Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai - Disebabkan covid 19, banyak sekolah, universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni. Baby dan kanak-kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni. Masa tak boleh pergi sekolah tu, tertanya juga Fariza, kenapa tak pergi sekolah. Bila cakap ada kuman, alhamdulillah, dia faham. Lagi pun masa tu banyak iklan pasal covid ni ditunjukkan, jadi senangla nak terangkan dekat dia. Masa PKP pun Cikgu Ema, cikgu tabika Fariza, ada bagi kerja sekolah untuk dia dan kawan-kawan buat. Kelmarin, Cikgu Ema whatsup, Tabika akan dibuka 1 Julai ni dan cikgu siap bagi SOP yang perlu dipatuhi. Memang nad baca betul-betul sebelum buat apa-apa keputusan..
Cikgu bukan sahaja beritahu SOP Tabika, tapi ada surat akuan sekali. Surat akuan dan surat pengesahan kesihatan kanak-kanak yg wajib ibu bapa fahami. (Akan di mnta ambil di tabika)
SENARAI SOP YANG DIPERSETUJUI OLEH KKM DAN PERLU DIFAHAMI IBU BAPA TABIKA
Jadi, ni antara SOP yg telah di persetujui oleh KKM dan Wajib di ikuti dan di fahami oleh ibubapa/penjaga sebelum tabika buka adalah seperti di bwh:1. Pembukaan tabika bermula 1 julai 2020
2. Ibubapa perlu memeriksa suhu anak Sebelum hantar ke tabika jika suhu melebihi suhu <37.5 dikira demam (tidak boleh masuk ke kelas)
3. Kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah TIDAK DI GALAKKAN datang ke tabika kerana berisiko tinggi. Ibubapa harus alert dan tahu tahap kesihatan anak-anak dahulu.
4. Ini kerana, dalam surat akuan ibubapa/penjaga, sebarang masalah kesihatan yg akan timbul dan jika anak di jangkiti virus covid semasa di tabika pihak Tabika TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB.
5. Jarak ketibaan kanak - kanak di antara kanak- kanak yang lain adalah antara 5 - 10 minit. Ibubapa hendaklah menunggu giliran dan WAJIB JAGA JARAK dan tdk berkumpul dgn ibubapa yg lain.
6. *Kanak-kanak haruslah di hantar oleh ibubapa sendiri ke tabika*. TIDAK DI GALAKKAN di hantar oleh kenderaan lain kerana kanak-kanak WAJIB utk MANDI bila sampai ke tabika jika menggunakan kenderaan awam yg mana menyukarkan keadaan lagi.
7. Kanak-kanak yg hadir ke sekolah haruslah yg pandai menjaga diri dan tidak menangis. Jika ada yg menangis dan tak dpt di pujuk kanak-kanak diminta pulang semula ke rumah. Ini kerana cikgu/pembantu tak boleh menyentuh dan memegang kanak2. NO BODY CONTACT.
8. Setiap kali ada sentuhan di antara guru dan kanak - kanak perlu membasuh tangan ( guru dan kanak2) ketika sesi pwmbelajaran.
9. *Ikut garis panduan yg telah disediakan oleh guru seperti ibubapa/penjaga perlu scan *QR code tabika* semasa menghantar anak ke tabika SETIAP HARI. WAJIB DI LAKUKAN OLEH IBUBAPA.
10. Waktu kanak2 dtg ke tabika adalah antara jam 730-8.00pagi shja. Selepas pkul 8 pg, tidak akan diterima kerana akan mengganggu prosedur yg telah di tetapkan. Ibubapa haruslah terus menghantar anak2 ke dlm pagar tabika mengikut giliran. Cikgu akan memeriksa suhu bdn knk2 dan ibubapa terlebih dahulu. (Ibubapa guna hands sanitizer yg di sediakan, knk2 di galakkan membasuh tgn dengan sabun)
WAKTU PULANG ADALAH JAM 11.45 PAGI. Ibubapa haruslah sampai ke tabika antara 5-10minit SEBELUM waktu pulang. TIDAK BOLEH LEWAT demi keselamatan anak2. Dan ibubapa juga akan menunggu giliran mengambil anak dan menulis buku keluar masuk seperti biasa.
