hai assalammualaikum
Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja Membersih - Terjebak juga ye dengan kain buruk kayangan ni. Sana sini kain Norwex tu lalu timeline, tak facebook, ada dekat instagram, ada juga dekat twitter. Mula tu memang pejam mata jela, malas nak layan, tapi layan jugala demo kain Norwex punya video, gambar tu semua, yela dah lalu kan. Tiba-tiba, dalam hati, ' bestnya tengok, guna air je. Lap apa pun boleh, senangnya '..arghh sudah. Sabar nad, sabar..kain biasa, harga murah je kau guna, sama je kain buruk juga. Sekaliiiiiii....jeng,jeng,jeng..Kain Norwex sampai dekat rumah..kihkihkih..
Orang cakap belum cuba belum tau. Nad ingatkan sama je macam kain buruk biasa tapi tak ye. Kain Norwex ni banyak jenis, ada untuk kitchen, window, kereta, lantai, tuala, haishh banyak la. Tapi nad punya yang penting jela, kain Norwex Kitchen, Norwex Window dan Norwex Enviro.
Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja Membersih
Kain Norwex ni microfibre, boleh hilangkan kotoran dengan hanya menggunakan air sahaja.produk Micofibre Norwex mengandungi BacLock yang boleh membersih dengan mudah secara menyeluruh apabila basah.
Lepas pakai kain Norwex ni, nad nampak bezanya. Kerja membersih, mengelap jadi mudah dan menjimatkan masa. Macam sebelum ni, Nad kerap tukar kain buruk sebab setiap kali bersihkan dapur, cermin,
atau apa sahaja, kain tu akan kotor dan hitam, yela kerap guna. Lagi
kalau bersihkan dapur, kain akan melekit, berminyak.. Setiap tempat lain-lain kain. tapi semua kain jadi sama, hitam dan kotor, kemudian berbau.
Lagi kalau dapur berminyak, sambal, kain biasa akan jadi berminyak dan melekit. Tapi bila guna Norwex Kitchen, hanya basahkan kain, kemudian lap je macam tu. Walaupun dapur berminyak, kesan sambal merecik, lap je
guna kain tu, terus bersih. Kain pulak bila
dibersihkan semula dengan air takde melekit, takde berminyak. Jimat spray dan sabun dan tak perlu guna selalu.
Sebelum ni, nad akan bersihkan cermin atau apa sahaja, dengan pencuci-pencuci lain, macam sabun, kemudian spray, atau suratkhabar, tapi dengan kain Norwex, nad hanya guna dua kain sahaja iaitu Norwex Enviro dan Norwex Window untuk bersihkan cermin, peti ais, dan benda-benda berkilat ni la. Oh dua kain ni pun boleh digunakan untuk bersihkan kabinet.
Cara nad guna, nad akan bersihkan kain Norwex Enviro tu untuk mengelap. Kain Enviro ni bagus tau sebab kain ni mengelap segala kekotoran tanpa tinggalkan kesan pun. Lepas tu nad guna Norwex Window tanpa basahkan, kering sahaja untuk lap lagi, macam polish bagi berkilat. Memang berkilat habis setiap cermin, peti ais, kabinet.
Macam cermin, peti ais, sebelum ni pakai kain biasa macam ada
tompok-tompok macam tu, masih ada kesan garisan lagi kat cermin, even
guna pembersih cermin jenis tarik tu, tapi pakai kain norwex terus kilat..
Takde tompok, takde kesan kotor.
Oh, nad pun ada cuba-cuba lap almari ikea anak, dengan Norwex Enviro, eh tak sangka contengan anak buat dekat almari tu hilang. Tapi biasalah kena sental sikit. Korang boleh nampak dekat video nad buat tu. Puas hati tau.
Video nad bersihkan kitchen, peti ais, cermin dan almari ikea anak. Tengokla, betapa mudahnya kerja membersih.
Kain mengikut jenis tempat permukaan yang sesuai.
Nad boleh nampak beza pakai kain Norwex
ni. Nad boleh cakap kain ni memudahkan kerja membersih, menjimatkan
masa dan tenaga. Korang ingat kerja membersih tu tak penat ke, tiada
siapa suka kerja membersih ni, sebab tu kadang ada orang sanggup upah
orang untuk bersihkan rumah. Dengan kain Norwex ni, korang akan jadi
suka untuk membersih.
Lagi satu kain Norwex ni tak berbau walau dah berulng kali pakai.
Kelebihan Kain Norwex
Norwex Enviro - E untuk segalanya, bersihkan setiap bahagian rumah sama ada menggunakannya kering atau basah, ia dapat mengangkat zarah-zarah debu dan kotoran terkecil ke kotoran dan menghalangnya daripada menetap di permukaan, dan juga mengeluarkan minyak minyak dengan hanya air.
Norwex Kitchen - Kain dapur sangat sesuai untuk dapur kerana tidak setebal kain enviro, oleh itu ia kering dengan cepat. Keluarkan minyak gris dengan berkesan juga! Boleh nampak nad dah tunjukkan kain tu berkesan membersih minyak, sambal dengan berkesan. Boleh dilipat dan dilipat semula untuk membuat beberapa permukaan untuk pembersihan tanpa henti.
