hai assalammualaikum
 
Pakej Menabung Emas Kedai Emas Hajjah Halijah - Siapa tak suka dengan rantai, gelang, cincin emas ni uii!!, bila nampak boleh rambang mata tau!!.  Sejak akhir-akhir ni, nad nampak ramai kawan-kawan beli emas, ada yang kecil, ada besar, fuh!! nad tengok sendiri pun merelip mata ni ha. Nak beli emas ni, kalau ada duit, dan rasa nak beli, beli je. Memang tak rugi beli emas ni, boleh sampai ke anak cucu boleh guna. Harga emas pulak makin lama makin tinggi.

 
Emas ni sekurang-kurangnya kita kena ada tau, sebab emas ni bukan sahaja untuk dipakai nampak cantik, boleh disimpan dan boleh jadi pelaburan jangka masa panjang. Teringat, posting dekat media sosial, lepas PKPP akibat covid, ramai berpusu ke kedai emas. Bila waktu kecemasan ni, emas boleh ditukar menjadi wang. Sebab tu emas ni penting. 
 
Pakej Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah

 
Pentingnya simpan emas
 
1) Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.
.
2) Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.
.
3) Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).
.
4) Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
.
5) Aset yang mudah utk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
 
Sekarang, emas yang nad ada pun pemberian dari mak dan suami masa kawin, tipula taknak tambah lagi kan..hehee. Sekarang ada dua orang anak perempuan, untuk yang sulung dah ada rantai, nak cari pulak untuk si adik. Memang setiap orang kena ada emas ni.

Kedai Emas Hajjah Halijah


Kedai Emas Hajjah Halijah

Nampak kawan nad ni beli dekat satu kedai, nama kedai tu Kedai Emas Hajjah Halijah, dia siap beli online lagi. Fuh!!, kalau bab emas, memang takut gila kalau bab online ni, tapi kawan nad ni dah beli beberapa emas dekat kedai tu, dan dah dapat pun. Bila kawan dah beli dan dah dapat dengan selamat, kita percaya la juga. Tu terus terjah facebook Kedai Emas Hajjah Halijah ni, mana tau ada yang berkenan, nak belikan untuk anak-anak dan tambah untuk diri sendiri..hehee.  
 
Barang emas yang dibeli secara online di Kedai Emas Hajah Halijah

 
Hah ni barang kawan yang dah sampai, dia beli secara online!!
 
Kedai Emas Hajjah Halijah ni ada tiga cawangan, dekat Perlis, Kangar dan Sungai Petani. Mana yang dekat tu boleh terjah terus ke kedai. Mana yang tak dapat pergi, kita tengok online je, pun boleh!!

Cantik sungguh ye!!

Tunjuk dekat suami yang ni pun ok..hehee

Jenis ada buah macam ni pun cantik

Ni lipan orang panggil

Rantai menggoda sungguh

Cincin pun ada


Banyak juga emas yang ada dengan pelbagai bentuk ni. Sejak kawan-kawan cerita bab emas ni, nad baru tau, ada nama rupanya setiap emas ni. Ada biskut tawar la, ada lipan, ada biji anggur, topi..hahaha. Macam-macam nama je. Nama ni ikut bentuk rupa emas tu sendiri.
 
Untuk anak-anak perempuan,lawa la kalau diaorang pakai

Lagi jenis ada buah

 
Macam mak nad dulu beli untuk anak-anak dia mesti ada jenis buah tu. Biasalah kalau anak-anak pakai nampak cantik.

Live di Facebook Kedai Hajjah Halijah

Harga emas ni kejap naik, kejap turun, kene ambil tau selalu. Macam Kedai Emas Hajjah Halijah, boleh dikatakan nad tengok kerap diaorang buat live di Facebook page mereka. Rekaan emas pulak design yang terkini, up-to date. Jadi ada je rekaan terbaru dekat kedai ni.
 
Ada juga rekaan emas yang bukan sepenuhnya emas. Emas macam ni untuk penggemar masdora. Korang pernah dengar Enamel. Hah!! enamel ni sejenis cat berwarna yang diletak pada emas. Ada sesetengah orang tidak sukakan warna emas sepenuhnya, jadi tujuan enamel ni untuk menambah seri dalam set masdora. Enamel tidak mempengaruhi ketulenan emas 916. Ia masih kekal sebagai emas 916.  Jika sebelum ini kita cuma dikenalkan dengan warna putih iaitu chrome, tapi sekarang lebih meriah dengan cat bewarna-warni. Konsep yang sama cuma warna lebih menarik mengikut edaran trend terkini.

Pakej Menabung Emas Kedai Hajjah Halijah

Nad dapat tau lagi daripada kawan yang beli emas dekat Kedai Emas Hajjah Halijah, kedai ni ada buat pakej menabung. Pakej menabung ni macam korang simpan duit kemudian dah cukup tu boleh tebus barang kemas yang korang nak. 

Terma dan Syarat Menabung

1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru.
 
2. Tempoh menabung hanyalah selama 6 bulan sahaja.

3. Pilihan pakej yang disediakan adalah:
❤️ Pakej Gold : RM200/bulan
❤️ Pakej Diamond : RM500/bulan
❤️ Pakej Platinum : RM1000/bulan

4. Layak mendapat diskaun pemotongan harga sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung.

5. Barang yang hendak ditebus, tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan.

6. Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa.

7. Barang “hanya boleh ditebus” setelah tamat tempoh pakej menabung.

8. Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automatik harga akan dikira seperti biasa.

9. Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

10. Cik/Puan/Tuan dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu pakej.

11. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd.

