hai assalammualaikum

Periuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan - Ada sesiapa yang tengah survey periuk ke? Nad ni pun tengah duk survey periuk -periuk yang best. Ada rezeki lebih, tak salah invest duit dekat barang-barang dapur ni. Lagipun, macam nad memang masak selalu. 

Ada orang cakap, ala guna je kuali biasa, masak juga, sedap juga. Ya, memang, tapi nak juga kita periuk yang memudahkan kerja memasak dan tak ambil masa lama dekat dapur tu. Paling penting periuk tu tak melekat masa memasak, tak hangus, senang dicuci, tahan lasak dan selamat digunakan. Oh lupa, cantik pun diambil kira..hehee. Nak masak pun best je kan bila dapat periuk yang diidamkan..hehee. Ala bukan nad sorang je, semua orang yang suka memasak, mestila nak periuk macam ni kan. 


 


Periuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan

Ok, macam biasa, bila otak tengah berfikir sesuatu barang, sekali media sosial akan tunjukkan. Magic bukan!! Contoh macam korang tengah fikir baju, tiba-tiba banyak keluar iklan baju dekat media sosial. Macam tu juga dengan nad, tengah survey periuk, sekali banyak keluar iklan periuk. Bila keluar tu, ada satu yang berkenan di hati ni ha. Periuk Batu dari KayuHome. Mula tengok page dia, dan usha. Pergh!!, warna lawa, tengok ramai orang komen, mesti best ni periuk batu KayuHome ni. Tengok orang memasak guna periuk ni pun menarik je.


Nad memang berkenan lama dengan periuk batu ni. Nampak kawan-kawan masak guna periuk batu ni best je. Bila masak tak merecik ke dinding, tak melekat semua tu. Tapi kawan beli yang biasa punya. Banyak kelebihan periuk batu ni tau. Antaranya
- Periuk batu ni selamat menggunakan elemen semulajadi, kukuh, tahan lama, dan tidak mudah tercalar. Periuk batu ni juga yang ia mempunyai kapasiti haba yang tinggi dan mampu mengekalkan panas untuk beberapa ketika.
- Design yang menarik dan cantik.
- Penggunaan periuk batu bantu kita untuk mendapatkan makanan sihat dan berkhasiat. Dengan pengurangan penggunaan minyak, makanan masak dengan sekata dengan pemanasan yang sekata. Tak perlu nak kacau setiap masa, jimat tenaga.
- Senang nak cuci sebab periuk batu ni ia tak melekat langsung.
- Sesuai digunakan di dapur gas, elektrik, kaca seramik atau induksi.
 
Ni la antara ciri-ciri kenapa nad pun suka periuk batu ni. Bila tengok periuk batu KayuHome ni, jatuh cinta pulak. Nampak gayanya kene kumpul sikit-sikit duit la kan..hehee. 
 
Meh nad tunjuk periuk batu KayuHome ni, mungkin korang pun berkenan.

Periuk Dreamial KayuHome

Periuk Dreamial, periuk Batu Granite Merah KayuHome Dengan Teknologi German ini merupakan periuk terbaru dari KayuHome.

 






Geram pulak tengok, lawa kan. Warna merah,nampak berkualiti dan tahan lasak. Kalau dapat ni, nak masak pun gembira je..hehee. 

Nad tengok ramai yang minat periuk batu granite merah ni. Satu lagi yang special periuk ni penutup die mempunyai tiub auto bebas wap, dan sekeliling die ada silikon yang tahan haba. Bila masak tu takda la bunyi bising kung kang kung kang penutup bunyi.

Apa bestnya Periuk Batu Dreamial ni?
- Bebas bahan kimia berbahaya 
- Buku manual penggunaan disediakan
- Periuk sangat tebal dan tahan lasak
- Penutup kaca berbentuk flat dan tebal
- Penutup dilitupi silikon,selamat digunakan
- Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak
- Warna yang menarik,wine red
- Handle jenis bakelite, tahan panas
- Anti calar, anti lekat, mudah dicuci
- Size sesuai untuk kegunaan harian
- Sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas
 
Periuk Rendang KayuHome 
 
Ni lagi, salah satu periuk batu KayuHome yang menarik perhatian. Periuk Rendang KayuHome. Besar weii. Standard saiz berukuran 40cm, 10 ekor ayam boleh muat. Nad ingat namanya periuk rendang sesuai untuk buat rendang je, rupanya ia epriuk yang sesuai untuk masak dalam kuantiti yang banyak. 
 

 
Time kenduri, nak raya, kumpul ramai-ramai, takda masalah kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak. Orang datang, tengok periuk ni, mesti diaorang pun teruja..hehee. Walaupun namanya periuk rendang tapi boleh je masak nasi atau lauk pauk lain. Kalau masak nasi, tak berkerak nasi. Adeh, nad yang info ni pun dah rasa tak keruan. Rasa nak membeli terus je..haha. Periuk ni sesuai untuk semua jenis dapur  dan mudah dicuci. Pemegang pun direka untuk tujuan keselamatan dan mudah dipegang semasa buka dan tutup periuk.
 





 
Kelebihan Periuk Rendang KayuHome
- Bersaiz 40cm muat 10 ekor ayam
- *FREE 2 Pemegang Silicon*
- Boleh dimasak di dapur gas dan elektrik
- Tebal bawah induksi periuk 4.5mm
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Handle penutup yang mudah untuk Grip
 


Nak periuk batu lain pun ada. Pilih je mana yang berkenan.. 