Norwex Window - Kain tingkap berfungsi sebagai kain pengilat untuk tingkap, barang kaca, pintu pancuran, cermin dan juga perhiasan. Kain ini sesuai digunakan kering. Anda boleh menyemburkan permukaan dengan sedikit air dan kemudian menggunakan kain tingkap untuk mengeringkan dan menggosok atau hanya menggunakan kering untuk menggosok.
Norwex Kitchen - Kain dapur sangat sesuai untuk dapur kerana tidak setebal kain enviro, oleh itu ia kering dengan cepat. Keluarkan minyak gris dengan berkesan juga! Boleh nampak nad dah tunjukkan kain tu berkesan membersih minyak, sambal dengan berkesan. Boleh dilipat dan dilipat semula untuk membuat beberapa permukaan untuk pembersihan tanpa henti.
Norwex Window - Kain tingkap berfungsi sebagai kain pengilat untuk tingkap, barang kaca, pintu pancuran, cermin dan juga perhiasan. Kain ini sesuai digunakan kering. Anda boleh menyemburkan permukaan dengan sedikit air dan kemudian menggunakan kain tingkap untuk mengeringkan dan menggosok atau hanya menggunakan kering untuk menggosok.
Oh nad suka lagi, kain ni bila basuh, lepas diperah, dia tak menitik-nitik air dekat kain.
Cara Menjaga Kain Norwex
- Jangan gunakan peluntur, pelembut fabrik atau lapisan pengering apabila mencuci microfiber, ia akan menyeliputi fibre dan mengurangkan keupayaannya membersihkan dengan berkesan.
- Cuci tuala microfibre berasingan atau dengan pakaian bebas tiras. Keringkan sepenuhnya.
- Bilas sekejap tuala mikrofiber dengan air suam yangmengalir dan sidai hingga kering atau masukkan dalam mesin pengering.
- Norwex pun ada sabun tersendiri, untuk hasil terbaik, gunakan detergen dobi yang bebas dari bahan pemekat, Norwex Ultra Plus laundry detergent.
Korang kena cuba. Try tiga kain nad guna ni Norwex Kitchen, Norwex Enviro dan Norwex Window. Boleh roger nad , whatsup https://nrwexnad.wasap.my/ . Nak tanya apa, tanya je, jangan segan silu, nad akan jawab. Ada banyak jenis lagi kain Norwex ni.Whatsup je nad ok.
Sisyat sampai mimpi tau Norwex ni.. sebab apa? Sebab dok lalu lalang FB IG bagai tu.. haha
ReplyDeleteNak la juga 1 norwex tu.. review sume kata best 😊
Ok jgk kain ni..nampak hasilnya tu mmg terlihat bersih..nanti kalau berminat boleh la zaza beli satu..
ReplyDeleteKak Sue pun macam tergugat juga bila nampak lalu lalang ja kat FB dan IG sekarang. Nanti nak try juga lah..
ReplyDeleteKak Sue pun macam tergugat juga bila nampak lalu lalang ja kat FB dan IG sekarang. Nanti nak try juga lah..
ReplyDeleteRisau jugak terjebak nie sbb hasil kain nie mmg terbaik.. tak perlu pakai pencuci apa2 pun just lap je.. mmg kain dr kayangan betul
ReplyDeleteMacam tergugat juga nak beli tapi boleh sabar lagi. Hehehe
ReplyDeletetengok ramai orang dok share pasal norwex ni. aduii ada agak terjebak ni nanti. berkenan betul yang window tu
ReplyDeleteMudahnyaa kerja rumah ada kain Norwex ni, nantilah ada rezeki bolehlah beli dan mencubanya.. jadi surirumah ni biasalah kena gosok laki lee kalau harga mahal hehehehe
ReplyDeleteDok lalu lalang jer kain kayangan ni, aduyai... Kak a Nina dah tergoda! Nak penuh kan tabung beli dan Cuba nanti
ReplyDeleteThis looks like a good cloth for cleaning things. Can it also be use to clean iPad screens?
ReplyDeleteThis cloth is so convenient and after using is like SQUEAKY CLEAN! I need to get this too! Do they have like pink or purple?
ReplyDeletebagus la.. macam nk terjebak dah ni nak beli.. huhuhu
ReplyDeletethanks so much for sharing more of your experience with this famous cloth, surelyit makes all housewifes wanna try it too for househld usage. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteKalau saya, nak cuba kain utk lap cermin/window. Ye la, cermin ni kan sensitif sikit, senang nampak kotor. Kalau kain tak sesuai, nanti tinggal kesan.
ReplyDeleteBaru tau kain dia ada byk jenis. Tp memang nampak perbezaan lah nad. Menarik ni. Rasa terjebak nak beli juga. Hehe
ReplyDeletethis is by far one of the greatest invention for cleaning ever. saw all the reviews and they were great. thanks for sharing this! :)
ReplyDeleteI have been using Norwex clothes for months. It is so nice to use every day. fast and easy to use
ReplyDeleteHehe memang famous skrg norwex ni kan? Senang keje suri rumah tak yah nak lap beria2 bila guna norwex ni
ReplyDeleteTeringin juga nak guna.. sebab nampak banyak kebaikan dan kelebihan
ReplyDeleteWahhh Nad pun dah terjebak. Risau tengok post kawan2 pasal kain ni. Takut terjebak gak.
ReplyDeleteAkk pun dh pakai juga.. Puas hati ada norwex
ReplyDeleteWow..
ReplyDeleteTeruja pulak kita..
Kain kayangan ni taknak ke sampai kat umah kita ni.
Hahaha