Ternganga Tengok Bil Eletrik TNB - Hah, kecoh sekarang, kecoh oii..kecoh pasal bil TNB ni. Mana taknya, kebanyakan bil yang diaorang dapat naik mendadak dari biasa, berganda naiknya. Ada biasa puluh je bayar, sekali ni dapat beratus, ada tu pulak beribu. Mana tak bengangnya, mana tak ternganga bila tengok bil TNB tu oii..
Ramai cakap, kenapa pihak TNB tak hantar orang untuk cek macam selalu. Alasan diaorang bagi sebab covid, jadi kerja cek ni terpaksa dihentikan. Ini kelakar kan, yela, ikut logik, orang yang datang cek tu pun takda bersentuhan dengan sesiapa, takda pegang atau tegur pun orang rumah. Kenapa perlu ada alasan covid. Forntliners , yang kerja hantar makanan pun, yang berdepan dengan tuan rumah tu pun takda masalah, ni pulak kerja cek meter, dan tak bersentuhan. Tiba-tba bil datang melambung.
Bila ada orang buat aduan, pihak TNB bagi alasan sebab covid, banyak penggunaan dekat rumah..huhu..Bertambah- tambah marah la. Ada tu kawan nad tak duduk rumah tu tapi bil datang macam duduk ramai orang..huhuhu. Katanya yang sebelum ni anggran, dan diaorang kira untuk 3 bulan. Entahla..Cerita bab bil TNB ni memang tak habis lagi.
Ternganga Tengok Bil Eletrik TNB
Bila orang sibuk cakap, nad pun mestilah risau bil eletrik dekat rumah ni. Tertunggu-tunggu dapat bil kertas tu. Yes, dan dua hari lepas, dapat dah bil TNB ni. Punya cuak nak tengok berapa, sekali..kita yang ternganga juga................Tak sangka, bil dapat ni rendah dari biasa..hehehe. Dalam hati bersyukurla, tak banyak, tapi kurang dari biasa. Selalu bil seratus lebih, tapi kali ni dapat bawah seratus. Alhamdulillah. Suruh mr mafia tengok, dia pun tak caya. Sampai dia cakap bagusla sikit.
Bulan lepas bil tak bayar lagi, untuk bulan ni bil dapat bawah RM100. Jadi jumlah tu ditambah dengan bulan lepas yang belum dibayar.
Tengok dekat apps TNB, yup sama jumlahnya.
Selama ni banyak, mungkin sebab aircond dalam bilik mr mafia, dan komputer dia on je 24 jam. Sejak PKP, dia dah kurangkan on komputer dan aircond pun jarang-jarang. Nak tengok bil naik ke turun. Kalau turun memang punca dari situ.
Hah sekali dapat bil, kurang dari biasa, hah tau la punca dari situ. Lagi satu buat bil naik, mungkin tv. TV dekat rumah ni suara dia dah rosak, jadi kitaornag guna sound besar tu. Mungkin dekat situ penggunaan letrik banayak. Ni tengah kumpul duit nak beli tv baru. Harap dapatla beli tv lain.
Cara nad kurangkan eletrik lagi, bila dah tak pakai, memenag terus tutup suis semua. Lagi satu cabut semua plug. Dapatla kurangkan sikit eletrik tu. Bila keluar memang cabut semua plug, kecuali peti ais
Ni macam mana bil anggaran semasa tempoh PKP diselaraskan. Malas nad nak tulis panjang, bubuh je gambar..hehee..
Bantuan Pelan Bayaran Mudah
Lepas tu, dekat bil dia ada catit bayaran penuh atau pelan bayarn mudah. Yup, TNB bagi pilihan nak bayar penuh atau ansuran.Apa itu Pelan Bayaran Mudah ?
- Bantuan yang diberikan secara automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan kediaman
- Pelanggan boleh memilih untuk membayar jumlah bil yang diberikan secara ansuran sehingga 31 Disember 2020
- Pengecualian surcaj lewat bayar bermula 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020.
- Pemotongan bekalan akan ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020
Bab bil TNB ni, kita tengok nanti macam mana ceritanya, tapi rasanya memang kene bayar jela kan, mana yang kene tinggi tu.
This is ok. At least yours is lower than mine. LOL :D
ReplyDeletesy dah byr. tp bila bc org dok share baru pikir balik..
ReplyDeletermai yg mengamuk pasal bil letrik ni.. hihi
ReplyDeleteyang dah boleh tgk jumlah JUN, un masih tak dapat lihat . mei je RM284+, harap JUN pun tak jauh beza denganbulan sebelumnya
ReplyDeletewahh rendah dr biasa..jimat lah poket bln nie nad
ReplyDeleteRumah ai tak naik tak kurang. Macam biasa je.
ReplyDeleteBab bil ni malas nak pikir dah, bulan lepas bayar 400, bulan ni tmbah balik 400, givap nak bayar
ReplyDeleteTunggu kedatangan bil elektrik kali ni debor lain maciammm
ReplyDeleteRamai mengadu kes bil kat FB..mcmna pun syukur bil dirmu lbih jauh dibwh sy punya huhu..tp sy stay indo.cam xde kaitan je.LOL=P
ReplyDeleteMemang saya pun ternganga tapi yg tak best ada yg kita dah bayar tapi tak masuk dlm bil... kena la pulak nanti g TNB huhu...
ReplyDeletekita lak jenis bayar bulan2, tak kira la berapa..main anggar gak..so, tak rasa la kenaikan tu sangat...huhu..takut kalo tetiba melambung..
ReplyDeletebil saya pulak cecah RM900.huhu
ReplyDeleteTerasa betul masa pandemik ni tapi pasrah . Mujur ada pelan pembayaran mudah.
ReplyDeletemurah harga bil nad...klu akk dah senyum dapat bil cenggini hihihi
ReplyDeleteRamai yang terkejut kan bila dapat bil letrik. And Rawlins tergelak dengar alasan dia tak datang cek meter tu. Selama nie hang jengah aku ke bila baca meter? Hahaha
ReplyDeleteA lot of us shock received bill Eletrik TNB. So expensive and have to pay for continue service kan. sad ya
ReplyDeleteSemua terkejut-kejut
ReplyDeleteSbar je la
itulah
ReplyDeletekata bagi diskaun
tapi last2 dapat bil lagi mahal dari sebelum
jhahaha
Samalah kita #gengterngangatengokbilelektrik... Sekarang ni tengah pantau yang mana yang banyak guna elektrik tu... Dulu ada la guna 1 portable aircond ni, mencanak naik bilnya... Dah tak guna okaylah pulak... Cumanya, time PKP ni ON aircond biasa je yang tu tak ON langsung pun (sebab dah insaf kan)... But still tinggi daripada biasa bilnya... Harapnya bulan ni tak ternganga lagilah...
ReplyDeleteRamai yang bising, terkejut tengok bil letrik memasing. Alhamdulillah bil letrik Marina masih ok lagi
ReplyDelete