11. Pastikan anak2 terus mandi apabila sampai ke rumah masing-masing.
12. *Akan ada penggiliran dan kehadiran knk2 adalah mengikut jadual yg ckgu telah tetapkan mengikut bilangan knk2 yg setuju utk hadir ke tabika. Jadi knk2 tidak akan hadir ke sekolah setiap hari kerana ada penggiliran*
13. *KEUTAMAAN DI BERI untuk kanak - kanak 6 tahun, ibubapa/penjaga frontliner dan ibubapa/penjaga YG BEKERJA kedua2nya*.
14. Walaupun kehadiran kanak- kanak sedikit atau tiada kanak- kanak..kelas tetap akan dibuka seperti biasa..
15. ibubapa dan pelawat lain TIDAK BOLEH masuk ke dalam kelas sepanjang tempoh pkp (hanya jabatan shj)
16. GURU JUGA perlu menyahkuman kelas, bahan dan barang-barang setiap kanak-kanak, setiap hari sebelum dan selepas kelas.
17. Cikgu perlu mengisi borang perakuan kesihatan ( istihar sihat)
18. Jika guru tidak sihat kelas berjalan seperti biasa (pembantu ambil alih )
19 *Ibubapa/penjaga perlu menulis nama dan suhu kanak- kanak di dalam buku di bahagian catatan waktu *. TIDAK BOLEH MENGHANTAR SHAJA DI BAWAH DAN TERUS BALIK. JIKA ADA BERBUAT DEMIKIAN, KNK2 TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM KELAS TANPA IBUBAPA/PENJAGA.
Ibubapa WAJIB menulis buku KELUAR DAN MASUK yg telah di sediakan.
20. *Semua aktiviti kanak-kanak adalah secara individu sahaja. Mereka akan di pantau utk berada DI DALAM PETAK masing2 SETIAP MASA spnjg waktu pembelajaran*.
21. Ibubapa perlu bersedia sebarang kemungkinan jika tiba-tiba guru hubungi untuk mengambil anak yg tidak sihat.
22. Semasa sesi pembelajaran kanak2 tidak perlu memakai face mask atau face shield (hanya pakai ketika datang dan balik).
23. Guru dan pembantu wajib pakai face mask atau face shield stiap masa.
24. Sesiapa sahaja yang hadir ke tabika perlu di ambil suhu.
25. Penggunaan aircond tidak digalakan..bukak tingkap dan pintu sentiasa untuk pengedaran udara.
26. Tidak dibenarkan membuat aktiviti luar tabika/ main taman permainan.
27. Hari Potensi tetap dijalankan secara online.
28. *Kanak2 tidak dibenarkan membawa beg, botol air, makanan dan sebagainya ke sekolah (hanya bawa diri sahaja)* *(PLEASE TAKE NOTE)*
29. *Disekolah kanak- kanak TIDAK BOLEH berkongsi makanan dan peralatan. Ibubapa WAJIB utk bawakan pinggan, sudu, cawan dan tisu sndiri dr rumah*. *(PLEASE TAKE NOTE)*
30. Kanak2 yg mempunyai sejarah ahli keluarga, saudara mara, jiran yg pernah dijangkiti Covid dan ada close contact dgn mana2 pesakit covid TIDAK BOLEH HADIR KE TABIKA. Pihak tabika tidak mahu menanggung risiko.
Maklumat di atas haruslah di ambil kira sebagai PENTING dan TIDAK BOLEH DI PANDANG RINGAN oleh setiap ibubapa. Risiko tetap ada dan semoga sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa/penjaga buat persediaan awal sebelum sekolah dibuka semula..
Ni la antara arahan SOP yang disenaraikan. Panjang memang panjang, memang nad baca satu-satu.
Dalam fikiran sebenarnya risau nak bagi Fariza masuk sekolah juga, tapi dia dah rindu dengan cikgu dia. Bila baca SOP, insyallah, anak selamat. Nad pun aka sediakan kelengkapan hand sani, apa yang sepatutnya la untuk dia. Semoga 1 Julai nanti aktiviti sekolah berjalan dengan baik.
