Bila Dapat Keluar Selepas Sebulan Kuarantin Dalam Rumah - Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan, selama sebulan, nad tak pernah keluar rumah lagi. Syarat, hanya ketua keluarga atau seorang sahaja seisi rumah yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan. Selama ni, memang mr mafia jela yang membeli. Dia la yang rasa situasi dalam mall macam mana. Nad tengok dekat dalam tv, media social jela. Semalam, nad nak beli barang, mr mafia, dah berapa kali keluar, tak jumpa-jumpa. Jadi, decide, biar la nad yang keluar. Pergi Tesco je pun..hehee. Takut, memnag takut sebab covid, tapi tak salah sesekali kita keluar tengok keadaan macam mana. Ambil udara sikit. Bukan lama, beli barang , terus balik.
Situasi di Tesco memang lain. Kalau sebelum ni tinggal masuk jela. Pergi sana sini, sukahati. Kedai semua buka. Sekarang, hanya barang keperluan, barang dapur , letrik, makanan, minuman je yang buka. Lain semua tutup. Kemudian kene beratur, yang penting jarak kena 1 meter.
Ingatkan dah beratur, tunggu jela, tapi nasib baik tak. Dalam beratur, dia bergerak je. Jadi, takde la tunggu lama mana. Memang panjang beratur, sampai ke luar. Nak taknak kene ikut peraturan. Bila masuk kene cek suhu, dan staff bagi hand sanitizer. Masing-masing pun ikut arahan yang dibuat.
Orang lelaki, dengan orang perempaun cari barang lain. Orang perempuan sekejap je jumpa. Semua barang nad nak ada. Dah siap membeli tu, balikla terus. Memang takde duduk-duduk dah..hahaa.. Walaupun dapat keluar, hati tetap takut. Yela, banyak orang kan, virus tu bukan kita nampak. Sebab tu kene ambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa bersihkan tangan, dan jauhkan sikit daripada orang.
Tengok luar, nampak awan, nampak pokok, syukur la dapat tengok lagi semua ni..hahaa.
Dah siap beli, terus balik. Dah balik, terus basuh tangan. Pengalaman semua ni ye.
lega sikit leh kluar kan. kite ni berbulan dh tak kluar..huhuhu
ReplyDeleteselalu kalau suami keluar beli barang balik mesti suruh mandi basuh baju..seram hahaha
ReplyDeletemacam terlepas dari penjara lak kan hahahhaha...sama la keluar 2 atau 3 minggu sekali
ReplyDeleteBila dapat keluar rumah sekejap rasa lain betul nikmatnya kan. Bulan lepas bawa anak check up rasa bebas sekejap.
ReplyDeletemula2 dapat keluar, rasa lain. rasa takut. rasa diperhatikan je.
ReplyDeletememang sejarah hiduplah