Hah, macam mana, tergoda tak. Nad pun dah tertarik denagn periuk batu KayuHome ni. Kumpul duit dulu, nanti kita masuk minang ye, hehe. Sebelum nak beli tu kena tengok betul-betul, sebab ada juga yang menjual periuk tiruan. Jadi, nak dapatkan periuk yang berkualiti 100% terjamin, belilah di KayuHome ni. 

Tak kira laki atau perempuan yang suka memasak, dapat periuk batu macam ni, memang kerja memasak jadi seronok kan..hehee. 


Kalau korang nak, boleh contact http://www.wasap.my/60136699512/kayuhome

Nak tau lebih lanjut boleh layari
SHARE 33 comments

Add your comment

  1. jenis kuali yg tak melekat ni , best guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pakai ni, minyak letak sikit jer pun tak melekat kan

      Delete
  2. lawa la warna periuk tu. meriah la memasak lepasni kan hahahhaa

    ReplyDelete
  3. Cantiknya. Nak nak yang set 11 pcs tu.

    ReplyDelete
  4. berkenan sangat periuk kayuhome ni..nak kumpul duit juga beli..

    ReplyDelete
  5. Menarikk ngatt ni aihh. Ada harga tak?

    ReplyDelete
  6. Fuyoo lawa sangat ni Nad. Nak kena kumpul ongkos jugak laaa nanti nak beli hehehe ..

    ReplyDelete
  7. Comel. Bestnya kalau dapat ni. Leh jadi koleksi dapur #rumahybshehan hiiii

    ReplyDelete
  8. Berkenannya tengok. Mmg tgh dok aim nak periuk camtu, mesti lg rajin masak kalau ada ni hehe

    ReplyDelete
  9. Berkenan yanie tengok.. best nya kalau dapat.. semangat sket nak memasak hihi

    ReplyDelete
  10. Berkenan yanie tengok.. best nya kalau dapat.. semangat sket nak memasak hihi

    ReplyDelete
  11. Arghhh godaan apakah iniiii, comelnyaaa periuk tu dah la warna merah!

    ReplyDelete
  12. Cantiknyaaa, geram tengok periuk cantik2 ni

    ReplyDelete
  13. Alaaa lawalah, warna tu yg menarik!

    ReplyDelete
  14. Wow the colour itself is already very interesting. :)

    ReplyDelete
  15. Comelnya. MIL ai suka lah periuk-periuk gini. Nampak fancy.

    ReplyDelete
  16. Ni memang cun Nad! Plak2 wat video masakan kat Youtube perghhh ngam giler hahah

    ReplyDelete
  17. Geramm kannn periuk dia, memang teringin nau nak periuk rendang tu haaa, sekali masak boleh muat 10 ekor ayam gituuu...

    ReplyDelete
  18. memang suka periuk tak melekat macam ni, dah la color pun cantik dan sama tema dengan dapur akak. Lagi seronok dan semangat nak memasak macam ni, periuk cantik!!!

    ReplyDelete
  19. Waa mcm best jee set periuk Karihome nii, bagus juga memasak guna periuk batu, banyak manfaatnya kan. Nanti nk tgk2 laa 😍

    ReplyDelete
  20. ni kalau malas masak jugak tak tahulah ...hahahaha ...tapi nampak bestlah set nih , dqh terbayang nak masak rendang masak asam pedas dalam piyuk lawa nih ...harap adalahbyg sudi sponsor ...eheheheh

    ReplyDelete
  21. Fuhh! cantiknyaaa! berapa harga ni nad? ingat nak belikan untuk mak lah as hadiah nanti hehehe tapi kite pun minat gak untuk buat video2 katanya aicece

    ReplyDelete
  22. Dah singgah Insta, wah cool color.. Blue n Purple selain Pink. Nad ni tau je madam tengah idam periuk baru. Betul sangat periuk tiptop kita nak masuk dapur pun semangat. Hihi.

    ReplyDelete
  23. Nampak menarik. Saya nak beli untuk mak saya. Mesti dia suka periuk ini.

    ReplyDelete
  24. Wahh dah dapat ker priuk ni kita mengidam juga nak periuk ni hehehe best cantik dan berstyle sangat kalau masak rasa nak video menarik ni hehehe bestnya ada nak kasi seperiuk ker kat kita wakakakak..

    ReplyDelete
  25. memang happy sangat memasak kalau dapat set periuk macam ni. Dah la cantik, bertambah semangat lah nak masak. Menu yang renyah pun rasa senang je hehe

    ReplyDelete
  26. uwaaa ini kali kedua nampak periuk kayu nie. ya Allah sumpah cantik dan terpikat.ingat nak belikan satus et utk ibu

    ReplyDelete
  27. Ni boleh ni LH hadiahkan dekat mama. Mak-makkan selalunya macam akan buat koleksi periuk camtu. 😂

    ReplyDelete
  28. Apakah ini? Macam tau-tau mak Rawlins pesan suruh carikan Kayu Homes nie - dia dah muncul plak hahaha bahaya nie

    ReplyDelete
  29. Menawan nya kaler diaa.. Ish sis nadia ni mcm tau2 kita mmg nak cari set periuk baru je ekk.. Boleh la try beli dgn kayu homes

    ReplyDelete
  30. Baca tentang kelebihan guna periuk batu ni terus rasa nak dapatkan 1 set utk rumah terus.. Oh mai especially set ni.. Cantik.

    ReplyDelete
  31. Bestnya. Yg penting tak melekat. Tak payah la asik nak kena kacau je. Comel pulak tu the whole set.

    ReplyDelete
  32. Wow this is really a nice set of kitchenware and the quality also very solid. I will check it out.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2