hai assalammualaikum
 
Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik - Bila kawan ajak makan kedai asam pedas,
 
" Nad, esok jom pergi makan asam pedas "..
" Dekat mana? "
" Dekat Ukay Perdana "
" Pukul berapa? "
" Pukul 3 petang "
" Ok Onzzz "..
 
 

Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik

Lama tak makan asam pedas. Nak cari yang betul-betul rasa asam pedas tu susah, sampaila kawan ajak restoran Kantin Asam Pedas dekat Ukay Perdana ni. Waze je Kantin Asam Pedas Ukay Perdana nanti dia bawak ke kawasan flat. Korang masuk ikut pintu guard tu, cakap nak pergi Kantin Asam Pedas, nanti guard situ buka kan palang.






Sampai je kedai, masuk je dalam, wow!!, terpegun tengok dekorasi kedai tu. Terus rasa macam dekat kampung, dekat rumah nenek, klasik sangat. Memang mengimbau kenangan. Barang-barang dalam tu pun barang antik, barang lama yang sangat cantik dengan dinding kayu. Betul-betul kau akan rasa macam dekat rumah kampung. 



Kedai siap ada aircond lagi..hehehe. Selalunya kedai asam pedas ni terbuka, hah yang ni tertutup.

Pertama kali nad datang sini, rupanya bukan satu jenis menu asam pedas je, ada pelbagai menu asam pedas ada. Asam pedas ikan pari, tu dah biasa kan, asam pedas ikan merah, hah, lagi, asam pedas ayam, rasa lain sikit ye. Paling unik, asam pedas telur mayong...aummm..sedapp ooo..





Kasi close up sikit gambar, biar korang terliur..hehee..
 
Harga Set untuk Ikan pari, ikan merah jenahak / ikan tenggiri / ikan duri / ikan parang / ikan sembilang dan ikan kembung dalam RM14 hingga RM25.
 

 
Harga untuk set asam pedas ayam RM15. 

Bagusnya, Kak Lin pemilik restoran Kantin Asam Pedas kata dia tak masak sekali ayam dan ikan dalam satu kuali, dia masak asing, sebab tu rasanya lain.



Pertama kali nad makan telur mayong. Dapat rasa masak asam pedas ni. Sedap juga. Telur mayong rupa macam boba ye..hehee. 



Menu yang limited, special punya, Telur mayong ( RM30-50 ) dan kepala ikan merah jenahak duri ( RM 35-50 )



Ada ayam goreng dan ikan goreng yang rangup you alls. Harga untuk ikan bawal goreng set (RM15/25) dan ayam goreng set (RM 15).
 

 
Daging tetel RM13. Daging lembut je, cukup rasa. Memang sedap.
 

 

Menu semua dihidangkan set dengan nasi, ulam-ulaman, telur masin, sambal belacan ikan masin, dan juga air sirap. Air dan ulaman boleh refill. Best kan.
 

 
Dekat sini pun ada cekodok pisang dengan lempeng kelapa. Sedap betul makan cekodok pisang. 





Tengokla kitaorang dah macam dekat kampung,kunjung rumah orang, makan ramai-ramai..hehee..

Harga untuk set takde mahal uii, murah je kan. Boleh la bawak keluarga, kawan-kawan datang sini makan ramai-ramai.




Restoran Kantin Asam Pedas
E-G-14 Residensi Bistari,
Taman Ukay Bistari,
68000 Ampang.

Restoran ni buka pada hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. Kalau tak nak makan di sini pun tak per jugak, boleh order untuk bawak balik jugak tau. Telefon je nanti Kak Lin pemilik krestoran ni akan siapkan. Kak Lin ni baik sangat, suka layan pelanggan dia. Sebab tu restoran dia ramai yang datang. Makanan asam pedas pun semuanya sedap.

Untuk tempahan boleh dibuat di sini : 03-41019876 / 012-6665552 

Untuk lebih lanjut boleh layari
Facebook : Kantin Asam Pedas
SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Wahhh asam pedas memang favv ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya asam pedas telur mayong.
    kepala mayong pun sedap buat asam pedas.

    ReplyDelete
  3. Semuanya merah-merah berapi maknanya sedap gempak dan giler pedas kan. :D Nak! Nak!

