Taman Burung Kuala Lumpur - Bila semua tempat percutian dah dibuka, ramaila ambil kesempatan ni untum pergi berjalan, bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Buat masa sekarang, nad berjalan dalam Kuala Lumpur jela dulu, nak pergi negeri lain, duit pun nak guna untuk lain. Tempat percutian pertama PKPP ni, nad bawak anak-anak pergi Taman Burung Kuala Lumpur. Nampak kawan-kawan pergi, tiket pun tengah murah, ap lagi ambil la peluang ni untuk pergi kan.
Taman Burung Kuala Lumpur
Nad pergi hari biasa, sebab tau hari biasa tak ramai orang, tak sesak dan seronok nak tengok burung-burung dalam tu. Kalau hari minggu mesti ramai, nak masuk pun takut tak selesa. Nad pergi hari Rabu, sehari sebelum Fariza masuk sekolah. Nak ceriakan dia, sebab dah lama tak pergi jalan-jalan kan. Bagi otak dia tenang sikit.. Hehehe.Sebelum beli tiket macam biasa, ada SOP dia. Cek suhu, pakai hand sanitizer semua.
Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur
Harga korang boleh tengok seperti dalam gambar. Diaorang ada buat promosi sehingga 31 July ni.Harga asal Dewasa :RM 25 promosi RM16
Harga Kanak dan Orang tua : RM 6
Kanak-kanak 3 ke 11 tahun, jadi haritu adik takyah kena bayar.. Hehehe.
Pergi waktu pagi memang best, sebab burung banyak berkeliaran. Mula la anak-anak suka berkejaran dengan burung yang ada.
Awas ye bila korang tengah makan, sebab ada burung akan dekat dan ambil makanan tu.. Hahaha. Kitaorang pun tak tau, beli makanan ringan, kemudian buka, bagi kat adik, sekali burung datang dekat adik, dan makan jajan tu.. Hahaha.. Menangis adik. Tapi nangis kejap je, lepas tu dia kejar burung tu.. Hahahaa..
Banyak juga jenis burung dalam ni. Ada beberapa yang duduk dalam sangkar tak boleh keluar.
Kitaorang pusing la satu taman tu.
Ni aktiviti yang ada dekat Taman Burung Kuala Lumpur ( KL Bird Park).
Kalau pergi ke laluan nak tengok Bird Show, dekat situ best sikit. Ada tempat yang boleh kita bagi minum susu dekat burung. Tapi biasalah kene bayar RM2. Takpe, dah masukkan, taknak nak tengok je, mesti nak ada pengalaman yang best.
Nanti penjaga dekat situ, bagi mangkuk kecik dan tuangkan susu. Pegang mangkuk tu kuat dengan dua tangan. Nanti burung hijau ni datangla kerumun dekat korang.. Hehehe. Nampak jinak tapi penjaga kat situ cakap, kalau dia gigit boleh demam jugala.. Hahaha. Tapi ok je, takde ape pun
Ada seekor burung ni, entah apa dia suka dengan mr mafia. Pergi gihit leher dan telinga la pulak.. Seram wak.. Hahaha.. Tapi takda gigit ganas, entah ape dia buat, bersihkan daki ahaknya.. Haaha.
Anak-anak, mestila seronok, lagi-lagi Fariza. Dia la yang kerap nak ajak tengok binatang ni. Memang best bawak anak dah tau ni semua.
Selain bagi minum burung, dapat bagi makan dekat burung unta.
Ada kolam ikan dekat situ. Boleh bagi makan ikan.
Bird Show KL Bird Park
Masuk sini memang taknak lepaskan tengok Bird Show. Bird Show pukul 12.30 tengahari dan 3 petang. Memamg layan tengok.. Syok sebab tak ramai orang.. Heehe..
Ni pulak tempat bergambar dengan burung-burung. Nak bergambar mestilah kene bayar.
Cantik juga tempat ni ambil gambar.. Hehehe.. Redup je.
Oh lupa, datang sini, siap-siap la bawak air, ke apa yang patut. Biasalah, jalan-jalan haus. Bawak duit penting, kot terlupa bawk air, dalam ni ada kedai jual makanan dan minuman. Kalau ada anak kecik, bawak stroller, budak-budak cepat penat. Dekat sini ada tempat basuh tangan tapi dekat sangkar tertentu la. Jadi baakla tisu basah dan hand sanitizer.
