hai assalammualaikum
Masak Lobster Cheese, Mudah Dibuat Dan Lazat - Pertama kali nad makan lobster masa nad review dekat Shell Out di G Village Desa Pandan. Sedap betul lobster ni, isinya pun tebal dan banyak. Puas dapat makan. Lepas tu, terjah website Supreme Frozen , nampak pulak lobster, Boston Lobster , berat antara 600-800g. Nampak besar, jadi kita masuk dalam cart la..hahaha..Oh beli dekat sini dia akan hantar terus sampai rumah ye.
Sabaq na Lobster, kau tunggu sat, nak ambil gambar jap, sebelum masak. Pose sikit ye..ehhehe.. Teringat masa makan dekat Shell Out, ada satu tiram ni dia buh cheese, pastu di grill agaknya..Sedap rasanya. Jadi, nak buat dekat Lobster macam tu..hehee.
Ni cara nad masak Lobster Cheese, mudah dan mestinya lazat you alls..hehehe.
Bahan-bahan
- Lobster
- 1.5 ml susu full cream
- 1/2 butter
- Kuning telur
- Lada hitam sedikit
- Cheese
- Lemon
- Daun parsley
Video nad tunjukkan cara membuatnya
Cara membuatnya
- Rebus Lobster sekejap bagi lobster masak
- Dah masak, lobster akan ebrtukar merah. Potong lobster kepada dua bahagian.
- Keluarkan isi lobster dan letak di mangkuk lain
- Cengkerang lonster jangan dibuat, sebab kita nak guna nanti.
Cara masak sos bersama isi lobster
- Masukkan 1.5 susu full cream dalam kuali. Kemudian masukkan setengah butter ke dalam susu full cream, masak bersama.
- Asingkan siap-siap kuning telur dan putih telur. Ambil kuning telur sahaja dan masukkan dalam bahan masakan. Kacau sehingga masak.
- Kemudian masukkan lada hitam sedikit dan kacau.
- Lepas tu masukkan cheese. Tak kisah cheese apa. Nad guna apa yang ada dekat rumah, nak habiskan cheese,,hehee
- Masukkan lemon dalam bahan masakan, kemudian kacau sekata semua.
- Masukkan isi lobster ke dalam bahan masakan dan kacau
- Dah siap masuk dalam mangkuk.
Cara Masak bersama cengkerang
- Isi Lobster yang dah dicampur dengan sos dimasukkan ke dalam cengkerang semula.
- Tambah cheese, siapa suka cheese lebih letak la banyak, tak suka takyah letak pun takpa.
- Tambah daun parsley
- Baked 200 c. Nak grill pun boleh, ikut mana senang.
Siap, dah boleh dimakan..yummy...selamat mencuba
Sedapnya makan lobster segar!
ReplyDeleteSedapnyer
ReplyDeleteFuyoh lobster and cheese! What a combo. :D
ReplyDeleteTengok tajuk je pun dah boleh buat telan airliur 😆..lobster and cheese, sedap betul!
ReplyDeleteohhh macam tu cara masak lobster cheese rupanya. Thanks share dekat sini nad, boleh try masak jugak nanti hihi
ReplyDeleteWow! Sedapnya nampak nak cuba la tapi klu kak masak pun mgkin tak guna la cheese sbb tak suka keju hihi.
ReplyDeleteMenjejes ayaq liur nengok..sekali dengan mata terjojol hahahaha.. nanti nak trylah buat, sedapnya lahaiii..
ReplyDeleteSenang betul cara masak dia ek. Kalau gini, Rawlins pun boleh try la kelak. Bleh try dengan seafood lain kan?
ReplyDeleteSedapnya tgk..pandai nad masak..nanti blh la cuba2 resepi ni..zaza klu bab masak ni mmg 0 sikit
ReplyDeleteLobster and cheese, memang terbaik dan kesukaan tapi selalunya kalau makanan macam ni mahal kalau beli. Nanti nak try resepi ni. Thanks tau sharing
ReplyDeleteMasa bulan lepas dh buat... Senang juga cara nak buat.. Nampak cam susah... Hehhee
ReplyDeletewa you geng! The Lobster Cheese looks so nice like the ones in restaurant! I nak sikit la can? haha
ReplyDeleteHadoiii sedapnya lobster tu Nad, meleh air liur nih... buat teringat jer makan Lobster dekat Sabah murah.
ReplyDeleteSedapnya makan lobster.. ada dua ekors lagi dalam freezer beli time promotion di Haseyo World aritue.. boleh la masak guna resipi ni.. :)
ReplyDeleteSaya pernah makan lobster sekali je. Tu pun sebab ada member jadi manager kat Red Lobster. Kalau nak bayar sendiri, mmg tak mampu la. Maybe boleh try masak sendiri pulak, murah sikit.
ReplyDeleteLamanya tak makan lobster....resepi nad ni mesti kena cuba sebab nampak senang bahan dia dan caranya ....walaupun nampak simple tapi tetap nampak sedap...ni kalau sos dia buat lebih boleh gorengkan mantou pastu buat cicah....mesti lagi paduuuu ....
ReplyDeleteSedapnyaaaa. Dah lama x makan lobster, masak dengan cheese. Wow sedapnya ☺️☺️
ReplyDeleteAdoiii terliur pula tengok lobster ni....Nak kena cuba ni
ReplyDeleteAduh... Sedapnya lobster! Cara masak pun nampak senang.. boleh cuba nanti
ReplyDeletemasyaAllah.. nad !!!! sedapnya !! mau bertambah nasi kalau cam ni wey.. hahahaha~ bahaya !!
ReplyDeleteSedap dan senang buat dia. Yang tu yang best tu
ReplyDeleteingatkan susah. rupanya senang je nak masak resepi ni. kalau kat restorant memang mahal ni kan..
ReplyDeleteFuh menu orang have-have ni nad.. akak pernah sekali jer pun makan lobster kat Genting. pastu tak pernah dah..hehe.. resepi mudah ni, masak guna udang galah jer aci tak..
ReplyDeleteRajin gak nad masak seafood yang big big. Hehehe
ReplyDeleteteringin nak makan. tak pernah makan or beli. boleh cuba buat ni. sbb kalau kt kedai mahal kan harga dia.
ReplyDeletetraining provider
training provider in malaysia
training company in malaysia
TB tak boleh nak makan lagi Lobster tu sebab tak tau la.. rasa nacan seram tengok besar2 ni.. hahaha.. Tapi hubby TB makan je.. so kalau masak.. kita masak untuk dia dengan anak-anak je
ReplyDelete