Makan Di Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan - Bila kau ada seorang kakak, yang jenis asal cuti nak berjalan, tapi tak plan, main terjah je. Misalnya malam cakap esok nak pergi tempat ni, tapi esoknya ke tempat lain pulak. Nad memang jenis tak kisahla, yang penting asalkan berjalan, sebab bila balik kampung, tak sempat nak merayau, bila kakak ajak je baru keluar. Haritu, patutnya plan pergi Taman Melawati, nak tengok monyetla, apa la, lepas tu pagi nak pergi, cakap Taman Melawati tak best, takda apa. Plan sepatutnya nak makan nasi kandar, tapi sudahnya pergi ke Sekinchan nak makan mentarang bakar. Rancangan makan nasi kandar dengan Taman Melawati takda ye..hahaa..macam tu la kakak kita.
Lama juga tak jalan Sekichan ni. Eh ke tak pernah.. Hahaha.. Banyak je lokasi best drkat Sekichan ni. Kene pandai google dan ada orang nak on pergi sekali..
Sebenarnya nak makan dekat Farida Mentarang Bakar, tapi bila dah sampai tengok ramai betul orang. Naya juga kalau SOP dah kelaut, tiba-tiba polis datang dan saman. Terbang kang RM1000.. Kihkih.. Taknak cari masalah, pilihan tempat makan ke Abah Bonda Ikan Bakar. Lokasinya bersebelahan dengan kedai Farida Mentarang Bakar tu.
Tengok ramai juga orang tapi masih ade SOP. Meja semua jarak. Takde sesak kene beratur ke apa.
Macam-macam makanan ada dekat sini, ada pelbagai lauk pauk, mentarang bakar, kerang bakar dan rebus, ikan bakar, udang, sotong, ketam. Memamg seafood ni makanan kegemaran ye.
Sebab datang sini nak makan mentarang bakar, jadi ambilla sepinggan. Pertama kali rasa, sedap juga. Masing-masing ambil sikit-sikit.. Fariza pun suka.
Lain makanan ambil ikan bakar dan kerang bakar. .
Pertama kali makan dekat Abah Bonda Ikan Bakar ni. Sedap semua makanan dekat sini.
Kalau korang nak cuba, lokasi kedai tepi jalan besar parit 7 sungai leman Sekinchan.
Waktu operasi 9 pagi sehingga 4 petang, selasa cuti.
selalu jugak nampak kalau balik sabak bernam tapi tak pernah lagi menyinggah. Tengok mentarang dengan ikan bakar tu macam sedap je hihi
ReplyDeleteikan bakar dia nampak sedap sangat
ReplyDeleteTak pernah makan mentarang bakar. Kalau ada kesempatan jalan sana boleh lah ena cuba kan.
ReplyDeletewahh menariknya menu..
ReplyDeleteIkan bakar memang best. Ruby suka sangat. Ikan sekor dan air asam pun jadi. Sekinchan atau lokasi tepi sungai/laut memang best. Ikan segar bugar.
ReplyDeleteNampak menarik juga tu. Baru baru ni ayah ada sebut teringin ikan bakar. Kalau ada rezeki boleh berjalan ke sekinchan ni.
ReplyDeletesedapnya ikan bakar tu. dah lama tak pi makan ikan bajar di sekinchan.
ReplyDeletebestnye.. macam Mat Drat dipanggil panggil datang makan kat ssini juga.
ReplyDeleteBest tgk view.. Sedap tgk ikan bakar.. 😋😋
sedapnya tengok ikan bakar tu
ReplyDeleteRasa macam pernah nampak tapi tak tau laa ye ke tak, sebab selaluan jalan nak ke rumah kakak ipar Suami ni.. cuma tak pernah singgah...
ReplyDeleteAlamak.. nampak macam sedap je nad. Kita tak pernah lagi makan ikan bakar ke, mentarang bakar ke apa semus tu tau.
ReplyDeleteTerliur tengok nad makan ni.
Looks appetizing indeed. Glad that they adhere to SOP and social distancing.
ReplyDeletemacam2 ada kat sekinchan sekarang ni kan Nad
ReplyDeleteSedap ni tgk menu dia..terliur tgk mentarang tu..kalau cicah dgn sos so yummyyyy
ReplyDeleteseafood sesaja tu.. sedapnya nad oi..
ReplyDeleteWah boleh lah cuba makan sini bebila nanti..
ReplyDeleteWahhh sedapnya ikan bakaq! lamanya tak makan ikan bakar ni, dulu2 selalunya bakar sendiri kt depan rumah, tapi sekarang macam sibuk & ikan pun dah mahal hehe :)
ReplyDeleteBestnya g skinchan. Hahaha
ReplyDeleteSemua dekat situ hrga okay ke nad?
ReplyDeleteBila lah nak sampai Sekichan ni kan. Boleh jalan-jalan sambil Cuba makanan kat sini kan. Nampak sedap je menu ikan bakar tu kan
ReplyDelete