hai assalammualaikum
Mula Persekolahan, Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah ( PDPR ) Tahun 2021 - Baru dapat tulis kisah persekolahan anak 2021..Sibuk sangat mommy ni uii..Ni baru dapat relaks sikit..hehee. 20 Januari bermula sesi persekolahan untuk semua. Tapi, sayangnya, untuk tahun ini, semua anak-anak perlu belajar di rumah, PDPR katanya. Disebabkan kes covid meningkat ke 4 ribu, makanya, semua Negeri dikenakan PKP.
Bila dah PKP hanya tertentu sahaja boleh dilakukan. Takda benda nak buat, duduk rumah elakkan dari covid ni. Sedih sangat bila tengok anak kena belajar dekat rumah, tak jumpa cikgu, tak jumpa kawan.
Tapi takpe, walau belajar dekat rumah, kena semangat. 20 Januari haritu mula persekolahan, kejutkan Fariza, bangun, siap pakai baju sekolah..ehhee. Bagi dia feel sikit. Pagi tu cikgu bagi video je. Pertama hari, cikgu suruh buat hari suaikenal.
Fariza tahun ni 6 tahun dan tahun ni la dia last sekolah di Tabika sebelum masuk darjah 1. Tak tau la nak cakap macam mana. Kesian pun ada sebab tak dapat bersosial dengan kawan-kawan. Perasan tu lain ye bila belajar dekat rumah dengan sekolah. Kadang marah dengan menteri semua, kenapa dibiarkan perkara ni masa penyakit ni mula merebak di China. Kenapa tak buat tindakan awal. Tapi siapalah kita..ermmm.
Permulaan pengajaran dan pembelajaran di rumah, cikgu bagi pembelajaran melalui video dahulu. Mula-mula macam baisa kena tulis nama dan perkenalkan diri sendiri.
Alhamdulillah, setakat ni, dia belajar dan buat kerja yang cikgu suruh tanpa merungut ye. Dia akan pastikan kerja dia siap, kalau tak nanti dia cakap " cikgu marah nanti "..hehehe.
Tadi, ibu bapa kene ambik buku aktiviti anak dekat sekolah memalui drive thru. Tak tau rupa drive thru macam mana, sebab yang pergi daddy dia. Dapatla kerja sekolah yang cikgu dah sediakn.
Esok baru dia nak bergoogle meet dengan cikgu dan kawan-kawan lain. Mommy kene siap sedia, laptop dan lampu ya bagi muka dia terang benderang, cikgu dan kawan-kawan lain nak tengok.
Ha :D Selamat belajar untuk si kecil anda. :)
ReplyDelete