Adik Sis pun dah bersiap sedia tu untuk hantar anaknya...memang risau, tapi si anak tak sabo nak sekolah...kita doakan aje moga semuanya dalam keadaan terkawal...
ReplyDeletetadika anak saya pun dibuka 1 julai ni. tapi saya tak nak lagi hantar ank ke tadika waktu tu. Nak hantar ogos nanti kalau keadaan masa tu OK
ReplyDeleteIn syaa allah semuanya akan selamat.. anak Fiza pun sama juga 1 julai nie dah masuk semula tadika
ReplyDeleteterima kasih kongsi. semoga semuanya baik-baik saja. aamiin
ReplyDeletewah memang kena baca betul betul sop ni. semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteAnak-anak dah tak sabar nak sekolah..yang penting semua ikut SOP. InsyaAllah selamat.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi info nie Nad. Semoga semuanya dipermudahkan..
ReplyDeleteBanyak yang kena dijagakan. Kalau tidak susah lar.
ReplyDeleteSyafi masih terus belajar dari rumah je nad. Sebab 5 org je sehari kan so bg keutamaan pada parents yg bekerja dulu.
ReplyDeleteBanyak sop yang perlu dipatuhi kan. Bukan mudah nak kawal anak anak tapi kita kena biasakan mereka dengan norma baru ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah budak2 dh boleh bersekolah..apa pun kena sentiasa ikut sop yg diberi kan okayyy
ReplyDeleteNorma Baharu sekolah tadika kenalah follow SOP untuk kesihatan anak-anak kita.. agar terpelihara dan terus berhati-hati.. seronoklah kakak nak sekolah balik
ReplyDeleteKena hadap norma baharu la nampaknya.... Moga semuanya baik2 aje ya... Seronok la bdk2 naik sekolah hehe
ReplyDeleteBagus SOP sebegini. Teliti demi keselamatan semua. Bagus Nad baca semua - ini penting untuk kita memutuskan rantaia Covid-19.
ReplyDeletePaling mencabar nak buka sekolah ni. Melibatkan rramai student.
ReplyDeletewahhh susah jugak eh boleh hantar anak yang tak menangis je. Mana kita boleh nak agak kalau anak kita terjatuh pastu menangis.
ReplyDeleteTak sabar nya si kecil tu nak ke sekolah. Lepasni kena biasakan lah dengan norma baru.
ReplyDeleteGood information sharing. All the best to tadika kids, ibu bapa, and teachers. Stay safe.
ReplyDeleteTengah get ready je ni anto anak ke tadika. Risau jugak. Biasalah budakkan. Mesri banyak main
ReplyDeleteBagus lah apabila SOP dititik beratkan bagi semua tadika tidak lah ibu bapa risau tggalkan anak2.
ReplyDeleteBanyak jgk sop nk kena follow. Harap2nya anak2 ni blh la dikawal. Risau pun risau. Tp smpai bila kan kalau xmula dr skarang.
ReplyDeleteMemang banyak SOP tapi kita kena patuhi lah. Tadika pun sama. Alhamdulillah insyaALLAB semoga dipermudahkan untuk anak2 pegi ke sekolah nanti. Anak sis pun masuk sek 1/7 nanti, yang tak bestnya tu dia kata kenapa dia sorang kena pi skolah. Kenapa abang2 boleh pula tak pi sekolah hahahaha
ReplyDeleteBaru sekejap tadi dok bincang dengan suami tentang pembukaan sekolah untuk anak-anak di peringkat rendah... sejujurnya, kami sendiri berasa risau tapi seperti yang kita semua sedia maklum, kita kena terima hakikat yang kita perlu hidup dalam norma baru... jadi, semoga SOP yang dihasilkan insyaAllah melindungi semua anak-anak...
ReplyDeleteteachers and kids should follow the SOP Tabika so that everyone is safe and sound. Enjoy back to school ya kids
ReplyDeleteBaik baik belajar and must take care plus follow SOP guidelines ya
ReplyDeleteSeronok anak anak dah start sekolah balik.
ReplyDeleteZara pun alhamdulillah la setakat ni.
Awal sek lepas pkp ni dia okay.
Takde nagis dah. Harap seronok sekolah sampai akhir tahun nanti.