hai assalammualaikum
 
Tangan Bersih, Bebas Kuman Dengan Pencuci Tangan Plash AFY Haniff - Kita tau, tangan merupakan anggota badan yang melakukan banyak perkara seperti memegang dan menyentuh pelbagai permukaan, makanan, benda dan macam-macam lagi. Bakteria, kuman dan kotoran akan melekat di tangan kita selepas kita melakukan aktiviti dan dengan tangan jugala akan menyebabkan kita menyebarkan penyakit kepada orang lain sekiranya tangan kita tidak dibersihkan. 
 
Sebab tu, kita disarankan untuk kerap membasuh tangan supaya segala bakteria, kuman dan kotoran pada tangan kita dapat dibersihkan dan ia juga langkah penting untuk mencegah dan menyebarkan sebarang bakteria dan kuman kepada orang lain. 
 
 

Tangan Bersih, Bebas Kuman Dengan Pencuci Tangan Plash AFY Haniff 

Mungkin sebelum ni, rutin mencuci tangan memang sudah dilakukan, tapi tidak secara serius. Bila ada kes Covid 19 ni, diingatkan mencuci tangan perlu dilakukan sekerap mugkin. Mencuci tangan menggunakan sabun dan membasuh dengan air dapat membersihkan tangan dari segala bakteria, kuman dan kotoran. 
 
 
Bila dah kerap membasuh tangan, pemilihan pencuci tangan juga memainkan peranan yang penting, yela kadang ada sabun tangan yang boleh mengeringkan kulit tangan kita. Nad suka dengan pencuci tangan Plash AFY Haniff yang dapat melembapkan dan melembutkan tangan serta dapat membunuh 99.9% bakteria.
 


Pencuci tangan Plash AFY Haniff ni nad suka sebab dia bentuk buih. Basuh dengan sabun ni dapat membersihkan minyak dan kotoran disamping menghapuskan 99.9% virus dan bakteria berbahaya. Diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.
 
Pencuci tangan Plash AFY Haniff ni pun free daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan.
 
Baunya pun sangat wangi. Bila basuh dengan pencuci tangan Plash ni, tangan bau harum je, suka sangat. Anak cuci tangan guna Plash ni pun, dia mesti cakap " ermmm wanginya mommy "..hehee. Pencuci tangan Plash AFY Haniff ada dua haruman iaitu Fresh Aloe dan Sweet Sakura.
 
 
Pencuci tangan AFY Haniff ni ada dua saiz, satu 400ml dan satu lagi 200ml. Yang saiz 200ml, memang sesuai bawak ke mana sahaja, yela, kes covid ni kita kena kerap basuh tangan. Basuh dengan sabun lagi bagus kan. Kadang dekat luar mana ada disediakan sabun, nah kita bawak sendiri. Selamat bukan kita sahaja, malah keluarga kita. 
 

Saiz 200ml ni pun boleh dijadikan goodies. Waktu sekarang memang sesuai la bagi hadiah macam ni, berguna sangat tau...hehehe..Dahlan bentuk dia kecil dan comel.
 
Pencuci tangan Plash AFY Haniff ni bagi nad tahan lama juga, sebab setiap kali nak basuh, nad guna satu pam sahaja dah cukup. Sangat jimat sebab satu pam sama dengan 4 kali pam pencuci lain.
 

Produk AFY Haniff dah lama di pasaran, dan merupakan produk 100% Bumiputera. Kalau korang ingat nama produk serai wangi, hah tu la dia. Sekarang dah ada 37 produk daripada serai wangi penghalau serangga (Swipel) semulajadi kepada cecair pencuci pinggan ( 40 days ) , pencuci tangan ( Plash ) dan penyegar rumah ( D'menc ). 
 
Produk AFY Haniff mempunyai ISO, GMP dan HACCP, menggunakan bahan semulajadi, tanpa bahan kimia, lebih selamat untuk digunakan.


Nad sendiri pengguna produk ni, bukan sahaja pencuci tangan malah spray Swipel penghalau serangga yang kini berwajah baru dengan packaging yang lebih menarik.

Jenama AFY Haniff kini dijual di 2000 pasaraya di Malaysia , Brunei, Singapura dan Thailand. produk AFY Haniff ni boleh didapati di Giant, Mydin, Aeon, Aeon Big, Jaya Groser, tesco, KK Mart. Untuk pembelian secara online boleh ke https://afyhaniff.yzza.io/4led/
 
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari 
SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Wow good to see that the products have all come with more professional and beautiful packaging. Will check them out. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. part melembabkan tu menarik jugak.. kadang2 ada pencuci buat
    kulit mengelupas..

