hai assalammualaikum
 
Selesai Masalah Rambut Kepala!! Best Betul Pakai Set Penjagaan Rambut Protein Series Lavoo - Seronok sangat tengok rambut sendiri sekarang, makin sihat, rambut dah kurang gugur, tak tergaru-garu kepala, rambut makin lembut dan mudah diuruskan. Setiap hari nak belai rambut pun tak risau, seronok dengan result yang nad dapat. Yeah!!, boleh simpan rambut panjang,  hehee. Nad suka bela rambut panjang, sebab bila rambut panjang ni memang rasa perempuan tercantikla..hahaa. 
 
Sebelum ni memang selalu potong pendek paras bahu je, sebab masalah rambut gugur, kulit kepala gatal, kering, kasar, semua la. Tapi lepas pakai set penjagaan rambut Protein Series Lavoo ni, semua tu dah takda. Banyak-banyak shampoo nad guna, ni la paling best dan betul-betul berkesan. Memang berubah 360 darjah ! Terkejut giler..dapat rasa rambut ni lebih lebat, lembut, halus, bermaya, sihat dan paling pentimg wangi je.. hehehe..So in love betul. Lepas pakai memang takkan tukar lain dah..hehehe.
 
 
Nad guna Set Rambut Gugur Lavoo Protein Treatment Series, ada tiga nad guna.
1. Protein Essence Shampoo 400 ml
2. Protein Complex Serum 60 ml
3. Protein Collagen Hair Spray 120 ml
 

Nad dapatkan produk ni dekat website Lavoo. Sekarang tengah ada offer, beli shampoo dapat empat produk, apa lagi terus grab. Harga shampoo RM97 sahaja, dapat pulak 4 free gift, serum, hair spray, silicone brush comb dan Lavoo travel bag. Bukan tu je, siap sekali free postage. .uu siapa tak nak kan..Terus grab!!
 
Cantik kan botolnya, warna biru lagi, warna kegemaran nad ler..hehee. Set Protein Series ni untuk merawat rambut gugur, kasar, kering, kelemumur, rambut bercabang, bau hapak, kulit kepala gatal dan rosak. Cara nad pakai sama je macam orang cadangkan, shampoo rambut 3 kali seminggu, pakai serum 2 kali sehari, dan spray rambut selepas mandi.

Memamg berbaloi dapatkan set penjagaan rambut Lavoo ni. Rambut dah tak gugur. Takda lagi rambut gugur dekat lantai atau bantal. Memang kurang dah nampak helaian rambut di mana-mana ya. Kalau tak sebelum ni merata helaian rambut ni ada, mana kau pergi situ la akan tergugur satu dua helai rambut. Bila sapu lantai, mak oii!! segumpal kau rambut tu terkumpul, udah rupa macam sarang apa..hahaa. Suami nampak dah dikatanya tikus..sedih!!

Rambut pun dah makin terurus, bak kata orang guna jari pun boleh (mohon jangan menyampah)..haha. Nad nampak kesan perubahan ni, selepas 2 minggu nad pakai set Protein Series Lavoo ni.

Suka dengan Shampoo Protein Essence Lavoo ni, dahla wangi bau dia. Shampoo ni dapat membantu mengurangkan kerosakan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut. 

Bestnya shampoo ni moisture balance SLS dan Paraben free. Shampoo ni juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi tak perlu was-was untuk menggunakannya.

Bahan yang terkandung dalam shampoo ni ialah, minyak argan, Avocado Oil, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Bambusa Vulgaris Oil, Argania Spinosa Oil, Castor Oil yang menyuburkan rambut dengan lembut, dan membantu mengembalikan daya hidup dan kekuatan rambut yang rosak. Protein ini mengandungi pelembab dari akar ke ujung, membantu mengurangkan kerosakan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut.

Bahan aktif dalam shampoo Protein Essence 

Avocado Oil - Memberikan kelembapan rambut dari dalam batang helaian rambut

Nelumbo Nucifera Flower Extract - Bau bunga merah yang sangat segar dan tahan lama walaupun seharian memakai tudung

Bambusa Vulgaris Oil - Merawat masalah kulit kepala kering dan berjerawat halus

Argania Spinosa Oil - Mengelakkan rambut keriting dan bercabang, melembutkan rambut dan memberikan kesan sinar dan rambut selembut sutera bila dibelai

Castor Oil - Menguatkan akar rambut yang baru tumbuh dan tidak bercabang di hujung rambut

Nad pakai 3 kali seminggu. Pakai shampoo ni rambut rasa segar je. Takda dah gatal-gatal dekat kepala. Kalau tak sikit-sikit garu kepala ni. Sedangkan dah pakai shampoo anti kelemumur, tapi tetap gatal. Tapi lepas pakai shampoo Protein Essence ni, masalah gatal dekat kepala hilang. Rambut pun makin lama makin lembut, makin sihat dan nampak lebih lebat. Bau wangi tu tahan lama tau. Sedap betul bau dekat rambut.

