RESEPI IKAN MASAK ASAM UTARA

in , by Nadia Johari, 23:37:00
hai assalammualaikum

Resepi Ikan Masak Asam Utara - Hah, harini kita cuba menu baru, ikan masak asam utara. Bahan yang digunakan pun mudah sahaja.




Bahan-bahan
- Ikan ( apa jenis ikan )
- 1 biji Bawang besar
- 2 ulas Bawang putih
- Seinci Halia
- 2 Cili Merah
- 7 biji cili padi
- Air perahan asam jawa
- Garam
- serbuk kunyit

Cara membuatnya


- Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan


- Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sampai naik bau
- Masukkan serbuk kunyit sedikit untuk bagi warna cantik


- Kemudian masukkan air asam jawa masak sampai mendidih.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa.



- Masukkan ikan ke dalam kuah dan gaul bagi sebati.


Dah siap. selamat mencuba.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Boleh try menu ni. Sebab dah bosan masak menu yg sama je bila part ikan ni. Huhu.

    ReplyDelete
  2. nampak sadap menu nad masak nih, bolehlah cuba resepi ni nanti...

    ReplyDelete
  3. Simple nya masakan tu nad. Tak pernah masak macam ni lagi. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah makan ikan asam cam gini, mmg sedap tapi lom pernah buat sendiri. Bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Ikan Masak Asam Utara memang sedapkan. Ini lah lauk makan time pantang. Nikmat sangat dapat makan macam ni. Resipi paling sennag dan mudah nak sediakan

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2