hai assalammualaikum
Nasi Goreng Cili Kering Mudah Dan Sedap - Nasi goreng sarapan kegemaran semua orang. Ada banyak cara boleh buat nasi goreng, ada nasi goreng cili padi, nasi goreng sardin, nasi goreng planta dan macam-macam lagi. Tapi kali ni nad cuba masak nasi goreng cili kering. Nak masak nasi goreng cili kering ni mudah sahaja, sama je masak nasi goreng biasa cuma tukar bahan sahaja. Nak nasi goreng sedap, pastikan nasi tak lembik, nasi biar cantik dan disejukkan terlebih dahulu.
Kalau nak masak nasi goreng ni, sebaiknya, nasi dah dimasak wkatu malam, dan bila waktu pagi nak masak tu, nasi dah sejuk. Nasi goreng ni nad selalu buat aklaua da nasi lebih. Tak membazir kan, jadi masak nasi goreng la.
Jadi, macam ni la rupa nasi goreng cili kering nad buat.
Bahan-bahannya
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 10 tangkai cili kering dibasuh dahulu
- 5 biji cili padi
- ikan bilis
- telur 3 biji ( nak buat telur dadar )
Cara membuatnya, Ni video cara nad buat nasi goreng cili kering yang mudah dan sedap.
- Blend kesemua bahan kecuali telur, kemudian tumis bahan sehingg naik bau.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa
- Kemudian masukkan nasi ke dalam bahan tumisan dan gaul sebati.
- 3 biji telur dipecahkan dan buat telur dadar
- Siap..
Sedapnya nasi goreng cili kering. Lama tak masak nasi goreng guna cili kering.
ReplyDelete