hai assalammualaikum
Nasi Briyani Di Awal tahun 2021 - Dah masuk 4 hari tahun baru, sekejapnya lahai. Tak terasa pun sebab duduk rumah sepanjang hari. Jadi bila jarang keluar tu kita macam biasa masak-masak la dekat rumah kan. Sempena tahun baru, jadi kita masak sedap sikit la. Selalu makan ansi putih je, hah, haritu kita buat Nasi Briyani ler. Bukan reti mana pun, jadinya kita buat cara mudah, guna perencah Nasi briyani Maggi..hehee.
Kalau tak reti masak, nak suami puji, "uiitt sedapnya sayang masak "..hah gunala perencah Nasi Briyani Maggi ni, sbeab suami kita puji sedap ye Nasi Briyani ni..hahahaha..Anak-anak pun duk menambah je makan. Kita masak cara malas pun dah jadi sedap..hehehe.
Ok ni perencah Nasi Briyani Maggi tu. Ada je jual dekat mana-mana pasaraya. Lupa pulak harga berapa.
Cara nad masak
- Hiris bawang merah 2 biji dan masak. Dah bau wangi, boleh masukkan perencah Nasi Goreng Briyani ni. Masak sehingga naik bau. Sebenarnya nak lagi pro dan sedap, masukkan bunga lawang, kayu manis, dan bahan lain, tapi nad tengok dekat paket tu, buh bawang merah je, so kita masak tu je..hehee.
- Ok dah masak, kita masukkan dalam beras yang dah dibasuh.
- Tuang air ikut sukatan selalu korang masak nasi. Kacau bagi rempah yang dimasak tadi sekata.
- Masukkan dalam periuk nasi dan biarkan masak.
- Lepas tu masak ayam sambal pulak. Cara masak ayam sambal, nad dah kongsi. Boleh baca di Resepi Ayam Sambal
- Selalu Nasi Briyani makan dengan sayur timun tu, tapi takde, jadi buatla sayur cendawan lobak tumis..hehee.
Macam tu..senang masak dengan Nasi Briyani Maggi ni. Suami cakap, " sayang beli mana Nasi Briyani ni, sedap "..hahahaa.
Hehehe saya kadang kala pun guna pes nasi beriyani ni. :D
ReplyDeletewow mudahnya guna perencah meggie
ReplyDelete