hai assalammualaikum

7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang - Kalau ditenggokkan, dekat Pulau Pinang tak terkira banyaknya kedai makanan, google je nak apa, boleh jumpa banyak restoran-restoran yang meyediakan hidangan yang sedap , yang menyelerakan mengikut selera kita. Kalau sebelum ni, mungkin banyak makanan jalanan yang ada, tapi sekarang, banyak je restoran yang terkenal telah dibuka di Pulau Pinang.




Disebabkan dah terlalu banyak restoran yang ada, ni nad nak kongsikan 7 restoran yang menyajikan makanan yang sedap di Pulau Pinang. Sebelum tu, apa kata korang download je aplikasi Foodpanda, senang dan memudahkan bila korang nak pesan makanan. Takyah susah-susah keluar rumah, gunakan perkhidmatan food delivery penang dari Foodpanda. Dah download , hah boleh pilih restoran makanan yang korang nak.


7 Restoran Menyajikan Makanan Yang Sedap Di Pulau Pinang

Hah, pening pulak nak pilih kan, takpa, nad bagi idea beberapa restoran yang menyajikan makanan yang sedap di Pulau Pinang.


Restoran Pen Mutiara Batu Maung 

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Penang yang hanyalah 10 minit perjalanan, merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal dengan  kari kepala ikannya iaitu Restoran Pen Mutiara. Restoran Pen Mutiara adalah sebuah hotel-restoran di Batu Maung. Restoran Pen Mutiara menyajikan masakan tradisional Melayu. 

Restoran yang penuh dengan keselesaan dan berpendingin hawa ini menghidangkan kari kepala ikan yang dimasak secukup rasa menggunakan ikan segar. Nak tahu macam mana sedapnya, korang kenala cuba sendiri.




Dekat sini ada menu a la carte dan set menu. Set Menu dihidangkan bersama nasi putih, timun, sambal belacan serta minuman limau asam boi. Hidangan khasnya adalah kari kepala ikan.

Waktu penghantaran 

Isnin - Ahad 12:00 PM - 8:00 PM,

Kopitan Classic Penang Delight ( Georgetown )



Kopitan Classic Penang Delight (Georgetown) menyajikan makanan western, asian dan noodles. Ada bread dan toast, noodles, makanan bergoreng, chicken chop, spagetti dan lain-lain lagi. Huishh banyak menu pilihan ni. Semuanya nampak sedap. Air pun ada dijual. Senang kan.





Waktu penghantaran : Isnin sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 9 malam.
Dekat sini pun ada preorder Friday dari jam 11 pagi sehingga 9 malam

Restoran Kesum Art 


Lagi satu restoran yang korang kene cuba pergi ialah Restoran Kesum Art. Dalam restoran ni penuh dengan lukisan menghiasi hampir seluruh dinding restoran. Katanya lukisan dekat sini pun boleh dibeli. Kot ada lukisan yang menarik perhatian, bolehlah beli sekali.


Ok, datang sini sebab nak makan kan. Ada macam-macam menu yang menyelerakan dari selatan semenanjung Malaysia seperti soto, laksa Johor, asam pedas, lontong dan lain-lain.

Jika anda sukakan seni, inginkan suasana makan yang banyak dengan pendingin hawa dan ingin makanan yang sempurna rasanya, bolehlah datang ke Kesum Art Restaurant.


Waktu operasi dari pukul 12 tengahari sehingga 5 petang

D'Dapor Express


Kalau nak makan beramai-ramai, bolehla makan di restoran D'Dapor Express ni. restoran ini menawarkan hidangan sampingan dengan nasi. Cubalah hidangan khas mereka, Kari Kepala Ikan, Ayam Pandan Berbungkus, Tauhu Claypot Muhibah dan Ikan Siakap Bawang Putih Berkicap!



Address: 7, Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, 11:00 pagi - 10:00 malam


Restoran Kebaya



Restoran Kebaya , restoran yang tersembunyi di Seven Terraces Hotel yang luar biasa yang mesti untuk dicuba sambil menjelajahi makanan yang enak di George Town, Pulau Pinang. Kebaya adalah pendekatan baru untuk selat klasik dan masakan Indo-Cina. Selain itu, Kebaya adalah tafsiran moden mengenai masakan Nyonya yang dicipta khas untuk pengalaman bersantap yang sungguh menggembirakan.


Ia mempunyai menu makanan yang lengkap dan asli. Ruang makannya menarik dan semua makanan yang sedap.

Alamat: 2-16 Stewart Lane George Town, Malaysia

Waktu operasi: 18:00 - 22:00
Tel: 011-14033310

Lagenda  House & Cafe


Terletak di Campbell Street, restoran ini menyediakan makanan dalam congkak (permainan mancala tradisional). Ruang makan dihiasi dengan foto-foto Allahyarham P. Ramlee (1929-1973), salah satu seniman Malaysia yang paling terkenal sepanjang masa.Oldies dari tahun 1950-an dan 1960-an memenuhi suasana restoran dengan daya tarikan nostalgia.



Menu ini menampilkan Nanas Prawn Lemak terlaris, disajikan di menara kerucut biru, dan Ayam Rendang wangi disajikan dengan sambal buatan sendiri (bumbu cabai pedas) dan salad telur.

