Kerabu Kerang Ala Thai - Kitaorang memang jarang sangat makan kerang, tapi kalau dah teringin, memang mencari la kerang. Haritu pesan dekat mr mafia, kalau ada kerang dekat pasar, tolong belikan. Dia kata kerang susah dapat , tapi dia cuba tengok dekat pasar. Lagipun harga kerang sekarang mahal..huhu. Bila balik, tengok ada kerang, gembira bukan main. Memang teringin nak makan kerang, nak buat kerabu kerang ala thai tu..hahahha. Memang siap-siap pesan barang untuk buat kerabu kerang ni. Ada semua bahan okla, senang, terus buat.
Pertama kali nad buat kerabu kerang ni, selalunya, kerang nad buat sambal, masak cili padi semua tu, tapi bila nampak orang buat kerabu kerang, nampak sedap pulak, nak cuba buat la. tengok bahan dan cara buat takda rumit sangat.
Bahan-bahan Rebus kerang
- Kerang, (ikutla berapa banyak, nad punya satu plastik )
- 2 batang serai
- Garam
Cara merebus kerang
- Masukkan kerang dalam periuk. Masukkan air dalam kerang. Pastikan air paras kerang sahaja.
- Masukkan garam dan serai. Kemudian biarkan sampai masak.
- Jangan masak terlalu lama. Bila dah nampak kerang terbuka terus tutup api.
- Toskan kerang dan biarkan.
Bahan- bahan Sos Kerang Ala Thai
- Akar daun ketumbar 3 batang
- Cili merah besar
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Air
- 1 sudu kecil Garam
- 3 sudu besar Gula
- Sos ikan
- 5 biji limau ( perah menjadi jus limau )
- Daun ketumbar
Cara membuat sos kerang
- Blend akar daun ketumbar, cili merah besar dan cili padi merah.
- Ambil mangkuk dan bubuh sedikit air masak dalam mangkuk.
- Tuangkan bahan blend tadi ke dalam mangkuk yang berisi air.
- Masukkan bawang putih ditumbuk kasar ke dalam mangkuk
- Bubuh garam, gula.
- Kemudian tuang 3 sudu besar sos ikan
- Masukkan jus limau ke dalam mangkuk
Bahan semua dikacau sebati, kemudian tuangkan dekat kerang yang sudah direbus.
Akhir sekali hias dengan daun ketumbar yang dihiris halus..siapp..
Selamat mencuba. Ni video cara nak membuatnya.
Wahh menarik . Tq sharing resepinya. Nnt nak cuba jugalah..👍👍💓😍
ReplyDeleteSedapnya nad. Mana nak cari kerang ni. Teringin nak cuba ni
ReplyDeleteWow. Nampaknya sangat sedap lar. :D
ReplyDeletenad tahu tak..rasa nak ajak nad dtg rumah , mkn2 je..un belikan barang hahahha sedap nampak nad masak
ReplyDeleteSedapnyaa Nad oiii .. dapat plak kerang besor2 aduhhh meleleh air liur tgk hahahah
ReplyDeletesedapnya...kerang nampak besor2 tu. kalau ala thai ni mesti ada daun ketumbar. klau tak, takde kick
ReplyDeleteSama kaedah macam my father buat kerabu kerang kegemaran dia. Dalam keluarga ayah sorang yang gila makan kerang - adik beradik join gitu2 je hahaha
ReplyDeletepeminat kerang mst suka.. meriah betul kerangnya..
ReplyDeletesedapnya Nad tak pernah try lagi, tq share resepi nanti kak ana buat teringin pulak :)
ReplyDeleteSenang nampak buat ni nak try la sebab kita suka kerang. Selalu kuta tebus je so nak try mcm ni lak.
ReplyDeleteSedap ni Nad...
ReplyDeletePernah cuba buat sendiri resepi lebih kurang sama, memang sedap suka resepi mcm ni.
tapi sedih sekarang harga kerang dah mahal rasa tak berbaloi beli untuk masak... kalau teringin oder dekat kedai je.
nampak sedapnya..hebatla nad..first time buat, terus jadi
ReplyDeleteSedapnya kerabu! Saya rasa boleh jadi orang thailand la makan kerabu ni. Kerabu apa pun sedap. Kerang seafood saya gatal sikit, tapi tetap kena rasa juga kalau makan kat restoran tu. Senang juga resepi dia. Nanti nak try. Thank you share.
ReplyDeleteRajin kak Nad. Lawa buat hiasan dalam pinggan warna putih... Saya tak pernah makan kerabu kerang. Beli kerang pun jarang sangat ni. HHhehee... Oneday kalau saya nak cuba resipi ni, saya buka blog akak ni. Paling senang tgk youtube Kak Nad je la...kasi play je sambil masak tu.
ReplyDeleteNampak senang membuatnya dan bahan pun mudah d dapati.. Boleh la AM masak utk anak2 AM nanti.. Kerang mmg favourite anak teruna AM nie..
ReplyDeleteMenarik sangat! :) Thanks for sharing, sebab i ni bila husband beli kerang dah jem tak tau nak masak apa, sebab xminat sangat, hehe... ni bagus ni nak cuba ni
ReplyDeleteNampak sedap suka makan kerang tapi perut ena tak boleh makan kerabu cmni lgi2 ada cili tak dimasak dlu 😂 confirm sakit perut cirit. So mampu tengok jela kerabu kerang
ReplyDeleteTengok pun dh sedap. kecur liur.
ReplyDeleteAllahu terliur iena tengok. nampak sedap betul ni..nanti nak cuba buat la..iena suka masakan ala thai cm ni
ReplyDeleteSedapnya... Dah lama juga tak makan kerang ni... Kopek, makan cicah dengan kicap + cili api + bawang + cuka sikit + belacan + perahan limau pun layanzzzz kannnn...
ReplyDeleteUishhh... menarik ni, boleh cuba! Suami suka makan macam ni.
ReplyDeleteNampak best je ni. Tapi tak makan kerang. Tukar haiwan lain la. Hahaha
ReplyDelete