Masa gosok rambut tu, nad pakai silicone brush comb ni. Percuma dia bagi. Best gosok dengan benda ni. Brush combni pun lembut je, bila gosok kat kepala tak sakit dan rasa bersih je.


Lepas tu nad pakai Lavoo Protein Complex Hair Serum. Ya!!, rambut pun kena ada serum bukan muka je dik non!! Serum rambut ni untuk galakkan pembaikan rambut. Gabungan bahan semula jadi minyak argan, minyak zaitun dan minyak biji castor memberikan protein kepada rambut dan menguatkan kemuluran rambut. Mengubah penampilan rambut kering dan rosak menjadi berkilat dan licin
 

Lepas dah keringkan rambut, picit 2-3 pam serum Protein Complex ni dan gosokkan tangan kemudian sapu dekat rambut. Sapu dari atas kepala sampai hujung rambut. Serum ni pun wangi, suka sangat. Bestnya pakai ni tak berminyak pun. Memang nad perasan sejak pakai serum ni rambut selalu lembap dan takda bercabang dah. Rambut nampak bersinar dan bermaya ye,suka gila!!..


Akhir sekali nad pakai Lavoo Protein Collagen Hair Spray. Spray je dekat rambut kita ni. Kemudian sikat rambut supaya dapat sampai ke semua rambut dengan cepat. Hair spray Protein collagen ni mengawal dan memperbaiki rambut kering dan kerinting. 
 
Ia juga dapat menjaga rambut kekal lembap, lembut dan bersinar. Hair spray ni watersed, dan tidak melekit. Rambut jadi halus je bila spray Protein collagen ni. Takda kering dan kasar dah..eheheh. Oh, boleh digunakan pada rambut basah atau rambut kering. Bau spray ni pun wangi.
 
Bab sikat rambut, memang sebelum ni, nad jarang sikat sebab takut tengok rambut dekat sikat. Bukan tu je, kadang sikat, tersekat pulak dekat rambut, ya ampun!!. Memang teruk sangat. Tapi lepas pakai set penjagaan rambut Lavoo semua dah berkurangan, suka sikat hari-hari, rambut pun dah tak nampak sangat melekat dekat sikat. Yeahh!!!, memang suka gila!!


Pakai tudung pun takda masalah, takda bau kepam, hapak semua. Rambut sentiasa wangi je. Kalau tak, pakai tudung pun tergaru-garu, buka je, aduhh!!, bau dia, dengan rambut tak terurusnya. Nasibla jumpa shampoo Lavoo ni. Penjagaan rambut nad tetap ambik perhatian, sebab bila rambut sihat, takda masalah rambut kepala, pakai tudung pun tak jejas rambut kita, betul tak!! Seharian pakai tudung pun, takda masalah.

Kenapalah tak jumpa set penjagaan rambut Lavoo ni dulu, kalau tak dah lama rambut nad cantik..hehee. Sebelum ni takut-takut nak belai rambut, sebab setiap kali belai, setiap kali tu la di gugur. Tapi sekarang setiap hari nak belai rambut..ehhee. 
 
Masalah rambut nad ni semua ada, dari gugur, kelemumur, kering, kasar, bercabang. Jadi, ingat bila guna anti kelemumur hilangla yang lain, sebab dalam fikiran, kelemumur la punca, tapi tak. Pakai shampoo anti kelemumur, rambut gugur teruk, lagi bertambah kering rambut. Takkan nak beli satu-satu shampoo kan. Tapi shampoo Lavoo ni, memang sesuai untuk semua masalah yang nad hadapi. Senang, satu botol boleh untuk semua, jimat dah kan. Botol pun tahan lama. Nad nampak kesan perubahan ni selepas 2 minggu nad pakai set protein series treatment ni. 

Tak kirala perempuan bertudung atau tak, masalah rambut tetap ada. Lelaki pun ada masalah rambut. Jadi korang yang ada masalah rambut gugur, rambut semakin nipis, kelemumur, berkerak ketul halus, rambut hujung bercabang, rambut busuk berbau kepam, rambut lambat panjang atau kulit kepala gatal tak selesa, bolehla cuba pakai set penjagaan rambut Lavoo ni. Memang best!!


Sekarang tengah ada offer, baik grab. Dengan pembelian shampoo RM97 free postage korang akan dapat :

1. Protein Essence Shampoo 400 ml
2. Protein Complex Serum 60 ml bernilai RM35 (Percuma)
3. Protein Collagen Hair Spray 120 ml bernilai RM35 (Percuma)
4. Silicone Brush Comb bernilai RM15 (Percuma)
5. Lavoo Travel Bag bernilai RM8 (Percuma)

Offer ni sehingga 31/5/2021 sahaja..uishh cepat grab..Nad dah grab.
 
