Resepi Pengat Labu Dan Sagu - Haritu buat Labu masak dengan udang, masak lemak, labu ada lebih lagi, jadi terfikir nak buat bubur la. Lagi sekarang waktu hujan, makan bubur sedap juga. Nak makan petang-petang macam tu. Biasalah perut cepat lapar, dah datang rajinnya kita masakla. Tengok bahan, alahai tak lengkap, suruh mr mafia pergi beli. Hah, nasib kedai runcit dekat je dekat rumah. Semua baha ada. Dah lengkap barang terus buatla kan.
Ni pertama kali nad nak buat pengat labu dan sagu ni. Takda la susah mana nak buat pengat ni, bahan pun simple je. Buatnya pun sekejap je. Ok jom tengok bahan dan cara masaknya..
Bahan-bahan
- Labu
- Sagu yang telah direndam dahulu
- Gula Melaka
- Gula pasir
- Daun Pandan
- Santan
- Air
Cara membuatnya seperti dalam video
- Masukkan air dalam periuk, masuk sedikit sahaja
- Masukkan gula melaka dan gula pasir
- Masak sehingga gula melaka dan gula pasir cair
- Dah cair, masukkan labu dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan daun pandan.
- Gaul dan biarkan sampai labu lembut.
- Kemudian masukkan sagu dan gaul sebati
- Kemudian masukkan santan dan gaul lagi kesemua dengan sebati.
- Kalau air sedikt, boleh tambah sedikit air lagi. Gaul sampai masak dan puas hati.
- Dah siap, boleh dihidangkan.
Anak-anak makan sedap je.. Alhamdulillah. Pertama kali buat, rasa ok, labu lembut takda hancur sangat, semua ok la.. Hehehe.. Farhanah, si adik asyik nak makan je. Makan sekali dengan labu.. Hehee.. Suka dia.. Pasni buat bubur lain pulak.
Nampaknya sedap dan smooth. :)
ReplyDeleteTengok oramg masak pengat labu kemain kecur lagi...tapi Sis tak reti nak makan pengat labu..lain jenis pengat boleh...
ReplyDeleteSupermom !
ReplyDeletewow..pandai masak pengat. sedap tu pengat labu
ReplyDeleteSedapnya. lama tak makan.
ReplyDeleteTak pernah masak. Tenkiu nad share resepi
ReplyDeletewarna nmpk menarik, sedapnya
ReplyDelete