SELAMAT HARI MERDEKA

in , by Nadia Johari, 15:49:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Merdeka - Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Selamat Hari Merdeka you alls. So cuti ni korang pergi mana. Nad duduk rumah, buat kerja apa yang patut. Tahun ni sambut dengan keadaan langkah berjaga-jaga disebabkan covid. Nak pergi berjalan, bercuti boleh sahaja, pastikan langkah SOP terjaga ok.



Semalam, Fariza tanya nad " mommy, merdeka tu apa "..Nad jawabla " Merdeka tu bebas, kita bebas daripada penjajah dan pemerintahan orang luar "..Fariza pun oo kan jela..hehee.. Tahun ni kita sambut Kemerdekaan yang ke 63. Tarikh kita Merdeka pada 31 Ogog 1957. Alhamdulillah, Negara Malaysia dalam keadaan aman dan sejahtera.


Bila dah merdeka ni, kene la hayati betul-betul. Merdeka itu macam mana ok. Bukan cakap bebas, boleh buat apa sahaja. Merdeka minda, dan otak kita. Jangan diikut ajaran yang tak betul.

Okla, nad berpantun jap..hehee..

Pantun Kemerdekaan

Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
63 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Mengayuh basikal pergi ke pekan,
Membeli keperluan untuk keluarga,
Tinggalan moyang tunggak warisan,
Indah sentosa bumi merdeka.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia,
Bumi Bertuah Indah Permai,
63 Tahun Kita Merdeka,
Rakyat Hidup Aman Damai

Indah berseri cincin delima,
bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 63tahun merdeka,
negara kita aman damai.

Pakai TMNET jalur lebar,
Yuran mahal tidak sia sia,
JalurGemilang megah berkibar,
simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Berlapis cempaka di sisi kekwa,
Indah redup dihias melati,
Semangat Merdeka kekal di jiwa,
Nescaya hidup lebih bererti.

Hati-hati takut ada yang terasa,
Jaga tutur kata dan kelakuan
Hidup harmoni berbilang bangsa,
Semangat nasionalisme teras Perpaduan.

Hutan amazon dikenali Belantara,
Harimau terkenal kerana belang,
Terima kasih Pahlawan Negara,
Malysia Merdeka terus Gemilang.

Mereka peramah manis berkata,
Jual barang pasti laku,
Di sini lahirnya sebuat tercinta,
Bumi Malaysia Tanah Tumpah Darahku.

Tahun 2020 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-1 yang melanda negara dan dunia. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia.
SHARE 7 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2