    ReplyDelete
  3. menarik ni..boleh support bisnes bumiputera kan. sekarnag ni bab kesihatan memang kena dititikberatkan...xleh main2 dah

    ReplyDelete
  4. Menarik ni sambil bunuh bakteria, boleh jaga kulit tangan siap melembutkan tangan lagi. Best ni

    ReplyDelete
  5. Produk Afy Haniff memang best dan berkualiti. Semua produk dia Sis guna hingga ke hari ini. Suka guna Plash.

    ReplyDelete
  6. suka handwash yang foam, rasa lebih bersih. 1st time tau brand afy haniff ni

    ReplyDelete
  7. This is an essential item now in every household, thanks for sharing this brand.

    ReplyDelete
  8. Barang wajib ada dalam rutin harian. Sisyat guna serai wangi yang packaging lama tu. Best bau nye 😊

    ReplyDelete
  9. Tak tahu pulak Afy Haniff ni ada banyak produk lain termasuk pencuci tangan. Dok tahu penyembur serai wangi tu je. Memang perlu lah sabun yang membasmi 99.9% kuman berbahaya macam ni kan lagi pulak sekarang ni virus di mana-mana.

    ReplyDelete
  10. Wah. Saya sgt suka produk yg all natural ni. Zaman skrg, kita asyik pakai sanitizer alkohol, lama2 kulit pun jadi kering dan mengelupas. At least produk ni boleh membantu.

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni dah jadi satu rutin kan, nak mencuci tangan aje, tapi kena pastikan pencuci yang betul membasmi kuman macam Plash ni.. takut nanti kalau tak kena bahannya, jadi kering dan mengelupas plak kan.. Sis pun nak try Plash ni..

    ReplyDelete
  12. I am new to Plash product. It seems so nice to use. I like to use foam cleanser like hand wash and body wash because it feels cleaner that way

    ReplyDelete
  13. Saya penggun produk AfyHaniff juga tapi yg Plash ni tak try lagi. Nanti nak beli la sebab sy mmg yakin dgn kualiti produk AfyHaniff ni 🤗

    ReplyDelete
  14. Afy Haniff ni keluaran Malaysia ya? Kena support local produk nih. Nanti kita cari.

    ReplyDelete
  15. i've been looking for a good hand wash and this brands seems to work amazing. thanks for sharing this!

    ReplyDelete
  16. Produk afy haniff ni ai biasa pakai serai wangi je.

    ReplyDelete
  17. To be honest, I always prefer foam stuff! Cause kalau kat outside no water or no time, foam is much more cepat for me!

    ReplyDelete
  18. Sejak pkp ni mmg wajib guna utk cuci tangan, baguslah ada produk Pencuci Tangan Plash Afy Haniff

    ReplyDelete
  19. Wah brand baru ye. Nak cuba juga la kalau ada jumpa nnt. Sejak covid ni mmg diajar pakai handwash ni.

    ReplyDelete
  20. best lah hand wash jenis foam gini. huda nak cuba lah

    ReplyDelete
  21. banyak jugak produk keluaran afy haniff ni ye..yang sabun pencuci tangan belum try lagi..bolehlah beli sebab dia ada ekstrak lidah buaya yang membantu mengekalkan kelembapan kulit

    ReplyDelete
  22. Bagus ada produk bumiputra macam nie. Kak Sue belum cuba lagi, nampak menarik sangat Nad..

    ReplyDelete
  23. Produk cmni wajib kena ada kat setiap rumah skrg kan... Mudahkan kerja nak bersih2kan apa yg patut

    ReplyDelete
  24. Kak blm try lg Pencuci Tangan Plash AFY Haniff ni, time PKP memang penting jaga kesihatan dan kebersihan

    ReplyDelete
  25. boleh cuba la lepas ni.. nmpk cm menarik n bagus produk ni..

    ReplyDelete
  26. senang je foam nie.. picit je keluar buih terus..

    ReplyDelete
  27. Cx suka gila plash afy haniff. Family cx pon suka. Dia wangi gila. Kalau makan sambal belacn, pakai sabun lain mmg tak hilang bau. Tapi kalau plash, pergh! Clean and clear . Hapus jejak terus bau belacan

    ReplyDelete
  28. Blm pernah try lagi tp jenama ni mmg tahu..nt klu ke pasaraya blh la cari

    ReplyDelete
  29. Ni wajib kena ada, by washing our hands in the right way and often can prevent sickness.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2