Aneka Resepi Nasi Goreng Yang Boleh Dicuba - Hah, sepanjang PKP ni, duduk rumah sahaja, mesti kerja nak makan je la kan, atau dah tak tau nak masak apa kan. Kalau malas masak banyak lauk, masak je satu menu. Contoh nasi goreng, aneka resepi nasi goreng yang boleh dibuat. Nah, nad kongsi aneka resepi nasi goreng yang boleh korang cuba.
Nasi Goreng Cili Kering
Bahan
- Segenggam cili kering
- Segenggam ikan bilis
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- Garam
- Telur dua biji
- Nasi yang dah dimasak dan disejukkan
Cara membuatnya
- Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat
- Panaskan kuali dan pecahkan telur 2 biji, goreng sehingga hancur, dan letak di tepi.
- Tumis bahan-bahan sampai naik bau
- Letak perasa dan masukkan nasi
- Kacau sebati dan siap.
- Akhir sekali leatk telur hancur tadi. Boleh makan
Nasi Goreng Ikan Bilis
Bahan
- 5 biji Cili api (merah)
- 1 Bawang merah
- 2 Bawang putih
- Sedikit Ikan bilis
- 1 Telur
- Kacang panjang/ apa-apa sayur
- Nasi Sejuk
- Garam
Cara membuatnya
- Goreng ikan bilis sehingga masak dan rangup kemudian ketepikan
- Tumbuk cili api, bawang merah, bawnag putih dan tumis sehingga naik bau
- Masukkan garam
- Masukkan telur dan hancurkan gaul bersama.
- Masukkan sayur dan nasi kemudian gaul.
Siap
Nasi Goreng Padu
Bahan-bahan
- Nasi putih
- Segenggam ikan bilis
- 3 biji telur
- Sayur ( karot (potong dadu),nak sayur lain macam kangkung pun boleh
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- Cili padi* (ikut suka korang tapi lg pedas lg sedap)
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak masukkan telur , kemudian kacau sehingga hancur. angkat dan ketepikan.
- Tambah sedikit lagi minyak.. goreng garing ikan bilis..Angkat dan ketepikan dulu.
- Guna minyak ikan bilis tadi (ni tips penyedap tau)..masukkan bahan tumbuk tadi kacau hingga hampir layu atau hampir garing sehingga naik bau
- Masukkan garam dan serbuk perasa
- Kemudian masukkan sayur.
- Kacau sebati, masukkan nasi putih kacau sebati ,hancur-hancur kan dgn sudip supaya nasi tak berketul dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yg kita goreng tadi.
- Kacau sebati dan sekata dan sayur dah layu...
tadaa siap.
Nasi goreng cilipadi ikan tumbuk
Bahan-bahan
- 1 pinggan nasi putih
- Ikan goreng(ikan selayang 2 ekor- asingkan isinya)
- 10 tangkai cili api
- 1 biji bawang besar-hiris
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- kacang pnjng
- Kubis
- Garam
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan cili api, bawang besar dan bawang putih.
- Bila dh agak layu, boleh diangkat
- Tumbuk kasar bahan yang sudah digoreng tadi, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
- Tumbuk jangan hancur sangat..(manja2 je)
- Tumis semua bahan yang sudah ditumbuk.
- Masukkan garam n perasa..
- Masukkan sayur dan pecahkan telur..
- Bila telur dh separuh masak..masukkan nasi putih..kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit..
Siap!!! Slmt mencuba..
Nasi goreng 'bodoh'
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lada besar
- Cili padi
- Bilis sikit
- Sayur kacang panjang / buncis potong kecik,
Cara membuatnya
- Goreng bilis dahulu, kemudian asingkan.
- Tumis bahan tumbuk, masuk telur sebijik. Hancurkan telur.
- Masukkan sayur, masukkan garam.
- Masukkan nasi goreng sampai bebetul kering sikit.
Siap! Bilis masukkan masa api dah tutup. Gaul rata.
Nasi goreng cili kering udang galah petai tabur ikan bilis goreng rangup
Bahan-bahan
* Bwg putih
* Bwg merah
* Bwg besar (bahan * hiris)
- Bwg putih
- Bwg merah
- Bwg besar
- Cili kering
- Belacan (bahan # blander on off bg kasar2 sikit)
Ikan bilis
Udang galah
Telur
Sos ikan (ikut suka nak letak or xnak)
Nasi (ramas)
Petai (ambil isi shja)
Sayur kangkung (potong)
Garam
Perencah nasi goreng ikan bilis
Cara membuatnya
- Panaskan minyak kemudian gorengkan ikan bilis smpai garing, kemudian angkat & asingkan.
- Tumiskan bahan-bahan bertanda * yg telah dihiris tadi smpai layu dan naik bau (guna myk ikan bilis td).
