hai assalammualaikum
 
Resepi Sotong Masak Kicap Pedas Kau Berapi - Nama resepi pun dasyat sangat kan..hahaa. Mana taknya, selepas nad kawin dengan suami, belajar makan pedas je. Suami jenis suka makan pedas, jadi kalau takda menu pedas tu, macam pelik pulak. Jadi kena cari idea, create satu menu yang ada pedas dia tu. Maka terciptala sotong masak kicap pedas kau berapi ni..ehehhe. Ada juga la ras amanis dari kicap tu, bukan semua pedas..ehhee..




Ok bagi gambar dulu. Terliur tak tengok..nampak kuah dia yang pekat dengan sotong yang masak elok tu..aummm. Anak-anak pun suka makan sotong. Jadi aklau nak masak sotong memnag kena banyak la. Lagi kalau makanan tu sedap, memang menambah la nasinya.

Ok meh nad kongsi cara nad buat Sotong Masak Kicap Pedas ni..

Bahan-bahannya
- Sotong ikut la brapa banyak korang nak masak
- Bawang putih 2 ulas
- Bawang merah 3 biji
- seinci halis
- Cili padi ikut pedas mana korang nak. Nad guna 5 biji.
- Kayu manis
- Bunga lawang
- 2 sudu cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Kicap manis
- Bawang besar dihiris bulat
- Cili merah dihiris

Cara memasak
- Sotong dilimur dengan kunyit dna garam, digoreng separuh masak
- Blend bawang putih, bawang merah, halia, cili padi
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau
- Masukkan bunga lawang, kayu manis dan serai
- Masukkan 2 sudu cili kisar ke dalam bahan tumisan dan amsak bersama sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Semua sos dalam 2 sudu
- Tambah sedikit air jika pekat.
- kemudian masukkan bawang yang dihiris, dan cili merah kacau sebati
- Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati.
 
Siap..selamat mencuba.

SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Sedap masak kicap yang pedas. Selalu kalau masak kicap rasa dia akan manis manis sikit.

    ReplyDelete
  2. Uitt sonang bangat ni, biasa buat ayam masak kicap pedas, ni boleh laa try plak sotong..

    ReplyDelete
  3. wahhh sedap ni, sotong antara favorite saya. cara nak buat pun nampak mudah. bolehlah nnti nak cuba. :)

    ReplyDelete
  4. Baca nama jer pun terasa pedasnya dimulut.. amboiii hebat betul sis namanya.. :P Kitkat bukan big fan of seafood tapi boleh la kan tukar sotong dengan daging lain.. nak try resipi ni la..

    ReplyDelete
  5. Mmg nampak oedas betholll hahahha... Ni kalau masak mmg laju jer abis

    ReplyDelete
  6. alahai sedapnya nad , lauk macam ni makan dengan nasi panas2 pun dah sedap yakmat ...resepi simple bolehlah nanti cuba ....nyam nyamm

    ReplyDelete
  7. Ni confirm berair mata makan ni. Kalau saya nak cuba, kena kurangkan sikit kot cili api tu. Biar pedas2 manja je hehe

    ReplyDelete
  8. Masak kicap tp pedas. Semestinya menu mak pak je ni. Anak2, kte kekalkan rs kicap yg manis masin lemak tu.
    Resepi ni nak cuba buat la nanti 😊

    ReplyDelete
  9. Nyum nyummm... Tengok pun dah nampak sedap. Sure terangkat! Sedap ni makan sama nasi panas²

    ReplyDelete
  10. Baru dua hari lepas masak sambal sotong. Rugi tak baca ni awal kalau tak boleh try yang berapi ni.

    ReplyDelete
  11. Fuhhhh selera tgk aihh.. seng ja respi ni. Nak try nnt. Mna taw kena selera ciksomi😍

    ReplyDelete
  12. Fuhhh memang berselera tengok resepi ni....nak cubalah resepi ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2