hai assalammualaikum
 
Jana Pendapatan Menjual Kurma Al Hannan, Kurma Premium Dari Arab Saudi - Boleh dikatakan, kurma ni orang ambil bukan bulan puasa je, hari-hari biasa pun orang makan kurma ni. Banyak manfaat kurma kalau kita makan secara harian. Macam nad sendiri, nad amalkan makan kurma setiap hari dengan makan macam tu sahaja atau campur dalam air susu atau oat. Nad ajar anak-anak makan kurma juga sebab kurma ni banyak nutrisi, khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan. Terfikir juga kalau jual kurma ni, mesti permintaan tinggi, boleh jana pendapatan.
 


Kurma Al Hannan, Kurma Premium Dan Berkualiti

 
Kurma ni kan makanan sunnah, elok kita amalkan. Banyak jenis kurma ada, kali ni nad cuba makan tiga kurma Al Hannan, kurma premium dari Arab Saudi yang nad dapatkan secara online


Kurma Ajwa, Kurma Safawi dan Kurma Mariami. Tengok packaging dia lawa kan. Macam paket coklat pulak..hehee.
 

Macam-macam kurma ada dekat Al Hannan ni, antaranya  Kurma Ajwa , Kurma Safawi, Kurma Mariami, Rutob, Tangkai dan Medjoul. Mungkin ada antara korang pernah makan kurma ni.
 
Al Hannan ni kalau korang nak tau, adalah jenama terkenal dalam dunia buah kurma yang mewah dan semula jadi sebagai pemborong kurma, pembekal kurma Arab Saudi di Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura.
 



Kurma yang dijual semua PREMIUM dan kualiti terbaik yang mematuhi piawaian tertinggi spesifikasi tempatan dan antarabangsa.


Tengok pembungkusan dia, menarik sangat kan. Rasanya pulak macam mana? Sedap!! Ya, memang sedap dan bukan macam kurma biasa nad beli tu. Anak-anak pun suka, asyik nak je, diaorang kata "shedap". Budak-budak tak tipu kan..hehee.




Jana Pendapatan Menjual Kurma Al Hannan

Dalam hati," rasa dah sedap, mesti boleh jual ni". Lagipun kurma ni semua orang boleh makan.

Suami nad pun sekarang jual macam-macam makanan secara online. Boleh tambah kurma ni dalam produk jualan.

Mungkin ada antara kawan-kawan nad ni yang ada impian bercita-cita nak berniaga tapi tak tau nak berniaga apa? Atau mungkin nak ada produk jenama sendiri, tapi tak tau nak buat produk apa?

Kurma la jawapannya. 
 
Sebab apa? Kurma ni memang orang akan cari dan makan.
 
Selalu kita dah nampak produk skincare, tudung dan yang biasa-biasa dah. Berlambak dah, tapi kurma ni, jarang kan orang buat jenama sendiri.
 
Lagi dengan waktu sekarang, memang ramai terkesan, ada yang dibuang kerja, dipotong gaji, dan yang nak tambah pendapatan tu boleh cuba jana pendapatan dengan menjual kurma Al-Hannan ni.


Nad ada baca dalam website Al Hannan ni, diaorang beri peluang kepada sesiapa sahaja yang tambah pendapatan, yang jadi stokis, agen mahupun nak buat jenama sendiri. 
 


Tahun 2020 rakan niaga Al Hannan membuat jualan sehingga ratusan ribu bersama Al Hannan Marketing. Pendapatan sehingga 4 angka sebulan. Korang pun boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya samada menjadi ejen atau stokis.

1. Jualan Retail 
Mungkin korang nak mencuba menjual atau berjinak dalam perniagaan. Korang boleh ambil sikit-sikit dahulu dan jual dengan orang terdekat. 
 

 
2. Jualan Borong Carton 
Kalau dah dikenali, dah rasa boleh jual banyak, korang boleh beli borong. Mana yang ada kedai, nak tambah stok barang, boleh beli borong kurma ni letak dekat kedai. Harga borong mesti lagi murah kan.
 
 
3. Rakan niaga Al Hannan ( ejen / stokis)
Untuk ejen dan stokis, ada dua pakej:
Ejen - MOQ 20 pouch /unit /carton
Stokis - MOQ 100pouch /5 carton

keuntungan
Ejen - 25%
Stokis - 30%

4. OEM - Kurma Jenama Sendiri
Mesti ramai yang teringin nak ada produk dan jenama sendiri kan. Lagi produk yang sangat bagus dan ramai orang makan. Korang yang memang ada niat, dah cukup modal semua, hah boleh grab peluang ni. Boleh buat dengan rekabentuk sendiri atau pihak Al Hannan yang designkan secara percuma.
 

Kelebihan OEM bersama Al Hannan :
- Kilang pembungkusan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM dan MeSTI. 
- Barcode untuk setiap jenis kurma yang ditawarkan.
- Mempunyai maklumat Nutrisi untuk setiap kurma
- Kurma dipek dan zip lock pouch yang mampu mengekalkan kesegaran kurma
- Reka bentuk label yang menarik diberikan secara percuma.

Banyak sangat peluang sekarang, korang tinggal grab je. Lagi kurma Al Hannan ni dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra dan mempunyai pengalaman luas, telah bekerja dengan syarikat perdagangan di Yaman, Iran, Mesir, Tunisia, Arab Saudi, Palestin dan Malaysia.

Berminat nak jana pendapatan menjual kurma premium Al Hannan, boleh layari
Telefon : +6016 873 4032
Email : sales.alhannan@gmail.com
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Kak Nina suka mariyami dan ajwa! Lagi best sebab harga borong murah.

    ReplyDelete
  2. Kurma premium jenama Al Hannan ni memang sedap. Puas hati dengan kualiti dan rasa.

    ReplyDelete
  3. The dates look good for sure. Would love try them. :D

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2