Parfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream - Waktu kuanrantin dekat rumah ni la, macam-macam resepi, kek, dan dessert orang kongsi ye. Bila dah orang kongsi, mestila kita nak cuba. Contoh macam kek milo yang nad buat. Kali ni nad buat Parfaits dessert yang sangat sedap dan mudah menggunakan Anchor Whipping Cream.
Parfaits Dessert Menggunakan Anchor Whipping Cream
Korang pernah makan Parfaits Dessert ni. Parfait adalah dessert atau makanan pencuci mulut yang berasal dari Perancis. Berpenampilan cantik menggoda, dengan cita rasa manis dan lembut, Parfait dikenal sebagai dessert di restoran-restoran berkelas.
Baca juga : Resepi donut mudah dan gebu
Ia berbentuk krim yang berlapis-lapis terbuat dari krim lembut,dan penambah cita rasa seperti coklat, vanilla, strawberry, dan lain-lain. Selain itu yang membuat istimewa tampilan parfait adalah topping yang menyertainya, seperti kepingan coklat, potongan strawberry, cherry, irisan jeruk, dan lain-lain. Cara dibuatnya dengan dimasukkan ke dalam cawan lutsinar. Bila nampak dari luar tu, wow..hehe..
Korang pun boleh buat parfaits dessert ni sendiri tau. Nad dah buat, senang je dengan menggunakan Anchor Whipping Cream. Beli yang kotak biru ni ye. Ada je dekat Aeon, kedai kek.
Ni video nad buat.
Korang pun boleh buat parfaits dessert ni sendiri tau. Nad dah buat, senang je dengan menggunakan Anchor Whipping Cream. Beli yang kotak biru ni ye. Ada je dekat Aeon, kedai kek.
Ni video nad buat.
Bahan-Bahan Parfaits Dessert
1) 250ml Anchor Whipping Cream
2) 25g Icing Sugar
3) Any desired toppings (fruits, oats, granola, oreo, nuts, seeds, fresh herbs and etc.)
Cara buatnya:
- Pastikan Anchor Whipping Cream dimasukkan ke dalam peti ais dahulu. Bila nak buat tu, keluarkan dari peti ais dan tuang terus.- Masukkan Anchor Whipping Cream bersama icing sugar dalam satu mangkuk besar. Kemudian pukul sampai kembang
- Ambil gelas kosong dan buat layer-layer macam Nad buat tu. Topping tak kisah apa sahaja. Boleh buah, oat, granola, nuts, seeds, oreo dan sebagainya mengikut citarasa korang.
- Dah siap! Nak sejukkan dulu baru makan pun boleh, nak makan terus pun boleh
Anak-anak pun suka.. Yummy.. Diaorang suka makan sejuk-sejuk.
Ok selamat mencuba.
pos kak sini lepas siap masak nya. hahahha
ReplyDeleteamboi sedapnya Nad :)
ReplyDeleteAda kawan Sis kata, nak lagi sedap, perahkan lemon Nad, nanti sedap gile rasa whipping creamnya, dah macam yogurt gitu hehehehe nanti try lerrr
ReplyDeleteakak tengok gambar je pun dah tau sedap ni nad, waktu pkp ni memang teringin nak makan yang manis-manis macam kek dan pastri, memang bagus buat sendiri sebab lebih terjamin tahap kebersihan dan kita sendiri boleh adjust rasanya ;)
ReplyDeleteWahhh ni parfait versi sihat ni sbb pakai buah buahan. Boleh cuba la parfait koktel ni.. Mesti anak2 suka.
ReplyDeleteSy tengok dalam.movie je parfait ni.. Tak pernah terfikir nak makan.. Ni ada reseipi sekali... Boleh lah try terus
ReplyDeleteMemang one of favourite kitorg seisi keluarga ni buat Parfait as desserts! Indeed kitorg pon guna Anchor jugak, mmg sedap jadinya hehe.
ReplyDeleteRajinnya. Saya memang suka whipping krim ni samada makan dengan buahan atau kek atau jadi pengisian cokelat eclair lg sedap dr kuatard krim.
ReplyDeleteNampak menyelerakan..anak2 k mid desert2 nie diorg suka .bolelah cuba..nampak agak senang nak membuatnye
ReplyDeleteSedapnye parfait tu. Bolehlah cuba buat nanti. Thank you nad share resepi
ReplyDeletetak pernah lagi makan parfait ni. nampak sedap je. nanti nak cuba resepi pun mudah
ReplyDeleteaida x pernah makan or buat ni, nad. org kampung sgt kan ha a ha ha...
ReplyDeletebut anchor whipping cream tu, biasa beli. now, pkp, aida stocked up emborg whipping cream je.
anchor's ni takde :(
anything, bila dgn whipping cream memang sedap, nad. but if takde, ganti dgn full cream milk je.
Macam sedap jer parfait tu berlapis-lapis dengan cream anchor dengan buah-buahan, tak pernah beli brand anchir nih nak cuba buat nanti, tq Nad share resepi
ReplyDeleteAnchor is always famous for baking & cooking. And also my favorite brand! The whipping cream also is best for cake decorating. They are easy to be whipped.
ReplyDeletesedap ni. nanti nak cari whipping cream cuma kena pelbagaikan ramuan dia
ReplyDeleteSenang sangat parfaits stail Nad. Hahaha. Nanti nak buatlah. Anak-anak memang suka desert buah-buahan camni.
ReplyDeleteKan senang nak buat dessert macam ni, memang sesuai sebagai dessert time puasa ni senang nak prepare.
ReplyDeletesenangnya nak buat..tp nak beli whipping krim tu kena fikir byk kali since kena berjimat ni..hehe
ReplyDeleteFreshnya dessert sejuk2 mcm tu dengan buah2an. Kena sangat ditambah dengan crunchy cornflakes tu. Anak2 mesti suka. Nanti sy nk try buat jugak la. Thank you sis!
ReplyDeleteSedapnya. Suka makan dessert. Dia boleh buat pakai satu jenis buah je kan?
ReplyDelete