Lelaki Pun Kena Jaga Wajah - Siapa kata lelaki kurang memberi tumpuan kepada penampilan? Ada je sesetengah lelaki yang pandai jaga wajah diaorang. Kalau tengok twitter, banyak je orang lelaki kongsi perbezaan wajah mereka dari berjerawat ke kulit yang cantik. Siap buat thread lagi. Tu pun sebab diaorang memng nak berubah dan rajin membaca. Tengok banyak kongsi diaorang pakai memng ikut langkah yang betul, dari pencuci, toner, serum, moisturizing sampaila ubat jerawat.
Jika 10 atau 15 tahun lalu, apabila ditanyakan kepada mana-mana lelaki mengenai rejim penjagaan wajah, pastinya ramai yang mengatakan hanya menggunakan pencuci muka, malah jangan terkejut sebahagian daripadanya mereka memilih sabun mandi untuk membersihkan kulit. Sekarang pun ada juga..heheee.
Walaupun sedar ia satu tindakan tidak tepat, namun bagi golongan itu, kecantikan wajah tidak perlu diutamakan, cukuplah jika kulit dibersihkan ketika mandi pada waktu petang selepas pulang dari kerja. Senario itu sudah jauh berubah, seiring peredaran masa golongan lelaki semakin bijak dalam soal penjagaan kulit wajah juga diri kerana bagi mereka ia perlu untuk keyakinan berdepan khalayak.
Jika mahu lebih baik, boleh gunakan pelembap dan penyegar. Ini bukan soal mahu, tetapi ia lebih kepada usaha dalam mendapatkan kulit wajah segar dan bersih sekali gus membuatkan orang lain senang berurusan dengan kita
.
Sesekali gunakan topeng wajah sebelum tidur bagi membantu menyihatkan kulit dan pada masa sama melegakan tekanan.
Namun, bagi lelaki yang malas atau tidak mempunyai masa untuk mengikut langkah demi langkah yang banyak, boleh cuba beberapa panduan ringkas serta mudah sebagai rutin harian.
1. Cuci wajah setiap hari.
- Walaupun ia tidak dilihat sebagai perkara penting, mencuci wajah membantu membersihkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan pori tersumbat selain mengakibatkan kemunculan jerawat. Pilih pencuci yang bersesuaian kulit wajah atau segarkan dengan sedikit bauan. Pastikan pencuci yang dipilih bersifat lembut dan bebas bahan kimia berbahaya.
2. Jika memiliki wajah berjerawat, pilih rawatan dan penjagaan harian sesuai bagi mengelakkan kulit bertambah teruk serta menyakitkan. Jangan malas untuk merawat wajah berjerawat jika mahukan kulit kembali sihat dan bermaya.
3. Lakukan pengelupasan secara lembut pada kulit wajah dan badan sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sekali yang bersesuaian dengan jenis kulit masing-masing. Tidak perlu lakukan di spa, anda boleh lakukannya di rumah dibantu isteri atau ibu. Selain wajah, bahagian siku, lutut dan kaki juga memerlukan sesi skrub bagi mengelakkan kawasan berkenaan kelihatan kusam atau kasar.
4. Sapu pelembap. Pelembap bukan saja membantu menghidrat kulit, malah bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan masalah kedutan muncul. Produk lembapan untuk lelaki kini banyak di pasaran dan pastikan pilih rangkaian yang tidak mengandungi bahan kimia terlarang serta sesuai dengan jenis kulit anda.
5. Jika terdapat perubahan atau masalah pada kulit wajah yang serius, segeralah berjumpa ahli dermatologi supaya dapat mengesan masalah dialami lebih awal. Kemungkinan, tekstur kulit berubah memberi petanda kepada keadaan yang lebih serius seperti kanser kulit atau kekurangan nutrien.
6. Bercukurlah supaya anda kelihatan kemas dan lebih bersih
Betul. Orang lelaki pun kena jaga kesibatan dan kecantikan kulit wajah diorang kan. Tapi kalau tengok sekarang ni kebanyakan lelaki hentam saja jaga kulit wajah. Hahaha
ReplyDelete