyDelete
  5. Kan banyak aktiviti boleh buat kat rumah so stay home and stay positive

    ReplyDelete
  6. Memang banyak je aktiviti kat rumah boleh buat, tak akan habis..hehehe. Apa yg penting kita dok je umah gan anak2 n layan anak2

    ReplyDelete
  7. Banyak aktiviti boleh buat kat rumah kan Nad..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2