hai assalammualaikum
TapauSab Event : 32 Helai Baju Hanya RM10 Di Jalan Jalan Japan, Harga Giler!! - Korang percaya tak, nad dapat 32 helai baju dengan hanya RM10 sahaja? Yeszaaa, ni betul tau, bukan main-main. Tapi, boleh dapat baju sebanyak ni dengan harga ni hanya pada hari TapauSab event sahaja. TapauSab Event Jalan Jalan Japan hanya ada sebulan sekali sahaja iaitu pada hujung bulan hari Sabtu. Macam nad pergi hari Sabtu lepas dekat Jalan Jalan Japan One City.
TapauSab Event Jalan Jalan Japan
Hari TapauSab Event ni, korang boleh dapat tawaran harga terbaik untuk pakaian preloved yang ada dekat sana. Sebelum ni nad pernah pergi, yang hanya ada pakaian untuk wanita dan kanak-kanak. Haritu nad pergi, dia tambah koleksi untuk lelaki. Berbaloi pergi TapauSab Event ni.
Harga TapauSab Event
Bayangkan, dapat harga baju preloved dengan harga macm ni, memang berbaloi. Kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni menjual barang-barang preloved dari Japan. Semua barang yang ada dekat sini, semuanya cantik-cantik dan lawa. memang tak dijangka dengan harganya bila korang tengok. Jalan Jalan Japan ni ada banyak outletnya, korang boleh pergi yang berdekatan.
Macam ni la keadaan TapauSab Event. TapauSab Event berlaku di depan pintu masuk Jalan Jalan Japan. Baju dilonggokkan di dalam tray, dan korang kena pilih sendiri baju yang korang berkenan. Jangan risau, semua baju dekat sini dijamin kebersihannya.
Kalau datang TapauSab ni, memang akan habiskan masa yang lama ye, sebab nak tengok satu-satu tray baju yang cantik dan sesuai dipakai. Dah habis tengok dengan pakaian wanita, pergi pulak dekat bahagian kanak-kanak..hahaha. Lepas tu bahagian lelaki pulak. Ya, semua baju kena ambil, takkan baju kita je kan, kecik hati anak-anak dan suami tak ambil diaorang punya..hehee.
Mungkin korang fikir, 'ala preloved je pun'..oopss, barang dekat sini bukan berkualiti rendah tau. Pakaian dekat sini semua cantik, jahitan kemas, dan selesa. Ada juga baju tebal, baju sejuk yang tebal, korang boleh dapat.
Cara Memasukkan Baju Ke Dalam Plastik
Selepas korang pilih baju yang korang berkenan dan masukkan dalam bakul, korang pergi ke meja untuk buat lipatan baju pulak. Sebelum tu pergi ke staff yang jaga, mintak beg plastik. Hah part ni yang kena buat betul-betul, supaya baju yang korang ambil banyak tu boleh muat dalam plastik. 1 plastik boleh muat dalam 10 ke 20 baju, itupun kalau pandai lipat dan susunla..hehee.
Hah lipat baju sekecil-kecilnya, dan masukkan dalam plastik, susun dan tekan baju ke dalam plastik dengan berhati-hati tanpa mengoyakkannya. Boleh tengok video nad sumbat baju dalam plastik.
Selepas tu, pergi ke kaunter staff tu semula, dan dia akan selotep plastik tu. Yeah siap, dapat 3 plastik..wihuuuu..
Nad dapat 32 helai baju, dengan hanya RM10 sahaja..Gembira tak terkata..hehhe..
Jadi, ni la OOTD nad, baju yang nad dapat masa TapauSab Event Jalan Jalan Japan.
Kebanyakannya nad dapat baju sahaja, sebab bahagian skirt semua pendek-pendek. Tak sesuai dengan nad. Untuk anak-anak baju dan seluar. Untuk suami baju sahaja juga.
Nampak kan, baju nad grab semua cantik-cantik. Kondisi baju pun dalam keadaan baik dan sempurna. Saja ambil baju sejuk satu, sebab warna dia cantik, pinky gitu. Walau tau tak boleh travel negara luar, boleh je bawk pergi masa bercuti Cameron ke..hahaa..Ingat Malaysia takda tempat sejuk ke..hehee..
