Chicken Wrap Bersama Kewpie Dressing Roasted Sesame Makanan Sihat Dan Sedap - Haritu tiba-tiba datang idea nak buat chicken wrap dengan letak sayuran banyak dan sos yang sedap. Tak cakap bnayak, terus cari bahan ak buat chicken wrap ni. Ayam dah ada pun dekat rumah, jadi tinggal beli wrap dengan sayuran. Lagi banyak sayuran, lagi bagus. Kita ni digalakkan makan makanan sihat dan berkhasiat kan. Nak mudah makan salad macam tu je, tapi sebab nak bagi anak-anak makan juga, kita buat lain dari yang lain. Anak tengok pun teruja. Kalau diikutkan, bagi sedap chicken wrap ni ialah sos dia. Nad memang tak buat sendiri la, kita guna sos siap. Hahaha. Nad pilih sos Kewpie Roasted Sesame.
Menu chicken wrap ni senangnya je buatnya. Sedap dimakan waktu santai atau waktu beriadah atau bila korang malas nak makan nasi, chicken wrap ni pun dah mengenyangkan.
Antara bahan untuk nad buat chicken wrap ialah
- 2 ketul dada ayam
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung
- wraps mission original. Ada banyak jenis tapi nad pilih original
- sayuran salad, lobak, timun dan tomato kecil
- kewpie dressing roasted sesame.
Cara membuatnya
- Goreng dahulu dada ayam dengan salutkan dada ayam di telur dan tepung. Kemudian goreng.
- Dah masak, garing, angkat dan sejukkan. Kemudian potong kecik-kecik.
- Sayur pulak utk lobak sahaja, nad rebus dulu sebb nak lembutkan. Sayur lain tak perlu. Basuh sahaja.
- Panaskan wrap mission di atas kuali. Jangan terlalu lama, sekejap je.
- Dah siap semua boleh la gulung semua bahan
Boleh tengok video di atas cara nad gulungkan dia. Ikut citarasa korang, nak sayur macam mana, nak inti apa. Buat pun dengan anak. Senang kan, letak-letak dan gulung. Gulung pun kene betul-betul, kalau boleh jangan penuh-penuh. Kalau tak susah nak gulung.
Yang menyedapkan makanan ni ialah sos dia. Sos Kewpie Dressing Roasted Sesame ni memang sedap sangat. Anak-anak pun suka. Bila buat dekat chicken wrap ni, memang diaornag makan je sekali dengan sayur-sayur tu..
Korang cubala ye. Hehehe.. Makanan paling senang untuk dibuat.
Sedapnyaaa.. jadi teringinn makan pula.. erra pun pakai jenama ni.👍
ReplyDeleteMudah nak buat, bahan pun yg senang dapat kan
ReplyDeleteSedapnya. Kewpie memang sedap
ReplyDeleteAkak suka makan wrap..lepas ni boleh guna kewpie plak
ReplyDeleteWow nampaknya sangat sedap lar kombinasi ni.
ReplyDeleteThank you share resepi. Boleh cuba ni
ReplyDeleteKewpie n one of fav dressing chicken salad ai.
ReplyDeleteSos kewpie nie memang dalam peti sejuk Rawlins. Tetiba timbul keinsafan nak makan sihat bersama salad, wajib la kewpie. Tetapi selalunya bila time memalam nak makan, maka ambil la sald + kewpie sauce nie hahaha
ReplyDeleteMakanan begini memang disukai kanak kanak atau remaja skg ni.. Eloklah ibu ibu belajar..
ReplyDeletetak pernah lagi buat chicken wrap tapi kalau datang mood nak buat nanti memang ikut resipi nad guna sos kewpie ni
ReplyDeleteNampak simple, mudah dan sedap.. Boleh la AM cuba menu yg disarankan.. Tq atas perkongsian resepi ini
ReplyDeletekewpie dressing nie memang wajib ada dekat rumah kita. those yang suka salad dan dalam fasa diet, mesti kena ada benda nie
ReplyDeleteHuii nampak sedap dan mudah je nak buatnya ek..cuma satu masaalah Sis, kurang gemar makan benda yang wrap ni...tak tau kenapa...
ReplyDeleteMenarik idea ni sebab biasa dada ayam ni ena asing tak suka buat goreng. Hahaha. Tq sharing resepi nad.
ReplyDeletekewpie ni memang sedap la. wajib ada dalam peti ais. buat salah, sandwich, tortilla, semua sedap
ReplyDeleteSis kat umah pun guna kewpie ni jugak..mmg sedap terutama makan gan salad.
ReplyDeleteHappy betu; diorg berdua dapat makan sedap mummy dia buat! hehehehe... nampak mudah buat ni... Nak testing lah juga hikss...
ReplyDelete