Address: 43, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:⋅ Dibuka setiap hari dari 7 pagi - 11 malam
Menu sarapan pagi 7 pagi - 11 pagi

Suffolk House


Sebuah rumah besar bersejarah yang berubah menjadi restoran mewah di Pulau Pinang, Suffolk House tersembunyi jauh dari jalan-jalan yang sibuk. Tempat ini bukan sahaja menyediakan lawatan tetapi juga menyajikan pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan untuk kualiti makanan mereka.




Sebenarnya, ramai yang mengunjungi Suffolk House semasa perayaan dan juga minum teh. Malah ada yang mengadakan majlis perkahwinan di Suffolk House.

Address: 250, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: 10:00AM – 11:00PM
Tel: 04-2283930.




Banyak kan restoran menarik dekat Pulau Pinang ni. Ni baru sikit je nakd kongsi, ada lebih 80 restoran yang ada. Semua makanan pun nampak menyelerakan. Jadi kalau teringin tu, tapi takda masa nak pergi, boleh je pesan makanan secara dalam talian dari semua kedai kegemaran yang korang suka. Takyah susah-susah, nak makan, malas keluar, guna " food delivery penang " dari Foodpanda datang hantar ke rumah atau pejabat.
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. Haaa..mood holiday dah mai. Cun sgt!

    ReplyDelete
  2. Lepas semua reda memang ada plan nak ke sana .. tempat makanan yang best banyak betul

    ReplyDelete
  3. bukan makanan je sedap,architecture dia pun lawa giler la penang nie..x puas ronda lagi

    ReplyDelete
  4. Hanya beberapa.shj dh cuba..lain2.tu tak pernah. stuckford tu langsung tak pernah jejak

    ReplyDelete
  5. waduh waduh berselera tengok semua menu2 tu Nad :)

    ReplyDelete
  6. lapar pulak singgah sni

    ReplyDelete
  7. Wow semua makanan nampaknya sedap-sedap belaka. :D

    ReplyDelete
  8. alamak nad kenapa penang? terus rasa nak ke sana..bestnya tgk menu2...haha

    ReplyDelete
  9. Haishkkkk ada sampai penang jap ni kang.

    ReplyDelete
  10. Duhh. Boleh rentas negeri tapi cuti sekolah dah habis 😂😂😂 tunggu cuti sekolah lagi nak pegi sana

    ReplyDelete
  11. Balik umah mil nanti boleh la ke tempat yang nad syorkan ni...semua menarik

    ReplyDelete
  12. macam tetau je nak plan g penang. hahahha. nanti akan datang balik sini refer tempat makan sedap

    ReplyDelete
  13. dulu2 masa duduk padang serai, selalu gak gi penang..tapi semua restoran tu belum pernah try lagi..nanti boleh cuba lah...lagi senang sebab ada foodpanda...

    ReplyDelete
  14. Alaaaa.. Lapar perut tengok gambar makanan ni. Bila lah boleh pergi penang ni. Tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  15. Sebagai bekas student usm penang, makanan dekat penang the best.. Rindu nk holiday & food hunting dkt penang

    ReplyDelete
  16. Tu la tapi setiap kali ke Penang mesti makan kat gerai nasi padang dalam restoran International Hotel... makan ikan belah belakang...

    ReplyDelete
  17. Wahhh sedapnya! Semua menu nampak menyelerakan lah. Tak pernah lagi nampak post yang share tentang menu makanan macam ni selain dari streetfood yang viral

    ReplyDelete
  18. Perrggghhh sedap sangat tu.. Nampak sangat menyelerakan semua gambar tu.

    ReplyDelete
  19. Menariknya Restoran Kebaya tu - adakah perlu berkebaya bila nak masuk? Nanti balik penang nak try la - selalu ke sana tapi jarang keluar makan outside

    ReplyDelete
  20. Rindunya nak jalan-jalan ke Pulau Pinang! Last pergi kesana akhir tahun lepas je. Next time boleh consider ke Restoran yang disarankan ni hee

    ReplyDelete
  21. Memang hajat di hati, raya haji ni nak pi bercuti ke Penang...dah nampak posting Nad ni pasal tempat makan, lagi laa teruja nak ke sana...

    ReplyDelete
  22. Tak pernah makan kat tempat yg senarai ni

    ReplyDelete
  23. Tetiba rasa nak duduk Penang balik. Aduyai. Makanan dia best-best lah. Banyak pilihan. Untuk waktu PKPP ni Qiss lebih suka order online sebab senang dan tak perlu duduk rumah.

    ReplyDelete
  24. Tetiba rasa nak duduk Penang balik. Aduyai. Makanan dia best-best lah. Banyak pilihan. Untuk waktu PKPP ni Qiss lebih suka order online sebab senang dan tak perlu keluar rumah.

    ReplyDelete
  25. amboi tengok kari kepala ikan tu, mabelesnye 😋 hehe lama x pusing penang sejak kakak pindah Johor. Bila² berkelapangan boleh jalan² sana lagi.

    ReplyDelete
  26. Menariknya menu semua haih terliur betul tengok hehe. kena pergi penang ni

    ReplyDelete
  27. Airah kalau pergi penang suka makan mee sotong dengan pasembor padang kota sedapnyaa

    ReplyDelete
  28. Wah.. byk jgk restoren yg sajikan menu yg sedap2, dah lama xpg penang nti bkhlah ajak hubby jln2 je sana

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2