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
Woww byk jugak dapat tu dalam 3 plastik. Harga pon murah giler rm10 jer. Fuhh kalau dekat2 nak jugak terjah..
ReplyDeletegood info. tak pernah pun ammi tau bab ni. kat area rumah mama ammi kat seremban tu ada 1 outlet JJJ ni. tapi ammi tak pernah pun masuk
ReplyDeletebajuuu ni, klu pandai bergayaaa.. rm1 pun cantik kan
ReplyDeletewow..bnyak tu. serius berbalooi la kalau beli bj preloved yg cantik2 dgn hrga mcm tu. 3 plastik tu dh brape bnyk bj ada tu..wah
ReplyDeleteYa Allah seronoknya gi sini mmg tapau habis nampaknya haha..memang murah berbaloi ye!
ReplyDeleteWow memang murah gila kan. :) Kenapa nak bazir duit beli yang mahal-mahal sedangkan RM1 pun cantik.
ReplyDeleteWahh berbaloi teruk ni! Yang penting semua selesa dan nampak bergaya dan dalam keadaan elok lagi pulak tu. Kena terjah juga ni nanti!
ReplyDeleteTempat ini mmg bagus utk mrk yg sdg cari baju atsu produk pre loved kan?
ReplyDeleteHaha ni jualan ke derma? Murah bebeno RM10 dapat 32 helai baju. Baju dia pon bukan main cantik tengok tu. Nak terjah jugak la
ReplyDeleteWow, murah gila tu! Macam tak percaya. Bundle pun tak murah mcm tu.
ReplyDeletepernah pi sini tapi tak tau plak pasal event ni. murah yakmattt. nanti nak pi la. thanks sharing
ReplyDeleteWow.....32 outfits for RM10? That’s awesome. Trendy2 juga baju2 dia ek. Thank you for sharing.
ReplyDeleteKak mid klu dulu gi sini cari baju winter yg murah2 tapi sekrg x bole keluar negeri kena cari baju pakai harian...murah giler weh
ReplyDeletePerghhh 32 helai hanya RM10.. Sangat sangat berbaloi ni... Baju Kitkat size XL sure tak dpt sebanyak tue tapi dalam 15 helai for RM10 pun sgt2 berbaloi kan...
ReplyDeleteAstaga. Nad nie sengaja nak mempengaruhi Rawlins kan? Kalau RM10 dapat baju cantik-cantik gitu, memang sangat-sangat berbaloi
ReplyDeleteBerbaloi beli. Walau prelove tp barang2 dia berkualiti. Cantik2 plak tu.
ReplyDeleteseriusly nad? baju dah la cantik dan elok lagi tu. 32 for RM10. ni nak pancing ke sana ke apa.. tak aci la takde kat sini huhuhu
ReplyDeleteSerious aaa Nad?... Aduh, ni yang nak kena pergi ni... cantik la baju sejuk yan gNad grab tu!!! I is jeles... baik, dengan ini akan ku tandakan di calendar untuk pergi ke Tapausab Event... 31//10/2020 wait for ibu ya Tapausab Event... hehehehe...
ReplyDeleteMak aih murahnya! Dan tengok awak pakai tu elok2 je bajunya.
ReplyDeleteSetiap hujung bulan ke jjj buat tapausab ni dan kat outlet mana dia buat? Semua outlet ke
ReplyDeletebesntnya JJJ ni... untung siapa dapat ke sini grab peluang yang ada.. barang pun masih cantik-cantik..
ReplyDeleteFuhh banyak borong ea.. Cantik baju kena pandai cari kan. Kalau pandai match mmg nampk mewah je
ReplyDeletemurahnyaaaa ! kalau ada kat johor kan best
ReplyDeletecantik2 la baju dia nad.. wah bbaloi gini.. cuma tkt ramai sgt la plak, huhuhu
ReplyDeleteWah memang berbaloi baloi beli kat Jalan Jalan Japan, RM10 for 32 helai baju omg... best kan.
ReplyDelete