Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 10 Jun - Dari Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 3 petang tadi. PKPP akan dilaksanakan mulai 10 Jun.
Alhamdulillah, setiap hari nad tengok angka covid 19 ni di twitter Kementerian Kesihatan. Semakin hari semakin menurun. Syabas rakyat Malaysia sebab patuh pada arahan SOP. Kebanyakan kes yang dicatatkan sejak kebelakangan ini adalah kes import dan kes-kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot-depot tahanan imigresen. Jadi, sedikit demi sedikit, diberi kelonggaran untuk syarikat mula beroperasi dan rakyat dapat melakukan sesuatu aktiviti.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 10 Jun
Untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ni, satu-satu dengar perutusan dari Perdana Menteri. Paling orang ramai tak sabar ialah dapat merenats negeri dan bercuti. Yeahh, itulah yang ditunggu selama ni oleh rakyat Malaysia. Terutama yang duduk berjauh an dengan mak ayah, dah lama tak jumpa mak ayah, yang duduk bersendirian. Selama ni diaorang sabar, dan dengar arahan, kali ni bila boleh merentas negeri, nad tau, mesti ramai yang gembira. Nad sendiri pun mestilah gembira, walaupun nad dalam daerah je, tapi nad pun jarang balik, sebab rasa takut. Bila macam ni, nak balik pun tak takut.Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Masa ni la baru rasanya raya..ehehe..Boleh pasang lagu raya. Ada tu nad baca status, mak ayah call anak diaorang siap kata nak buat lemag ketupat semua, sebab anak-anak nak balik..ok sedih part ni..sobsob..mesti bila dapat jumpa tu, rasanya lain macam kan.
Selain merentas negeri, PKPP ni pun membolehkan perkhidmatan gunting rambut dan salun beroperasi. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga dibenarkan.
Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem boleh dilakukan.
Bila dapat dengar boleh melancong, mulalah kepala ni tak sabar nak bercuti, nak tidur dekat hotel. Kalau boleh nak cari hotel depan laut. Dah berbulan kot tak nampak laut, pantai. Seeloknya, bercutilah di dalam negeri. Kita sama-sama naikkan ekonomi sektor pelancongan di negara kita. Malaysia banyak sangat tempat menarik tau.
Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, memnag tak boleh sebab sempadan negara kita masih ditutup.
Untuk sekolah pulak, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 lebih banyak kelonggaran diberikan untuk kita menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.
Bersyukur sangat kan. Bila kita patuh, kita tak pentingkan diri sendiri, tengok satu-satu diberi. Cuma bila kelonggran dah diberi ni, jangan lupa SOP. Setiasa jaga kebersihan diri, pakai mask. Ingat, ibu bapa kita adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.
Teruskan berdisplin, insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal.
Add your comment