Memang enjoy la haritu, lagi-lagi anak-anak. Lepas ni boleh pergi lain tempat binatang-binatang lagi.
Video jelajah Taman Burung Kuala Lumpur..
Rawlins pun tak pernah lagi sampai ke Taman Burung nie,w alau dah lama duk Selangor. Nampak menarik - nanti boleh bawa anak-anak saudara ke situ bila mereka melawat.
ReplyDeleteTak ernah sampai lagi kat sini Nad. Kalau dapat pegi anak2 mesti suka..
ReplyDeleteramainya burung cantik2
ReplyDeleteGood choice babe. Pergi melawat taman macam ini memang best. Plus, it’s a good therapy too.
ReplyDeletelama tak pergi bercuti kan? mesti budak budak seronok. sekarang ni banyak tempat yg dah dibuka semula utk pengunjung
ReplyDeletemurah betul harga tiket tu. separuh harga je pun, kalu selalu lalu tepi kl bird park ni tak pernah singgah. rasanya elok jugak datang spend masa jalan tengok burung kan
ReplyDeleteSeronok kan dapat keluar rumah dah sekarang ni. Bagus pergi tempat tempat macam ni daripada shopping mall tu.
ReplyDeletemenarik taman burung ni. Tak penah pegi
ReplyDeletewah cantiknya view dekat taman burung :) lawa sangat boleh beriadah
ReplyDeleteDah lama tak pergi. Nak pergi lagi sekali lah lepas ni. :D
ReplyDeletewah dapat sentuh parrot...plan nak p last week tak jadi..pospone this week pula
ReplyDeleteAnak anak mestilah seronok kan dapat tengok berbagai jenis burung yang ada. Lagi lagi time pkp maaing masing berkurung si rumah sekali sekala dapat berjalan memang berganda seronoknya.
ReplyDeleteBestnya!!!! Nak bawak la anak2 pergi. Dulu tiketnya mahal betul. Sekarang dah murah. Okay..jom anak2!
ReplyDeleteFav place ai masa zaman dating2 dulu.
ReplyDeleteBila tgk post Nad nie baru tahu mcm mana taman burung nie, mmg bukan biasa2.. nk plan pergi juga bawa anak2..
ReplyDeletelama x datang ke sini..bestnya..rindu dengan burung2...heheh..anak2 kalau dapat ke sini memang excited
ReplyDeleteSeronoknya bawak bebudak tengok bird memang diaorang enjoy la kan nak bawak ank sendiri kecik lagi
ReplyDeleteBestnya bawak ank2 pergi sini. Iza takleh nk pergi skarang. Kang terberanak pulak kat situ. Hahah
ReplyDeleteBestnyaaaa lahaiii... ni kalau ada anak kecik gitu lagi seronok ni kannn..
ReplyDeleteLawaklah nad ni bersih kan daki plak. Haha. Kalau ena memang geli geliman. Teringin nak pergi sini dari dulu tapi tunggulah baby besar sikit. Tempat besar mesti seronok kalau bawa kakak ni. Die suka binatang
ReplyDeleteMemang best datang sini, tambah anak-anak kan memang seronok lah depa..
ReplyDeleteSeronoknya jalan2 masuk zoo..lama jgk dah tak pi..nanti la ada kesempatan nk ajak family lah jln2
ReplyDeleteBestnya, Sally ade jugak niat nak g tapi belum kesampaian lagi... Aduhh jelesnyaaa
ReplyDeleteLepas pada pkp, shad xpi mana2 lagi. Macam best pulak kalau pi bird park ni.. Bawak anak2, mesti suka.
ReplyDeletewaaahhh.. bestnya..
ReplyDeletesemua nampak jinak jinak je..
kalau dekat ni, memang terjah dah ke situ..
seronok anak-anak dapat jalan ke Taman burung banyak juga burung yang jinak boleh bg makan lagi
ReplyDeleteseronok dapat masuk sini. pernah sampai beberapa kali. tapi dah lama sangat dah. teringin nak ke sini lagi.
ReplyDeletewow! burung bangau
ReplyDeleteI have visited KL Bird Park sometime ago memang best, banyak greenery and colorful birds.
ReplyDeleteBanyak gak activity kat dlm ni . Thank you for sharing sis
ReplyDelete