Bagus kan ada pakej menabung macam ni. Dapatla emas yang diidamkan tu. Pilihan jimat lg menjimatkan. Beli emas dengan bayar bulanan kan mudah tu!!. Tak perlu sedebuk duit nk beli aset emas kan.. Menabung kan pilihan jimat. Takdela asyik terguna je duit nak beli emas tu. Selamat pakej menabung macam ni.
 
Pelanggan yang datang dan membeli

Layanan mesra dari staff

Ramai puas hati beli emas di Kedai Hajjah Halijah

 
Hah!!, nak beli Emas, Ingat Emas,  Ingat Kedai Emas Hajjah Halijah ok!!

Untuk info lanjut berkenaan Pakej Menabung, atau nak usha emas tu boleh layari
SHARE 33 comments

Add your comment

  1. Design emas dia menarik. Siap ada program menabung emas pulak tu. Macm best je

    ReplyDelete
  2. wehhh.. bila ada pakej menabung mcm nie barulah senang nk beli emas..

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada pakej menabung yang berlainan kan iaitu dengan menggunakan emas. Memang adalah pelaburang yang baik.

    ReplyDelete
  4. Rase berminat nak belajar cara kenalpasti harga turun naik emas..

    ReplyDelete
  5. Ramai dah yang beralih minat pada emas zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. Wah menarik nie Nad, boleh lah Kak Sue bagi tau Abang Man nanti nie..

    ReplyDelete
  7. Rambang mata betul tengok koleksi emas dia. Memang okay sangat bila ada servis untuk pembelian emas dengan pakej menabung ni. Dapatlah merasa pakai emas yang diidam-idamkan

    ReplyDelete
  8. lama sis tak beli emas..kalau ada tabung emas macam ni rasanya lagi senang..sebab nak simpan menabung sendiri memang lemau

    ReplyDelete
  9. pakej menarik ni..bagus utk simpanan masa hadapan. yelah emas kalau makin lama makin mahal kan..heheh..cantik la gelang tu

    ReplyDelete
  10. Good post and information. What you said is true. We must invest on gold. Looks like I must remind myself too. I NIe kureng sikit dgn I'm as. Hehehe.

    ReplyDelete
  11. Menarik juga pakej dari toko emas ni. Dia punya tagline meriah, sis suka! Setuju sgt dgn pelaburan emas. Tp dulu sis kerugian 6k sb skim emas. Nyesal ye. Hmmm.

    ReplyDelete
  12. Siap ada pakej ye. Nie kalau adik Rawlins tau nie mesti diorang berminat betul nie. Bahaya! Bahaya! Hahaha

    ReplyDelete
  13. Bagus btul ada pakej macam tu. Leh bayar ansur2 dlu.. Lawa2 plak emas dia tu

    ReplyDelete
  14. Aduii dah la sejenis tak boleh tengok emas. German he tengok gambar Yang and share. Meaning camni menarik gak Kan, force untuk menyimpan

    ReplyDelete
  15. Ayiooo barang kemasnya ni kalau mak kita tengok memang habis lah gaji bulan ni nak minta terurama yang besar tu hehehe kita mampu labur untuk masa depan bagus jugakan ada emas macam ni...

    ReplyDelete
  16. Menarik pakej2 yg ada tu..zaza ni kurang minat dgn emas tp manalah tahu akan dtg tertarik hehe..boleh la cuba jugak..

    ReplyDelete
  17. Wah menariknya pakej emas yang ditawarkan.. Semua nampak cantik..

    ReplyDelete
  18. Tengom koleksi design dia memang sangat cantik.. design terkini.. memang tengah cari gak ni gelang bangle.. nnati boleh belek betul-betullah, lagipun harga di tawarkan pun boleh tahan murah..

    ReplyDelete
  19. im sure many will buy if they have extra money... buying gold for future investment is good

    ReplyDelete
  20. Bagus lah ada kempen menabung ni.. if nak buat sendiri selalunya tak jadi kan.. cantiknya design2 yang sis share ni.. i tengok pun fall in love apatah lagi kalau i share ni kat my parent..

    ReplyDelete
  21. seems like today many people are choosing gold as a form of investment. will definitely look into this option too. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  22. cantik-cantik designnye bolehlah beli juga nanti sekarang memang minat beli emas untuk pelaburan

    ReplyDelete
  23. wow! hebat hajjah halijah sekarang (thumbs up)

    ReplyDelete
  24. Thanks for the info, bagus cara macam ni boleh menabung and last dapat emas juga.

    ReplyDelete
  25. Bagus boleh menabung sebelum membeli..tak lah rasa teebeban kan.

    ReplyDelete
  26. Saya pernah dgr juga program menabung emas ni tapi dari company lain. So far belum pernah cuba. Mungkin saya boleh cuba dgn Kedai Emas Hajjah Halijah ni.

    ReplyDelete
  27. Uisss boleh rambang mata kalau macam ni..

    ReplyDelete
  28. Mudah lah boleh menabung terus dengan kedai emas. Biasa main kutu ni lg mahal ikutkan kiraan upah lagi. Tpi tu je mampu nak dpat. Hehe

    ReplyDelete
  29. sebenarnya bagus buat simpanan emas..kita pelbagaikan jenis simpanan yang ada...esp utk kegunaan kecemasan

    ReplyDelete
  30. Wahhh ada pakej tabung emas. Pelaburan yang sangat baik ni utk masa depan

    ReplyDelete
  31. Bagus juga plan and pakej macam ni, boleh menabung setiap bulan and last last dapat emas yang kita idamkan.

    ReplyDelete
  32. betul nad , akak pun sekarang memang kumpul bajet nak simpan emas sebagai aset pelaburan yang mudah cair ...dan yang bagusnya KEHH ada pakej tabungan dan boleb dipercayai

    ReplyDelete
  33. Lawa²lah design dia, geram tengok!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2