RESEPI SAYUR CAMPUR MASAK LEMAK PUTIH

in , by Nadia Johari, 22:23:00
 hai assalammualaikum
 
Resepi Sayur Campur Masak Lemak Putih - Sayur yang pelbagai ni memang membangkit selera ya, tak kisahla sayur ditumis atau berkuah. Nad dengan anak-anak memang suka makan sayur campur, sebab macam-macam sayur ada dalam tu. Nad pernah kongsi sayur campur yang bertumis sebelum ni, boleh klik sayur campur masak sos tiram, kali ni nad buat yang berkuah pulak. Sayur campur masak kuah lemak putih yang sangat sedap. Sayur campur ni contoh macam brokoli, lobak, jagung kecik, kobis, cendawan, kacang panjang tu semua. 
 



Ok, ni nad buat sayur campur masak kuah lemak putih. Kalau berkuah ni memang anak-anak sukala, lagi kuah lemak. Suami pulak, memang suka sayur kubis dibuat masak lemak macam ni. Jadi untuk sayur campur ni nad guna sayur kubis, cendawan dan lobak bagi ada warna sikit. Ok jom tengok bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili padi 3 biji 
- Separuh kiub ikan bilis
- Santan
- Air
- Garam
- Lobak
- Cendawan
- Kubis



Cara membuatnya ada nad tunjukkan dekat video ni, korang boleh tengok.
 
Lauk kuah lemak putih macam ni elok digabungkan dengan sambal belacan..aumm..memang sedap ye. Ada pulak ayam goreng ke, ikan goreng.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2