Fariza Dah Rindu Dekat Sekolah Dia - Harini masuk dah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 3. Harap semua ok dan baik-baik sahaja dalam rumah tu. Jangan stress sangat guys. Kalau stress, tenangkan fikiran tu dengan mendengar ayat suci Al-Quran, tengok benda kelakar, dan rehat secukupnya. Memang ramai yang terkesan dengan covid ni, termasuk anak nad sorang ni, Fariza.
Kesian dia, tahun ni dia baru mula sekolah. Memang teruja bila dapat pergi sekolah semua. Dapat jumpa kawan, dapat bergaul, dapat belajar, dapat jumpa cikgu semua. Tapi, hanya dapat beberapa bulan sahaja. Disebabkan covid 19, tak dapat pergi sekolah. Haritu nad saja cakap dia pasal sekolah.
"kakak rindu sekolah tak"..
Dia jawab rindu..
Saja cakap esok p sekolah tau.
Dia cakap " yeahhh!! Tapi mommy kata ade kuman".. ( dia paham ada kuman sebab tunjukkan video papa zola dan pipi )
Mommy cakap" oh lupa la"
Dia sambung " takpe fariza pakai tutup mulut tu ye"..
Sabar ye kakak.. Harap hilanglah covid ni..Ujian buat kita semua.
Cikgu pun ade bagi kerja sekolah.
Fariza ni memang dari dulu biasa dah duduk rumah. Kitaorang memnag jarang jalan. Bila PKP dia takda merungut keapa. Alhamdulillah. Belajar memang belajar. Habis belajar layan tv.
Dan diumukan harini, katanya UPSR, PT3, STPM dibatlkan untuk tahun ni. Pasti ada kaedah baru yang dijalankan. Jangan risau ye adik-adik semua. Jangan risau, umur korang masih sama, takde patah balik ye..hehee..Ni la namanya dunia baru. Pasti akan dapat selesaikan dengan baik berkenaan peperiksaan ni. Adik-adik bolehla rehatkan fikiran, mental dan fizikal dulu.
Dekat rumah tu jangan tak belajar langsung. Selak-selak sikit-sikit buku tu.
Tujuan KPM membatalkan peperiksaan ini adalah kerana ingin pastikan keselamatan anak-anak pelajar semua. Semoga kita dapat selesaiakn covid ni secepat mungkin.
Add your comment