hai assalammualaikum

" Alhamdulillah Duduk Rumah Pun Ada Duit Ye Diah "

Tu la kata ayah bila aku nak balik KL haritu. Masa Raya Haji haritu, aku balik kampung, duduk kampung selama seminggu. Setiap kali aku balik, memang aku akan sediakan sedikit wang untuk mak ayah aku.

Ayat tu memang buat aku sedih. Tapi aku takla tunjuk muka sedih tu kat ayah.. Hehehe.. Ayah aku cepat touching orangnya. Kang aku juga nangis kat situ.. Hahaha.



Aku sedih sebab aku belajar tinggi-tinggi, aku dapat pengalaman kerja setahun sahaja. Pastu berhenti sebab kawin. Aku sedih sebab aku tak dapat gembirakan mak ayah aku sangat. Bagi duit tak lama, nak merasa banyak benda dari anak dia sorang yang ni tak lama. Ok, aku taip dah rasa bersalah dah.

Sebab tu, job bloggerni aku buat betul-betul. Aku nak ayah mak percaya, anaknya walaupun belajar tinggi, tapi duduk rumah tapi tetap ada duit. Taknak orang pandamg enteng kat kita. Biasalah selalu orang akan pandang rendah, kau belajar tinggi tapi duduk rumah. Pakai duit suami. Tapi, aku, tepis semua tu. Aku buat apa aku nak capai. Aku buat apa aku suka.

Alhamdulillah, rezeki datang sedikit demi sedikit. Rezeki aku pun datang dari doa mak ayah dan rsstu suami. Aku cakap ' rezeki diah pun datang dari doa ayah mak. Kalau ade lebih, diah mesti bagi mak ayah duit'.

Aku mesti akan bagi duit, kalau takde pun lebih, tiap kali balik kampung mesti sediakan juga duit umtuk mak ayah. Aku sentiasa ingat susah payah ayah cari duit utk aku. Masa ambik lesen guna duit ayah, masa beljr, belanja sikit-sikit ayah bagi, beli motor guna duit ayh sikit ( walaupun motor dah takde dengan aku), aku tak pernh lupa.

Sebab tu, setiap bulan mesti aku ada simpan sikit duit utk bagi mak ayah. Aku percaya, rezeki aku datang dari restu dan doa diaorang.

Jangan kedekut dengan mak ayah, insyallah, rezeki akan bertambah. Lagi satu janga kedekut belanja family.

Rezeki bila Allah nak bagi, dia akan bagi.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah..apa pun yg penting kita usaha..

    ReplyDelete
  2. Mungkin boleh cari pekerjaan yang remote besides blogging?

    ReplyDelete
  3. Menggembirakan ibu ayah rezeki pasti murah 😄

    ReplyDelete
  4. tak miskin pun klu kita always bg duit dekat mak ayah kan

    ReplyDelete
  5. Betul Nad...sikit pun ayah mak mesti gembira

    ReplyDelete
  6. Selagi kita kongsi rezeki dengan mak ayah in syaa Allah lagi luas rezeki kita.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2