- Kemudian masukkan udang galah, kacau2 bagi udang galah masak sekata.
- Kemudian masukkan bahan-bahan bertanda (-) yang telah diblander tadi, kacau-kacau bagi sekata dan biar pecah minyak.
- Kemudian masukkan sedikit garam & kacau-kacau bagi sebati (garam n aji sikit je sbb last nanti nak letak perencah lg).
- Kemudian pecahkan telur, kecilkan api n biarkan telur separuh masak kemudian baru kacau perlahan-lahan.
- Kemudian kuatkan api sikit & renjiskan sos ikan n kacau-kacau bagi sebati (ikut suka nak letak or taknak).
- Kemudian masukkan nasi yg telah diramas tadi dan kacau bagi sekata
- Kemudiah taburkan perencah nasi goreng ikan bilis n kacau-kacau bg sekata.
- Kemudian masukkan petai & sayur kangkung sekali dgn batangnya & kacau2 bg sekata.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng td n kacau-kacau bg sekata dan tutup api.
- Siap.
Hah macam mana. Bolehla cuba aneka resepi nasi goreng ni..aummm
Perghhh nasi goreng udang galah! Hahaha... Kita selalu masak nasi goreng heyyy ikut sukati la 😆😆
ReplyDeleteDalam list nasi goreng dekat atas kita terliur Nasi Goreng Udang Galah tu... Sedapnye, Lapar pulak pagi-pagi nih!
ReplyDeleteSedapnya, macam styles nasi goreng. Zira buat sama je bosan juga
ReplyDeleteMmg tgh msim pkp ni CR kerap wat nsi greng. Pling suka nsi greng ikan blis. Wat plak telur mata. Hee. Selera terus
ReplyDeleteKadang tak tau nak masak apa, nasi goreng dan lauk satu jer pun dah cukup
ReplyDeleteYummmyyyy.. Sedapnya
ReplyDeleteSejak PKP ni tak masak lagi nasi goreng. Haha
ReplyDeleteSebelum ni hari2 masak kalau ada nasi lebih. Sebab ddy dorang balik PT Pagi je nak makan berat. Ni terus pergi kerja, takde la pening kepala. Hihi
wah mcm2 jenis nasi goreng...suka nasi goreng yg putih2..slalunya menu nasi goreng ni masak utk bfast
ReplyDeleteElok pulak tiba2 ada post ni sebab cadangnya malam nanti nak buat nasi goreng je la. Hehe.
ReplyDeletenasi goreng udang tu buat terliur je. saya tak pernah ada resepi untuk nasi goreng sebab selalunya campak2 je haha
ReplyDeletePerghhh kemain sedap semuanya...memang rajin gak Sis masak nasi goreng ni, sebab sayangkan nasikan, so esoknya goreng aje laaa...ni bolehlah save buat rujukan akan datang bulan ramadhan..
ReplyDeleteHehehe...... kami Di rumah pun asyik makan nasi goreng sebab nak jimat lauk. Macam2 jenis nasi goreng juga kami cuba...... nasi goreng cina, ikan bilis. Kimchi........
ReplyDeleteNasi goreng feveret 1 family. Kalau dh tak tahu nak masak apa atau senang crita malas masak, sik goreng la yg jadi pilihan. Selalu buat yg Cili kering tu. Resepi nasi goreng padu tu mcm menarik utk dicuba
ReplyDeleteMcm2 jenis nasi goreng lah. Nasi goreng padu ni mcm kena try nih. Thanks share resipi.
ReplyDeleteSemua sedap2. Ada juga try beberapa jenis nasi goreng dalam blog Bella. Nanti nak rasa sket masakan Nad. Hehe
ReplyDeletewow, rajin nad cuba aneka resepi nasi goreng.
ReplyDeleteaida ada 2 resepi je kat rumah ni :)
paling aida rindu is nasi goreng cili kering. emak aida selalu buat.
rumah aida ni takde cili kering!
HAaa! Macam2 nasi goreng keluar mmg sedap makan time PKP ni, perlu lah perlbagaikan resepi kan! Amboiii udang galah tu... geramnye...
ReplyDeleteByknya resepi nasi goreng, kak kat umah mmg selalu masak nadi goreng utk sarapan pagi
ReplyDeleteOkey, harini sarapan nasi goreng. 😋😋
ReplyDeleteSedap tau nasi goreng cili kering tu..
Teringat mak selalu buat.
Kita takleh buat.
Karang anak anak takmo makan.
Dia kata ada cili, pedas. Haha
selalu buat nasi goreng bodoh dengan cili kering tu sebab zul memang suka benda pedas. Nanti nak cuba buat nasi goreng udang pula. tengok bahan macam cukup dalam peti heheh
ReplyDelete