hai assalammualaikum

Kawalan Pergerakan bagi Mengurangi Peningkatan Covid-19 - Setiap hari nad ikut perkembangan tentang covid-19 ni. Bermula dari Wuhan, China, kemudian masuk ke beberapa negara. Semakin hari, baca laporan covid-19 di Malaysia, semakin hari semkain meningkat. Disebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab dengan melancong ke luar negara atau tidak mendengar arahan. Nah, sekarang, dari sedikit menjadi ratus orang yang positif virus Covid-19 ni. Melihat kepada keadaan yang semakin tidak terkawal, PM telah mengeluarkan kenyataan untuk melakukan kawalan pergerakan bagi mengurangi virus ini.


Ramai ingat lockdown, perintah berkurung, tapi sebenarnya tak. Cuma, pergerakan dibataskan untuk elakkan daripada berjangkit. Habis semua orang pergi beli barang dekat Tesco, pasaraya sampai habis. Buat orang lain panic juga. Dah masa tu diaorang berkumpul beramai, tak tau siapa yang ada penyakit Covid tu..Allahuakbar..

Perintah kawalan pergerakan ni bermula esok 18 Mac sehingga 31 Mac. Jadi duduk dalam rumah senyap-senyap. Internet ada, tv ada, pasti tak bosan. Macam nad memang dah biasa duduk rumah dengan anak-anak. Anak-anak pun memang jenis tak merungut boring ke apa. semua mainan ada dalam rumah. Nad sekeluarga keluar bila perlu je,macam job nad sebagai blogger, pergi masa waktu event, kalau ade event la. Tu pun tak selalu. kemudian pergi beli barang semua. Tapi sekarang suami jela pergi beli barang. Takda bawak anak-anak.


Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat, penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Kita telah melihat peningkatan wabak COVID-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.

Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.

Kita telah melihat beberapa negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan COVID-19. Insyallah bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

Yang ni senarai nak lagi faham

Apa yang buka dan apa yang tutup, lebih kurang macam ini lah:

 1. Supermarket, Pasar basah, 7 11, Family Mart, Speedmart 99, KK Mart, Tesco, Giant, Jaya Grocer, BIG, Food delivery dan kedai runcit biasa  -- Buka.

 2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Hospital, Penjara, Bank, Bursa Saham -- Buka.

 3. Kelab golf, bar, pub, disko, karoake , rumah urut -- Tutup.

 4. Workshop, kedai gunting, warung, mamak, restaurant seafood-- Tutup.

5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul -- Kalau boleh, Batal.

 6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang, Pet shop dan kedai aquarium -- Tutup.

 7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi -- Tutup.

 8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi -- Buka.

 9. Kedai baju, kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai reflexology -- Tutup.

 10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium, kompleks sukan -- tutup.


11. KFC & McD (Drive Thru, Delivery & Take Away) — Buka

Ramai yang tanya mengenai majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya. Jawapannya TIDAK dibenarkan. Kerana ia adalah suatu perhimpunan sosial.
.
Jika ingkar bagaimana?
Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH.
.
Anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Kalau korang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan diri dan keluarga serta orang persekitaran, sentiasala mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Semoga kita semua dilindungi Allah dengan rahmatNya, Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Semoga semua ahli keluarga dilindungi dari penyakit berjangkit ini.. Aamiinn.. Takecare kak Nad

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua dilindungi Allah dengan rahmatNya, Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wr.wb




    Kami di Arab Credit Group telah luar biasa ketika datang untuk membantu orang-orang dalam masalah keuanganan mereka dengan utang yang tak terhitung jumlahnya untuk membayar, tugas kami adalah untuk membantu Anda dengan pinjaman untuk menyelesaikan semua masalah keuangan Anda, dan menjadi keuangan yang stabil lagi. platform pembayaran kami sederhana, kami menyediakan Anda dengan suku bunga terendah 2% pinjaman Anda dapat menemukan, Arab Credit Group adalah Perusahaan pinjaman yang dimiliki oleh Keluarga Arab kami, kami telah memutuskan untuk membantu saudara-saudari kami untuk menjadi kuat secara finansial seperti yang diperintahkan Tuhan. kami di sini untuk memberi Anda bantuan untuk sukses dalam hidup.

    Hubungi kami dengan.
    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com
    Pin BBM: {E39B5EE5}  

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2