hai assalammualaikum
 
Hadiahkan Anak-Anak Dengan Sejadah Dan Telekung, Seronok Diaorang Nak Solat - Fariza, si sulung, sejak kecil tengok mommy solat, bila dah pandai jalan, dah pandai buat macam-macam, sikit-sikit mommy ajak dia duduk sebelah dan solat. Adik pulak, ikut apa kakak buat, memang tak ajar, kakak ikut cakap mommy, adik ikut cara kakak, macam tu la. Sebelum ni pakai telekung budak warna putih dan sejadah kecik yang ada dekat rumah arwah mak mertua ni je.
 

Hadiahkan Anak-Anak Dengan Sejadah Dan Telekung, Seronok Diaorang Nak Solat

Bila dua-dua dah besar, kakak dah 6 tahun, adik dah 3 tahun, masing-masing dah paham, dan nak solat, jadi mommy pun terfikir nak hadiahkan diaorang sejadah dan telekung pilihan warna masing-masing. Bagi diaorang semangat dan seronok nak solat. Nasib baikla mommy ni ejen buku dan toys Mommyhappy, dapatla diaorang sejadah kanak-kanak waran idaman masing-masing..hehee. 

Ya, dekat mommyhappy ni bukan buku dan toys je, sejadah pun ada. Untung jadi ejen ni. Dapat pulak harga murah. Siapa nak jadi ejen buku dan edutoys kanak-kanak boleh roger nad..hehee..Terpromote pulak..hehee. 

Dapatla mommy hadiahkan anak-anak sejadah, buku,edutoys semua tu.






Ok, ni antara warna dan design sejadah untuk kanak kanak yang ada di Mommyhappy. 

Ada warna ungu, hijau, pink,pink, biru dan merah. Saiz sejadah ni 90cm x 45cm.

Paling best setiap sejadah ni akan dapat buku aktiviti syoknya solat dan buku aktiviti anakku bijak Alif Ba Ta. Hah, mana nak dapat kan, beli sejadah dapat buku. Sejadah pulak design warna warni dan pelbagai, mesti anak-anak seronok kan.

Macam ni la kita nak buat anak-anak rajin untuk solat. Sediakan kelengkapan solat dengan sejadah dan telekung.

Sejadah ni diperbuat dari polyester yang mana ia tahan lama dan tidak mudah rosak atau terkoyak. Kain sangat sejuk dan selesa semasa anak-anak solat. Sejadah ni sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Permukaan dia tak licin dan antislip. Memang selamatla. Lagi bagus , sejadah kanak-kanak ni boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh. 



Nampak muka anak masing-masing seronok. Setiap hari cepat-cepat nak solat. Pastu masing-masing cakap " my blue" , " my pink "..gitu kau.




Bukan sejadah je nak beli, telekung untuk anak-anak pun nad beli. Nad beli telekung ni dekat shopee. Harga murah je, tapi kain berkualiti. Tengok diaorang pakai pun ok je, walaupun besar tapi sesuai je untuk kakakk 6 tahun, adik 3 tahun tu. Kain sejuk dan selesa je.
 
Memang saja beli besar sebab boleh pakai sampai diaorang besar kan..hehee. Harga untuk satu telekung ni RM13.
 
Korang boleh klik dekat sini https://shp.ee/cc8h8tj
 
Macam ni la nak ajak anak-anak solat, bagi diaorang seronok solat. semoga anak-anak mommy jadi anak yang soleh.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Cantik design sejadah. Comel je diaorang pakai telekung tu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur dpt sejadah baharu.. 😎

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2