hai assalammualaikum
Mudahnya Buat Apple Smoothie Dengan Beko Vacuum Blender - Hah korang duduk rumah tu buat apa? cukup-cukupla buat air dalgona tu, jom kita buat air smoothie pulak. Minum minuman sihat dari buah sebenar. Sebelum ni mesti malas nak buat kan sebab perlu tekan blender tu lama-lama. Tapi, kalau korang guna Beko Vacuum Blender ni, air smoothie jadi lebih mudah. Minum air daripada buah sebenar dapat menyihatkan tubuh badan kita.
Nad buat smoothie ni pun dengan anak-anak. Nad tunjuk cara dekat anak-anak, dan diaorang pun buat ikut apa nad suruh. Beko Vacuum Blender ni selamat digunakan untuk sesiapa sahaja. Kalau blender biasa memang tak selamatla, dengan kena pegang dan perlu tekan banyak kali, tapi Beko Vacuum Blender ni mempunyai set yang ia boleh bergerak dan auto off sendiri. Beko Vacuum Blender mempunyai ciri-ciri safety lock yang ada pada pengisar itu sendiri.
Haritu kami buat Apple Smoothie yang mudah dan sedap.
Bahan-bahannya
- 3 biji epal hijau
- 1/2 cup susu
- 1/3 plain yogurt
- 1 sudu madu
Masukkan semua dalam blender, on dan set Vacuumblend. Tak perlu pegang, tak perlu tekan banyak kali, set vacuum blend, dia blend sendiri dan akan auto off sendiri. Fuh teruja kejap..hehee.
Nampak tak, jadi dah epal smoothie. Rasanya masam, manis, memang sedap dan rasa kesegaran smoothie dari buah sebenar tu. Memang best pakai Beko Vacuum Blender ni.
Apa nad suka dengan Beko Vacuum Blender ni? Banyak sangat kelebihannya.
1) Anti Slip - tidak mudah bergerak atau terjatuh di setiap permukaan tidak kira basah atau kering.
2) Menyelamatkan nutrisi dan rasa - menggunakan teknik
vakum inovasi untuk mencegah pengoksidaan dan mengurangkan pendedahan dengan udara sehingga dapat mengekalkan
nutrien dalam makanan dan mengekalkan warna , kesegaran pada jus buah
campuran kita.
3) Variasi tahap kelajuan - kawalan kelajuan dengan sederhana dan mudah menggunakan sistem pulse
4) Mempuanyai 6 set pilihan - set menu seperti sauce, ice, smoothie, vacuum,vacuum blend dan autoclean untuk penggunaan cepat dan mudah
5) Bilah keluli mempunyai 6 bilah yang tajam dan tahan karat dapat mengisar bahan dengan lebih halus
6) Jug Tritan berkapasiti 1.5 liter.
7 ) Mudah untuk dibersihkan - hanya tekan autoclean, dan ia bersih sendiri
Memang berbaloi kalau korang nak beli, nak buat smoothie pun mudah. Sekarang bagus la untuk kita amalkan minuman sihat macam ni.
Beko adalah jenama perkakas rumah terkemuka di Eropah dengan sejarah selama puluhan tahun dalam membangunkan peralatan rumah yang inovatif dan berkesan yang mengutamakan kualiti dan kemudahan penggunaan.
Nak tau lebih lanjut boleh layari
Website: https://www.beko.com/my-en
Facebook: https://www.facebook.com/BekoMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/beko.my/
Blender beko ni nampak sangat kukuh. Sedapp tuu minum air buah buahan di umah je. Tak perlu ke kedai dah kalau teringin smoothie. Buat sendiri je😍
ReplyDeleteSedapnye smoothie. Senang ada vacuum blender dari Beko ni
ReplyDeletewahhhj best ni...wajib beli, i is hari2 buat protein shake guna blender biasa leceh nak cuci, ni tgok mudah je...mmg kena beli ni
ReplyDeleteDah tergoda! Kebetulan memang tengah cari blender tuk rumah ni, yang ada dah mula buat perangai.
ReplyDeleteAlaaa bestnya, kena beli jugak ni. Senang sikit nak buat green juice!
ReplyDeleteSmoothie, minuman yang sihat dan berkhasiat. Sedap jew perut selepas dibersihkan dgn smoothie.
ReplyDeleteSedapnya smoothie. Pkpb lak kan. Syok smoothie hari hari dengan gajet dapo yang ohsem tu😁
ReplyDeletewoow...this is really an amazing cool useful unit to own at home for making healthy smoothie while working from home due to the extended CMCO now, wanna check out for mine :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletesekarang dah macam-macam modern tools yang ada kat pasaran untuk mudahkan lagi kerja di dapur kan
ReplyDeleteWah..siap dengan function auto clean. Menarik ni nad.
ReplyDeleteWah sedapnya smoothie Nad buat. Baguslah blender ni siap ada function auto clean. Tak payah susah nak menyental.
ReplyDeleteBest ada blender separate utk buat smoothie, takde la campur dengan blender masak. Mcm nak jugak ni.
ReplyDeleteMemalam plak tengok smoothie nie. Haha. Nak tau tak, mak Rawlins sebenarnya terpengaruh dengan adik bungsu dia untuk beli nie. Haha takodddd
ReplyDeletesedapnya smoothie. dah lama jugak tak minum smoothie ni. selalu minum air kosong, teh ais sahaja. hehe. bolehlah nnti nak try buat :)
ReplyDeleteTergoda sudah. Nak buat smoothie dan jus pun mudah ni. Dan mudahkan anak-anak nak minum jus.
ReplyDeleteSedapnya alahai.. Rasa macam nak buat smoothie je bila baca entri ni..
ReplyDeleteSenanglah lepas ni nak buat smoothies dengan blender macam ni... siap ada teknologi baru lagi compare dengan blender yang biasa.. Menarik..
ReplyDeleteSenangnyaa nak minum smotie lepas ni ek.. tapi Sis pulak tak suka smootie, so tak berapa lee naknya.. tak tau kenapa, lebih suka minuman biasa dari yang belender. kalau ada pun ABC je laa Sis minum..rasa Beko ni boleh buat kot ABC kannn
ReplyDeleteTu la..hari tu tengok nad post di ig dan fb memang tertarik rasanya dengan Beko ni. Senang nak buat smoothie
ReplyDeletewah hari-hari smootie la ye nanti... saya ni penggemar smootie. adakah perlu saya beli blender ni? eh
ReplyDeleteSenang lah skrg kalau nak minum smoothie. Masuk kan saja then tggu jus tu keluar. Mudah kerja kan.
ReplyDeletebagus juga ciri-ciri keselamatan dia, tak la kak nad risau kalau anak-anak nak guna blender buat smoothie nanti
ReplyDeletebestnya blender tu nad! Nak jugak try boleh buat juice & smoothies hari2 kat rumah je😊
ReplyDeleteSuka dengan blades dia mmg tajam. Dan produk ni mmg berkualiti tinggi
ReplyDeleteUish ni blender bangsawan ni.. harga dia boleh tahankan? Tapi memang saya tau kualiti dia memang bagus dan baik. Kalau ada satu kat rumah ni sure saya hari-hari buat jus buah
ReplyDeleteNice vacuums blender there... I hardly use blender but this seems good to have it at home. Wanna buy one for my self too
ReplyDeleteWow bestnya I also want to make smoothie for my family and myself. OMG~it is so easy right to make smoothie with this Beko appliance.
ReplyDelete