Untuk membeli atau nak tau lebih lanjut boleh layari :
Facebook : Lavoo Protein Treatment Series (https://www.facebook.com/lavoobeauty)
Instagram : @lavoobeauty (https://www.instagram.com/lavoobeauty/)
Websites & Pembelian : www.lavoobeauty.com
SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Good sharing sis, saya pun tengah survey2 jenama shampoo yang bagus untuk masalah keguguran rambut nih..boleh usha nanti, tq.

    ReplyDelete
  2. Wah.........nampak seronok sahaja pakai ini shampoo. Packaging dia pun cantik sgt. Nanti boley lah try juga. Btw, product ini dari negara mana ya?

    ReplyDelete
  3. Murah juga harga shampoo ni kalau nak dibandingkan dengan yang lain.

    ReplyDelete
  4. Kalau betul nie Nad, Fiza pun nak cuba jugak.. dah mcm2 produk pakai pun rambut still gugur.. risau la botak nnt

    ReplyDelete
  5. Banyak free giftnya. Nanti boleh cuba brand ni sebab mmg ada masalah rambut gugur gak ni.

    ReplyDelete
  6. Wow macam ni sesuai lar untuk mereka yang gugur rambut banyak kan?

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada harga promo satu set tu..nanti blh usha tgk..dulu2 zaza pun rmbut gugur teruk..skg ok dh

    ReplyDelete
  8. menarik gak ni. haritu rambut selalu gugur. habis shampoo yang sekarang bolrh try lavoo

    ReplyDelete
  9. Memang happy bila sikat rambut gugur makin berkurang dan rambut jd lebih sihag kan

    ReplyDelete
  10. Wahhh..ada serum bagai 🤩 saya selalu pakai shampoo biasa je. Ada rezeki boleh la cuba set ni

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaa dapat byk free gifts!😍

    ReplyDelete
  12. Wah menarik ni, boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  13. Nak try ni juga! My hair also dropping sampai tak boleh tahan! Hope this will help :)

    ReplyDelete
  14. Rambut TB pun kuat gugur gak sekarangg.. Nak try la syampu ni..

    ReplyDelete
  15. Dulu lepas operation kan rambut gugur teruk. Mujur la sekarang dah tak lagi. Tapi boleh masuk list tuk cuba ni. Sebab dia bukan berfungsi sebab rambut gugur semata mata kan..

    ReplyDelete
  16. Menarik nya baru tahu ttg shampoo ni.. unikla packaging dia suka tgk

    ReplyDelete
  17. First time dgr jenama ni. Ok juga tu harga rm97 dapat sekali dgn serum, spray n brush. Saya pun kadang2 ada masalah rambut gugur dan kulit kepala kering.

    ReplyDelete
  18. This looks like such a great hair product. Can’t wait to buy and try it myself!

    ReplyDelete
  19. 2018..rambut zaza gugur teruk..bgn tdr tgk bantal bsepah rambut..sikat atau mandi sambil gosok rambut..mmg byk gila tcabut..tkot jgk ms tu..skg dh ok..so lain kali kalau ada masalah rmbut gugur blh la zaza cuba brand ni pulak..pakai set mcm ni senang nak jaga rambut

    ReplyDelete
  20. Baru tahu rambut pun kena guna serum dan collagen macam skincare routine juga kan.. First time tengok brand ni.. menarik baca info2 about this.. (Y) thanks for sharing.. nak my hair lebih sihat juga..

    ReplyDelete
  21. Menariknya syampoo ni. Airah memang tengah cari syampu baru nak try sebab yang sekarang buat rambut gugur

    ReplyDelete
  22. Wah macam ok, i pun nak cari sebab i have hair fall problem juga.

    ReplyDelete
  23. Rambut nina pun asyik gugur je. Ni tengah cari solution lah ni. Tengok syampoo ni macam menarik. Thanks sharing

    ReplyDelete
  24. Banyak buih tak Nad? Sis satu perangai, kalau syampo nak buih banyak hahaha.. tapi berbaloi laaa harga rm97, dapat sampai 4 gift..boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  25. Super affordable price, those who are having hair loss issue should give it a try.

    ReplyDelete
  26. wow.. only 97 and it is s worth to get this whole set.. i wanna try as i got the same problem too...

    ReplyDelete
  27. Saya baru beli masih harga promo lagi, tak sabarnya nak cuba, gift offer sekali 4 tu yang saya sukaaaaa

    ReplyDelete
  28. Boleh bawak solat tak ?

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2