    ReplyDelete
  4. cantik betul design kedai makan ni, banyak plak jenis asam pedasnya, menggamit kenangan dekat kampung betul ni nad

    ReplyDelete
  5. asam pedas telur mayong tu mesti sedap kan..teringin nak try

    ReplyDelete
  6. Perghh nad.. serius tgk menu dia tu btul2 menyelerakan..kedai dia pun lawaaa sgt..nt ada rzki nak mai lah

    ReplyDelete
  7. member kak azni baru pi 2 hari lepas. dia kata sedap.

    ReplyDelete
  8. sedap tengok kuah asam pedas dia. pekat. Ros memang suka style masak macam ni:)

    ReplyDelete
  9. Peh mcm2 menu asam pedas ada ya kat sini.. Kita kalau ikan layan ikan pari je terbaikk..

    ReplyDelete
  10. Lepas PKPB nih bolehlah try juga makan asam pedas dekat Kantin Asam Pedas ni nampak menarik terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  11. tak menyesal kan terima pelawaan Sally? haaaa...hehehe...next time kita datang lg k!

    ReplyDelete
  12. Pekat nampak kuah asam pedas tu. Boleh fuba nanti sebab dekat dah ni.

    ReplyDelete
  13. Bestnya asam pedas.. tak payah nk g melaka dah..

    ReplyDelete
  14. sedapnya asam pedas banyak betul mangkuk asam pedas atas meja tu ye haha

    ReplyDelete
  15. aduuuu nampak sedap semuanya! kuah pekat merah, mesti tak henti2 hirup ni..daging tetel tu paling menggoda!

    ReplyDelete
  16. ya ampun menggodanyaaaaa...huhuuuu

    ReplyDelete
  17. tudia... banyaknya jens.. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  18. Saya tak minat asam pedas tapi masakan kat sini semua nampak sedap. Saya pun nak try

    ReplyDelete
  19. Menariknya! Memang disediakan kain batik ya kalau makan kat situ? Teringin nak rasa telur mayong tu, sbb saya memang pantang dgr ada makanan yg pelik2 ni. Mesti nak cuba.

    ReplyDelete
  20. pernah singgah makan sini. memang sedap betul asam pedas telur ikan mayong tu. paling best vibe 60s restoran nie.

    ReplyDelete
  21. Perghhh semua sedapnyaaa... paling suka asam pedas telur tu haa, peberet seisi keluarga Sis.. one day kalau ke sana, mesti nak singgah dan cuba ni...

    ReplyDelete
  22. comel lah nama dia kantin asam pedas. Akak paling suka asam pedas tetel dan daging. Lepas ni singgah KL je la tak perlu nak ke Melaka nun.

    ReplyDelete
  23. Cantiknya tempat makan asam pedas ni.. nearby my place juga ni.. boleh try la nanti since memang suka makan asam pedas :)

    ReplyDelete
  24. Pelbagai masakan ayam pedas ada disini.. Siapa hantu asam pedas wajib try kat sini kan.. Kita suka pari asm pedas je.. Hehe

    ReplyDelete
  25. Nampak menarik ni... wah klu semua pelanggan bertudung kain mcm tu bila masuk mmg happening... tauke kena sediakan kain tu utk pelanggan bergambo gitu.

    ReplyDelete
  26. I love Asam Pedas so much! Would love to try out! I bet my parents and family will love this so much!

    ReplyDelete
  27. telur ikan tuuu arghhhhh lamanya tak makan xD

    ReplyDelete
  28. Ya ampun tgk asam pedas kat sini memang semua nampak sedap dan menarik. Mmg kena cuba sendiri

    ReplyDelete
  29. sedapnya semua menu asam pedas, kuah dia nampak pekat jugak yer ..asam pedas telur mayong peberet ai pun hado ...suasana makan pun nampak klasik sangat ....nanti nak try lah jugak...

    ReplyDelete
  30. Ai suka tema dia dengan asam pedas telur mayong tu. nyummeh sangat nampak.

    ReplyDelete
  31. Wah tempat ni best sangat, love the setting and also the food, asam pedas here i come!

    ReplyDelete
  32. asam pedas is my favorite wooi!!! every week sure will cook at home. so now i can skip cooking and go Kantin eat... nice!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2