Cara Aku Masak Alaskan King Crab - Selalu tengok orang makan king crab je dekat youtube. Memang nad akan tonton semua yang makan king crab tu sampai terliur tekak ni..hahaha. Dalam hati bila la rezeki aku nak makan ni. Tengok sedap betul, dengan isinya yang banyak tu. Pernah nampak dekat Village Grocer tak silap, king crab , tak ingat saiz berapa, harga dia dalam RM2xx lebih you alls. Tergamam kejap tengok harga..hehee. Masa tu sabar jela.
Cara Aku Masak Alaskan King Crab
Orang cakap bersabar tu ada hikmahnya, akhirnya rezeki nad dapat rasa king crab ni. Allahuakbar, gembira tak terkata bila nampak king crab ni. King crab ni nad dapatkan dekat supreme frozen website, www.supremefrozen.store. Ni adalah Alaskan King Crab, harga dia RM95, berat dalam 800-1kg. Sedang je, tapi bagi nad ni pun dah besar dan bersyukur akhirnya dapat rasa. hehee.So, macam mana nad masak king crab ni?
Nad, buat stim je, taknak buat berkuah, sebab nanti nak gunting satu-satu kulit dia, comot pulak. Makan king crab ni kene pakai gunting, sebab kulit dia berduri. Nad buat kuah dia asing, sedapla kan, sambil cicah sos.
Ok ni caranya. Nad ada buat video, korang boleh tengok.
Bahan untuk stim
- Alaskan King Crab
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- Daun limau purut
Cara membuatnya
- Masukkan ketam ke dalam bekas stim, dan masukkan sekali bahan-bahan lain.
- Kemudian tutup dan biarkan selama 5-7 minit.
- Janagan lama sangat takut isi kecut.
Sambil tunggu ketam masak, nad buat sos dia pulak
Bahan untuk sos pertama
- 1 cili merah besar
- 7 cili padi
- 4 ulas bawang putih
- daun ketumbar dan akar ketumbar
- Garam
- Gula
- Jus limau nipis
- 4 sudu sos ikan
Cara membuatnya
- Tumbuk cili merah, cili padi, bawang dan daun dan akar ketumbar sehingga lumat.
- Kemudian masukkan garam dan gula
- Kemudian perah jus limau. Nad guna 5 biji limau nipis.
- Akhir sekali nad bubuh 3 sudu sos ikan
- Gaul semua supaya sebati.
- Siap.
Bahan untuk sos kedua
- Butter
- Cili padi
- Daun kari
- Susu cair
- Garam
- Cheese cheddar
Cara membuatnya
- Cairkan butter,kemudian masukkan cili padi, daun kari dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan susu cair dan garam, kemudian gaul lagi.
- Last sekali masukkan cheese cheddar dan kacau sebati.
- Siap
Hah, macam ni la nad buat, dengan dua sos lagi. Puas hati nad buat stim, sebab masa gunting kulitnya jadi lembut.
Walaupun berat 800g-1kg, tapi isinya banyak juga. Puaslah kami anak beranak makan. Ok korang, boleh cuba juga makan king crab. selamat mencuba.
King Crab ni memang sesuai makan cicah-cicah gini. Kalau tengok mukbang orang Korea dan China, mereka buat sos pedas manis. Macam sos nasi Kelantan tu. Fuhhh bila teringat ni. Rasa nak pi Manhattan Fish Market plak. Selera dragon plak hari ni. Hahaha
ReplyDeleteWow bestnya. Kalau boleh try sikit pun jadi. :D
ReplyDeletewah..ok la tu nak makan sekali sekala satu family kan. king crab kalau masak stim memang sedap. tengok jugak ketam salji korea tu..fuh menggoda jugak tu
ReplyDeleteHarga cam mana? hehe. Nampak sedap pulak anak akak dok makan tu. hehe. Kalau ada alergik kena makan cikit-cikit sahaja. huhu
ReplyDeleteGile tak puas, Sis pestime makan, Sis makan di Manhattan, puas makan berdua dengan kawan, sepit dia tu kemain banyak isi kann...kalu beli sendiri belum pernah lagi.. nanti nak gak try lee..
ReplyDeletemaaakk aii! besar gila ketam. tgok pun dh seram, cmne nak pegang bila masak?huhu..
ReplyDeletesusah x nak makan?
Wahhhh nampak sedap dan menyelerakan betul. Teringin nak makan alaskan king crab nie. Apalah agaknya rasa dia ya
ReplyDeleteNampak sedap
ReplyDeleteMemang betul King Crab la sebab besar sungguh ketam tu. Senang plak cara nak menyediakan ketam dan sos nya kan.
ReplyDeleteWow....... sedap nyer nampak Alaskan King crab too. Untung family you dpt makan king crab. Thank you for sharing your recipe.
ReplyDeleteRezeki sgt nad dapat merasa king crab. Terliur ena tengok korang makan. Haha. Sos tu menarik. Nak buat makan dengan udanglah. Tq sharing.
ReplyDeleteWow! Besarnya King Crab ni... nak makan pun risau haha... belum pernah cuba ketam sebesar ni...
ReplyDeletebanyak juga kerja nak masak this big creature eh! tapi yang penting sedap! berapa lama nak habiskan crab tu? hehehe
ReplyDeleteOmg... rasa nak makan alaska king crab lah, nanti nak try your recipe.
ReplyDeletePuas makan ketam besar macam tu kan. Isi pun banyak. Sedapnya.
ReplyDeleteNampak sedappp ni Nad. Tak penah malan lagi ketam gini hehehe.
ReplyDeletetak pernah lagi cuba king crab ni, nampak macam sedap. tapi ketam yang biasa pun jarang jugak nak dapat. :)
ReplyDeleteAhhh sudah. Akak pula yang terliuq tengok Nad makan King Crab ni. Insya Allah, kalau ada rezeki lebih..bolehlah beli.
ReplyDeletesimple tapi nampak sedap giler..ketam tu mesti isinya banyakkan..bestnya hehehehe
ReplyDeleteIshh nmpk sedap plak kan ketam tu.. Selalu tgk org je makan.. Nak merasa nya ntah bila..
ReplyDeleteTeruja betul tengok king crab ni.
ReplyDeleteTgk video nad dari mula sampai habis.
Fuh kalau makan sensorang ni lagi puas berganda kan..
Kulit dia tak keras mana eh nad.
Tengok mcm senang je digunting tu.
nampak sedap. thanks for sharing sis :) mmg menyelerakan hehe
ReplyDeletetengok nad share king crab ni terus terliur nak makan. hahhaha. tapi takut la tengok duri banyak sangat
ReplyDeleteAkak pernah makan ketam alaskan ni kat red lobster and akak kurang suka skit sebab isi dia sedikit masin...maybe sebab masakan dan maybe penyediaan yang tak berapa tepat kot..tengok Nad share ni nampak sedap plak
ReplyDelete